Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2012

untitled


Life is crazy,
and totally unpredictable...
It's going to push you over,
kick you while you're down
and hit you when you try to get back up.
Things are going to change you,
But you get to choose which ones you let change you.
Love all,
But trust none.
Believe in yourself,
And never lose faith in others,
Life is a gift,
Appreciate all the rewards,
And jump on every opportunity.
Not everyone's going to love you
But who needs them anyways.
Forget the unnecessary,
But remember everything,
Bring it with you everywhere you go.
Learn something new,
And appreciate criticism.

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan hari ke empat


Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, Allah berikan kita masa dan umur untuk terus bersama sama menjalankan ibadah berpuasa pada hari yang keempat.

Jujur mar katakan, tahun ini adalah puasa yang agak mencabar buat mar. Pertama kali berpuasa di rumah sendiri, bersama kehadiran si kecil Fariss. Bagi diri mar yang masih lagi bertatih belajar memasak, mar anggap ini adalah satu cabaran buat mar. Bangun seawal pagi, memasak untuk suami, dan berhati hati dengan setiap langkah agar tidak berbunyi kuat yang mungkin akan mengejutkan putera kecil yang beradu.

Bagaimana ya anda semua menjalani ibadah puasa? ? Mungkin buat adik adik yang masih di universiti, bangun awal bersama rakan –rakan bilik, membeli juadah sahur bersama-sama, dan duduk menghadap lauk yang dibeli dengan mata separuh sedar, dan menyuap perlahan –lahan menahan mata yang hampir tertutup...oh..indahnya waktu itu. Di kala rasa serba kekurangan, dan jauh dari keluarga di kampung..itu adalah saat manis yang sukar dilupakan.. Alhamdulillah..mar juga dikurniakan pengalaman indah seperti itu.

Kini, mengorak langkah..membelah dunia realiti..kini meniti usia dewasa yang didatangkan bersama pakej tanggungjawab. 

Dahulu, tika kecil, ramadhan adalah semata-mata puasa di siang hari, dan berbuka ketika azan maghrib berkumandang. Ibu akan menyediakan baju baru, ayah menyediakan sepatu baru...dan kita akan bergaya sakan di pagi raya yang mulia.

Kini bila dewasa, mar melihat ramadhan itu dari perspektif yang berbeza. Tanggung jawab masih perlu digalas, dan ditambah untuk membeli keperluan anakanda tercinta. Pakaian sendiri,pakai apa sahaja yang ada. Bukan tidak mahu membeli, tapi keinginan itu pudar. Kini, ramadhan adalah pengubat jiwa. Di pagi hari, setelah si kecil tidur, dengan perlahan mar duduk di meja makan..dan duduk menghadap Quran.. “Ya Allah, berikanlah aku sedikit masa, untuk membaca dan memahami kalimah-kalimah Mu..badan amat letih, tapi kuatkanlah minda ku,dan jasmani ku untuk meluangkan sedikit masa bersamaMu”.. Takjubnya Subhanallah..Bila kita pinta sesuatu yang baik..Allah insya Allah akan memakbulkan permintaan kita..

Sedar tak ibu-ibu semua, sebenarnya pada bulan puasa ini, kita seperti diberi bantuan dari segi kekuatan fizikal dan stamina. Mar rasa sangat takjub. Walaupun kita perlu bangun awal untuk menguruskan semua keperluan untuk bersahur, tapi Alhamdulilllah kita masih segar ketika di tempat kerja. Yang penting, cuba untuk melakukan semuanya dengan hati yang ikhlas.. 

Pada awalnya, jujur mar mengaku agak sedih kerana badan agak penat ..tapi bila teringat kembali..di dunia ini memang adalah tempat yang memenatkan kepada seluruh isi bumi. Siapa yang tidak penat? Mengejar amalan ibadah, mengejar harta, mengejar amalan mulia dan selebihnya..Yang kekal abadi dan tempat yang mendamaikan hanyalah jika kita layak menjadi penghuni Syurga.. Mar terlena dari mimpi dan cepat-cepat memohon pada Allah untuk menjadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk mar mengejar sebanyak mungkin pahala insya Allah..

Kepada wanita-wanita dan ibu-ibu yang sudi membaca coretan mar ni, mar ingin berpesan. Kita dipilih menjadi wanita kerana Allah tahu bahu kita ini tahan menggalas semua tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah. Bersabarlah dan bersungguh-sungguhlah menguruskan rumahtangga dengan hati yang ikhlas. Malaikat di kiri dan kanan tidak pernah berhenti memerhati kita. Insya Allah akan ada ganjaran untuk mereka yang sabar.

Ramadhan baru sahaja menyapa kita, marilah kita bersama-sama memanfaatkan secukupnya bulan yang mulia ini untuk memenuhkan bakul amalan kita dengan pahala yang dicari.

Thursday, July 19, 2012

Malu + Gabra

Nampak gayanya si kecil Fariss agak segan -segan dan malu bila berjumpa dengan orang yang sudah lama tak berjumpa...

Hrmmm.ikut siapa lah ni ya ? :-)

Mar sekarang dah 27..hahaha. Of course lah dah tua. Kena sedar diri ya.. Tapi..masih gabra dan cakap laju.. Kalau bercakap selalunya mesti mar dah fikirkan ayat yang seterusnya nak cakap..Jadi kadang-kadang ayat yang sedang bercakap termasuk ayat yang selepas. Point tu banyak sangat..  Mar pulak kalau buat kerja fokus sangat. Pandang depan je. Kiri kanan tak kesah dah. Jadi, kalau ada apa-apa terjadi pada dokumen yang mar buat, mar kena panic attack. Dushh..Tak suka !

Aish..ada tips tak untuk bantu mar jadi tenang dan cool.. Baru awesome! hehe..Tapi mar serius suka tengok orang yang tenang.. Sabar sangat Abang Fuad tengok mar yang kadang kadang gabra ni dan cakap laju ni.

Ok lah. Ada tips share kat sini. bantu Mar untuk jadi lebih awesome !

Friday, July 13, 2012

Hidup


Hidup 

Dalam dunia ni tak semestinya semua akan menyukai kita kerana realitinya kita juga sebenarnya tidak menyukai semua orang. Hidup adalah adil untuk semua. Apa yang kita ada pada hari ini tidak semestinya ada pada orang lain, dan apa yang ada pada orang lain tidak semestinya ada pada kita.
Jika kita setiap hari pening memikirkan tentang orang lain, apa yang ada pada orang lain, dan tidak menggunakan masa yang ada untuk memikirkan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan pada kita..mar pasti, anda semua akan sakit. Ya; sakit jiwa. 

Sakit jiwa ini adalah lebih parah kerana sakit badan adalah kifarah kepada segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dan sekiranya kita redha dengan sakit badan kita, insya allah ia akan menjadi penghapus segala dosa-dosa kecil kita dan ia adalah maas yang terbaik Allah beri untuk kita sentiasa berada dekat dengan Sang Pencipta. Tetapi, sakit jiwa berlainan pula. Ia adalah sakit yang kita cipta, dan akan membesar di dalam jiwa kita menjadi titik titik hitam yang akan menjadi sebahagian daripada air muka kita. Sebab itu kita boleh nampak dari riak wajah mereka yang mempunyai sakit jiwa.

Ayah selalu berpesan, jangan dibalas apa yang orang buat pada diri kita. Kesabaran dan senyuman cukup untuk mendamaikan jiwa yang lara. Kita berdoa sahaja kepada Allah agar insan seperti itu dibersihkan jiwa dan semoga mereka sedar daripada lena. Percayalah, sebenarnya kesabaran itu ada nilainya yang tidak terhingga. Bukan bererti kita diam kita kalah. Allah di atas memerhati setiap tindak tanduk kita di bumi. Orang yang bersabar mendapat kemenangan besar. Percayalah!

Hidup adalah karma. Jangan sesekali kita menyakiti orang lain. Ingat walaupun hidup kita tidak seindah hidup orang lain, tetapi sebenarnya kita ada sesuatu yang orang lain tidak ada. Atau mungkin, indahnya kehidupan orang lain itu adalah satu sandiwara semata, dan hidup kita yang kita rasa serba kekurangan itu adalah indah di mata orang lain. Ingat, bersyukur itu adalah satu sifat sebaik-baik mukmin. Jika kita ingin membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain, sehingga kiamat ia tidak akan berakhir.

Mari lah kita didik jiwa untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. .
Sekiranya ada yang menyakiti hati kita, tidak apa.. Allah masih lagi memerhati. Pembalasan untuk mereka tetap ada. Tidak di dunia, di akhirat menanti.

Senyum lah rakan sekalian, kerana setiap apa yan diberi pada kita hari ini adalah nikmat bagi mereka yang sentiasa bersyukur.

Monday, July 9, 2012

Tugas mencabar minggu ini


Dulu dulu masa mar sekolah menengah, ramai kawan-kawan lelaki ejek mar dengan gelaran “akmar pembaca berita”.

 Mar secara dasarnya orang yang sangat skema dalam berbahasa. Mar tak reti sangat gunakan bahasa pasar perbualan harian biasa. Ayah mar orang Jawa Johor . Ibu mar orang Bugis yang menggunakan bahasa melayu Selangor. Ayah mar bersekolah asrama di Alam Shah ketika di tingkatan 1. Oleh itu, ayah mar hanya tahu gunakan bahasa malaysia  baku dengan ibu mar sebab ibu mar memang tidak faham sepatah pun bahasa jawa . Oleh itu, kami adik-beradik memang membesar dengan bahasa melayu baku..

Mar dulu dulu masa zaman sekolah selalu jadi pengacara majlis, selalu masuk pertandingan deklamasi sajak bahasa melayu, bahasa Inggeris, pidato , berlakon,pantun lah, choral speaking lah ..Asalnya mar kena masuk pertandingan ni sebab tak nak kami sekelas didenda kalau tak ada wakil. Akhirnya, lama kelamaan rupa-rupanya cinta dan minat tu boleh dilentur .

 Ya, ia menjadikan mar sangat minat dengan apa apa sahaja yang berkenaan dengan bahasa yang puitis,menarik dan membina. Ia juga banyak membina keyakinan diri mar apabila berdepan dengan dunia luar. Bila kita di atas dewan, dan mata semua tertumpu kepada kita, kita tidak boleh gugup kerana ia akan merosakkan segala persiapan kita selama ini. Jadi apa yang mar selalu buat...mar akan berdiri tegak..pandang semua di dalam dewan..cari satu titik fokus (mar suka bahagian tengah belakang dewan) ..tarik nafas panjang-panjang dan mulakan dengan ‘bismillah...’ kemudian lepaskan nafas panjang dan senyum melihat semua di dalam dewan. Selalunya Alhamdulillah ia membantu.

Hrm..rindu zaman-zaman bersemangan dan berkobar-kobar itu..

Tiba-tiba tadi mama telefon. .. Mama minta mar jadi Emcee untuk majlis pertunangan adik mar minggu ni. Disebabkan adat Johor selalunya memerlukan lantunan pantun melayu, mar perlu mengarang beberapa pantun sebagai pemanis kata dan pembuka bicara di awal pembuka majlis nanti. Mar terdiam sekejap. Boleh ke mar buat ni ? Dah hampir 10 tahun mar tinggalkan zaman sekolah... Kami adik-beradik yang atas semuanya perempuan..jadi sebagai wakil keluarga memang perlu seorang daripada kami untuk ambil alih tugas papa. Jumlah yang hadir ke majlis pula  dalam lebih kurang 150 orang... Yes! Mar suka adrenalin yang mendegup-degupkan jantung..lebih –lebih lagi mama bagi tahu di saat –saat akhir..Jadi mar tidak ada masa untuk rasa takut an lebih fokus pada ‘what –to-do-next’.

Jadi, minggu ni mar berharap sangat agar Allah kurniakan mar idea-idea yang indah untuk mengarang kata-kata puitis pada majlis adik kesayangan mar nanti. Mar tidak dapat janji untuk memuaskan hati semua pihak tapi mar akan berusaha untuk buat yang terbaik. Insya Allah,harap-harap segalanya berjalan lancar ya Shamin..Insya Allah..Love you my dear adik.. Mar tak nak sangat rosakkan majlis min.. ;-)

Wanita, Anak, Isteri,Ibu, Suami..


Empat perkataan di atas adalah untuk wanita dan hanya dimiliki untuk mereka yang bergelar wanita..Setiap karektor yang dipegang ketika memainkan peranan watak adalah sangat berbeza.

Kepelbagaian perasaan dan watak.. Hrmm..tak sangka dalam satu masa kita boleh memainkan pelbagai peranan karektor. Mood dan jiwa terus berubah bila diperlukan.

Karektor wanita: Ini adalah watak yang dibawa di dunia luar. Selalunya adalah karektor lebih professional . Karektor wanita ini lebih formal dan apa yang dia mahu dilihat di dunia luar. Pembawaannya mungkin lebih tegas ; ia banyak bergantung kepada diri individu.

Karektor anak : Ia adalah sangat bergantung kepada pembawaan yang telah didik semenjak kecil lagi. Sekiranya ia dididik dengan kesantunan dan  lemah lembut, itulah yang akan terserlah apabila karektor ini dibawakan. Sekiranya ia dididik dengan agak kasar..itulah karektor yang akan dipamerkan. Karektor ini bukan “permanent” kerana ia masih boleh berubah-ubah apabila tidak memainkan watak anak.

Karektor Isteri : Amat banyak si suami memainkan peranan dalam mengembangkan watak dan karektor isteri. Perkahwinan adalah satu pasukan yang dibina. Sekiranya si isteri yang lemah gemalai mendapat pasangan yang sangat kasar bahasanya, lama kelamaan karektor isteri akan berubah jua suatu hari nanti. Manakala sekiranya karektor isteri yang agak kasar mendapat pasangan yang sangat penyabar dan baik budi bahasa insya Allah si isteri akan menjadi lembut juga suatu hari nanti. 

Karektor Ibu : Tidak kira lah kita ini berstatus tinggi atau rendah..kebanyakan sifat ibu kebanyakannya adalah sama. Ibu mahu yang terbaik untuk anak anaknya..Hati yang lembut akan menjadi lebih lembut mendakap si anak. Hati yang keras dilenturkan menjadi lembut untuk menghadapi karenah anak-anak.. Bagaimana pula keadaan si ibu buas yang mengherdik dan mendera anak-anak? Pada pendapat mar, ia banyak bergantung kepada ekonomi keluarga, layanan pasangan dan juga masalah dalaman yang dihadapi.. tetapi, secara majoritinya kebanyakan ibu adalah sama. Sentiasa curahkan sepenuh masa dan kudrat untuk memberi yang terbaik kepada anak anaknya.


Bila mar sudah memegang kesemua status ini, pada mar suami adalah ‘team support’ yang paling penting dalam membina mood dan karektor yang lebih mantap. Bukankah kita ini adalah sebahagian tulang rusuknya yang hilang ?

Wanita yang cemerlang, peribadi yang terbilang, akhlak yang perawan sememangnya tidak lain dan tidak bukan dibentuk daripada si suami yang tidak putus-putus membantu isteri dalam menentukan hala tuju karektor yang ingin dibina. 

Oleh itu, memilih suami adalah penting kerana secara tidak langsung ia menentukan bagaimana karetor diri yang akan terbina kelak. Wallahualam..