Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 16, 2012

Satu nyawa


Kenapa Allah hidupkan kita sekali sahaja di muka bumi ini? 

Lama mar terdiam…mesti ada sebabnya bukan.. ?

Kalau mar dihidupkan semula,banyak sangat benda yang mar nak putar kembali, dan banyak sangat perkara yang mar nak berjasa pada orang yang mar sayang, mar nak tukar balik keputusan-keputusan hidup yang pernah mar buat, mar nak susun balik sejarah hidup mar….etc..

Kalau,kalau,kalau…

Tapi Allah hanya bagi kita sekali sahaja kehidupan di dunia.

Sebab itu lah Allah bagi buku panduan kehidupan untuk kita ikuti bermula daripada waktu kita tahu membaca sehingga terpejam mata dan terpisah jasad daripada badan. Beruntungnya orang yang betul betul mengikut buku panduan hidup ini dengan sempurna. Mesti tiada kenangan pahit yang perlu dipadamkan dan dilupakan sepanjang kehidupannya. Mesti tiada rasa kecewa dalam kehidupannya..

Tapi Allah hanya bagi kita sekali sahaja kehidupan di dunia.

Nikmat rahmat dan hidayah itu adalah emas permata yang terunggul di muka bumi. Bukan semua layak dan bertuah untuk memperolehnya. Berguguran air mata pabila hidayah itu menusuk nusuk hati minta disimpan di dalam diri selamanya. Ia adalah hadiah paling agung kurnian Ilahi.Berat tanggungjawab untuk menjaga ‘barang ‘ yang satu ini. 

Walaupun perjalanan hidup ini tidak selurus yang mar idamkan, tapi dengan coretan peristiwa dan liku liku yang telah dilalui, mar perlu rasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk tersedar dari lamunan. Ya Allah, sebentar sangat dunia ini.. Mungkin ada yang beruntung kerana perjalanan hidupnya amat indah dengan warna warna hidayah seawal usianya. Mar mungkin lewat mengecapinya, tapi palitan cat hitam pada kanvas kehidupan mar adalah pengajaran yang mematangkan mar..

Indah sungguh Allah. Sekali sahaja nyawa ini diberi di bumi. Jika mendapat kad istimewa ‘Nyawa kedua’, tidak mahu mar ambil dan teruskan permainan yang menguji keimanan ini. Setiap hari adalah dosa dan ibadah. Kita sendiri yang akan menentukan bagaimana kita akan mengakhiri hidup kita sebelum tidur. Seharian yang penuh dosa atau seharian yang penuh dengan pahala. Ya Allah..sangat mencabar permainan hidup ini. Kita seperti berdiri di atas pagar dunia setiap hari. ..

Bersyukur lah dengan satu nyawa yang dipinjamkan ini;  gunakanlah nafas yang masih berbaki , jantung yang masih berdegup,peluh yang masih bertitis, kaki yang masih mampu melangkah, bibir yang masih mampu bertasbih,anggota yang masih dapat bergerak dan dahi yang mampu bersujud dengan melakukan perkara yang hanya disenangi Allah. Gapailah redha Allah, tagihlah cinta Allah agar dosa dosa yang lepas akan diampuni Allah.

Indah sungguh Allah menyusun. Sekiranya manusia tahu akan dihidupkan kembali, pasti hati manusia yang lemah ini tidak akan bersyukur dan selamanya akan berada semakin jauh dengan Sang Pencipta. 

Dengan satu nyawa yang masih ada ini dan dosa dosa lepas yang masih berantai di kaki,marilah berkejar kejar untuk memperbaiki akhlak,iman,ibadah dan memperbanyakkan ilmu di dada sebelum sampainya masa ‘waktu’ itu dihentikan selama salamnya.


Salam sayang.

No comments:

Post a Comment