Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 10, 2012

A Quick update


Dah lamanya tak menulis kat sini !
Berhabuk satu page.

Apa khabar semua? Mar Alhamdulillah minda sihat, cuma tangan mar sakit sikit.

Haritu dukung Fariss my baby boy..dia demam panas masa kami balik kampung. Alkisahnya bila demam he refused to be seated on his car seat.  Jadi mar dukung dia all the way from KL to JB  --JB to KL. Pheww! Bila sampai KL mar rasa sakit sangat tangan. First time rasa sakit sangat. Ibu jari kalau terlanggar sikit, dah menjerit, kalau terlanggar,menangis tak berlagu.Jari sekeliling jadi bengkak sangat. Tapi mar jenis yang malas nak layan sangat. 

Tapi mar rasa masa tu, kalau lunch dengan kakak kakak ofis, memang sukar nak makan.Setiap hari semakin sakit sampai bila dah berlanjutan sampai 2 minggu kakak ofis mar paksa juga mar pergi jumpa doctor. Result ? Memang betul lah tu.. sakit. :)
   
Hence I have to undergo 6 weeks physiotherapy. 20 April doctor nak tengok semula. Harap harap ok. Praying hard to get well soon. Tak payahlah nak jahit menjahit tangan ku ini... :( Mar memang tak boleh duduk diam semenjak duduk rumah sendiri. Kalau kudrat banyak lagi lah mar nak buat semua benda. Mungkin Allah bagi tangan sakit ni supaya mar dapat rehat ..Terima kasih Allah.

Dalam kepala mar ni banyak sangat perkara yang mar nak buat. Mar jenis yang nak dapatkan semua benda cepat . Baru sekarang mar sedar..tak boleh macam tu. Perlu fikirkan strategi, perlu banyak belajar, perlu bersabar. Fuhh ! Jadi sekarang langkah perlu disusun teratur, mar nak jadi lebih baik daripada diri mar yang sebelum ni..Insya Allah..

Dunia ni luas terbentang macam gedung ilmu. Kita perlu berhati hati memilih ilmu apa yang nak dimasukkan dalam diri kita. Ilmu yang bermanfaat akan membentuk keperibadian kita. Target mar tahun ni nak banyak baca buku ilmiah. Ye lah,semenjak jadi ibu ni..masa mar untuk membaca sangatlah terhad. Jadi bila sempat sahaja membaca, mar nak pastikan bahan bacaan mar tu adalah yang betul betul bermanfaat untuk mar. 

Kalau dulu dulu masa universiti, kadang kadang bila terlalu penat selepas exam week, mar akan naik lrt sorang sorang duduk bersila di Kinokuniya, baca buku. Mar rasa diri macam kaya sangat sebab buku penuh keliling kiri kanan depan belakang. Arghhh…rindunya zaman dulu-dulu :) Geram sangat tengok buku…

Mar sekarang nak start bacakan buku dengan Fariss. Mar ada dapat buku untuk kanak kanak masa akikah Fariss haritu. Buku tu tentang kisah kisah nabi in English version. Harap harap Fariss pun suka membaca macam mak dia..so kalau weekend ayahnya kena kerja..kami boleh spend the whole day at the bookstore.

Oh,esok cuti . Selamat bercuti warga Malaysia ! 

Cop! Fariss? Haa…quick update : Si kecik dah tak kecik lagi ya mimmy and diddy.Harap maklum. Fariss si kecil 6 bulan seberat sekampit beras 10kg sekarang. Itu one of the reason doctor kata tangan mar jadi macam ni sekarang. Di a dalam proses melompat lompat tinggi,dan dengan beratnya sekarang dan juga fizikal wrist mar yang doctor kata kecil untuk mar..dapatlah mimmy satu hadiah daripada Fariss. Muahss! Love you little boy. :)

Fariss penyejuk hati


P/s: Maaf ya kualiti penulisan merudum.Mar kena banyak lagi membaca sekarang! Mari membaca kawan kawan!

2 comments:

  1. Ya Allah sihatnye fariss!!! dah 10kg!! makin kurus la mar sebab dok angkat berat hari hari.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bam bamnye fariss...comel sesgt! semoga dia setabah mar. seronok bc!

    ReplyDelete