Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 15, 2012

Kerana wanita itu amat berharga


Hi semua  :)

Ya Allah, dah lamanya tak update blog ni..

Mar sekarang agak sibuk dengan fariss yang dah semakin membesar. Merangkak seluruh rumah, mencapai segala yang boleh. Jadi maknya perlu berkejar kejaran ke sana ke mari. Penat ? Jangan komplen .. anak adalah rezeki.. Alhamdulillah..

Untuk readers yang pernah baca blog mar sebelum ni, mar sebenarnya pernah  tercari cari produk untuk menguruskan badan . Lepas bersalin, lemak sangat lah degil. Walaupun mar naik tangga daripada tempat parking D5 --> Ground floor --> Tingkat 2  ..mar masih tak berjaya dapatkan badan yang mar ingini. Malah menjadi semakin berisi sebab bila mar dah berjaya naik sampai ke atas, mar akan makan banyak sangat akibat keletihan.

Baru baru ni, mar ada terjumpa sekumpulan doctor dan engineer yang membuat jualan korset Premium Beautiful. Abang Fuad sangat tertarik sebab yang menjual tu adalah golongan doctor juga sepertinya.  Mungkin betul kata orang, doktor ini besar egonya. Jadi dipendekkan cerita, mar pun telah berjaya mendapat satu set Premium Beautiful.

Balik rumah mar terus pakai hari Khamis bila mar dah dapat set PB. Sebelum kawin sebenarnya mar ada pakai korset, tapi mar rasa sakit setiap kali mar nak bergerak sebab mungkin tulang tulang korset tu cucuk tulang badan mar. Tapi dengan PB, mar rasa sangat selesa sebab gurdle dan waist nipper tu seperti grip badan mar dengan kuat dan mar kurang guna tenaga untuk buat segala aktiviti. Sepanjang hari memang mar terkentut banyak kali sebab mar percaya badan mar banyak angin. Mar pulak jenis yang sangat susah untuk membuang air  besar, tapi Alhamdulillah..bermula hari pertama mar pakai PB, semuanya sangat teratur !

Mar mula perasan kulit muka mar semakin bersih, dan glowing. Iyelah, bila perjalanan darah tersusun dan juga bahan toksin semua terkeluar habis, kesan akan terpancar di muka yang sihat. Badan mar pula Alhamdulillah sudah nampak kesan perubahan. Mar langsung tak perasan kesan pada badan mar sebab mar rasa sangat selesa bila dipakai. Tapi malam tadi ABang Fuad kata yang memang ada perubahan pada fizikal mar. Mar rasa happy sangat . Mar tak sangka..mar baru pakai 4 hari..tapi dah ada perubahan.. Syukurnya Ya Allah..

Pada mar dengan harga RM2000++ ni, adalah sangat berbaloi dengan servis tip top daripada CDM Mizerq, kualiti produk, kesan selepas pemakaian, dan juga mar sangat tertatrik dengan lifetime warranty. Jika ada terdapat apa apa defect, korset kita memang akan dibaiki di kilang. Jadi, pada mar korset PB ni memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan satu koleksi PB untuk diri anda, janganlah segan silu untuk tinggalkan komen  atau hubungi mar menerusi inbox di facebook. Mar excited sangat nak share benda yang bagus untuk semua yang mar kenali.

Setiap wanita berhak untuk mendapat penjagaan kesihatan dan juga kecantikan yang terbaik untuk diri anda…kerana wanita itu amat berharga  

No comments:

Post a Comment