Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 17, 2012

Senyumlah..


Senyuman bakal merubah keadaan, bakal merubah wajah, bakal merubah perhubungan, bakal merubah kesihatan , bakal merubah tenaga dan bakal merubah perasaan.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan senyuman ini. Tidaksusah pun untuk senyum. Regangkan otot mulut dan pipi dan tarik perlahan lahan..anda akan rasakan ketegangan di sekitar kawasan pipi dan mata anda akan sedikit mengecil kini. Nah..lega bukan ?

Ketegangan yang sedikit ini memberi kelegaan kepada pemikiran dan perasaan anda. Ia seperti memberi isyarat ketenangan kepada diri anda dan secara langsung melancarkan perjalanan darah anda. Senyumlah dengan menarik nafas dalam dalam. .. 

Senyuman bukar sekadar menarik otot muka anda untuk menjadi tegang, malah ia menarik aura ketenangan bagi orang orang di sekeliling anda.  Orang yang duduk berdekatan dengan mereka yang selalu tersenyum pasti akan terbias rasa ketenangan di dalam jiwanya juga. Maaf, tapi senyuman tidak boleh dibuat buat kerana salah gaya akan mendatangkan perasaan jengkel oleh orang sekitar anda. Senyumlah dengan ikhlas,alirkan perasaan itu keluar dan bersedekahlah dengan ketenangan anda kepada mereka yang memerlukan.

Dengan senyuman anda akan mengubah situasi sekeliling dan juga akan mewarnakan perhubungan dengan orang yang anda sayang. Kadang kala pasangan suami isteri yang terlalu sibuk bekerja terlupa untuk memberi senyuman di rumah. Dengan senyuman bagi isteri kepada suaminya sebenarnya dapat memudahkan urusan harian. Isteri tidak perlu membebel panjang untuk meminta bantuan itu dan ini. Cukur sekadar memberi senyuman yang paling manis dan ikhlas kemudian cuba pinta si suami untuk membantu membersihkan pinggan mangkuk selepas makan. Dunia lebih indah dengan senyuman anda. Cubalah hari ini.

Kekuatan sebenar wanita adalah dengan kelembutan di dalam dirinya . Kuasa kelembutan yang tegas sememangnya menyenangkan perasaan mereka. Saya melihat kedua ibu dan ibu mertua saya yang berperwatakan lembut dan tegas. Mereka selalu tersenyum dengan ikhlas.Ia sangat menyenangkan jiwa saya..

Sebenarnya dengan senyuman anda dapat menjimatkan lebih banyak masa. Sekiranya anda datang hampir kepada seseorang dengan muka yang berkerut kerut anda memerlukan lebih banyak masa untuk memberi  penerangan  kepada mereka sebelum sampainya intipati apa yang ingin diluahkan, tapi jika anda menghampiri mereka dengan senyuman banyak masa yang dapat dikurangkan untuk terus menyampaikan isi butir perkataan anda.

Ada fakta yang pernah  menyatakan bahawa ibu  bapa yang selalu tersenyum di rumah akan melahirkan anak anak yang lebih tenang jiwa dan mindanya. Mereka akan membesar dengan sifat kendiri yang lebih positif dan akan lebih mudah untuk menerima kritikan yang membina. 

Nah, rasanya dah panjang hujah hujah tentang senyuman , apa tunggu lagi.. Senyum lah !



“Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati, dunia pun berseri”

No comments:

Post a Comment