Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 13, 2012

Hidup


Hidup 

Dalam dunia ni tak semestinya semua akan menyukai kita kerana realitinya kita juga sebenarnya tidak menyukai semua orang. Hidup adalah adil untuk semua. Apa yang kita ada pada hari ini tidak semestinya ada pada orang lain, dan apa yang ada pada orang lain tidak semestinya ada pada kita.
Jika kita setiap hari pening memikirkan tentang orang lain, apa yang ada pada orang lain, dan tidak menggunakan masa yang ada untuk memikirkan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan pada kita..mar pasti, anda semua akan sakit. Ya; sakit jiwa. 

Sakit jiwa ini adalah lebih parah kerana sakit badan adalah kifarah kepada segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dan sekiranya kita redha dengan sakit badan kita, insya allah ia akan menjadi penghapus segala dosa-dosa kecil kita dan ia adalah maas yang terbaik Allah beri untuk kita sentiasa berada dekat dengan Sang Pencipta. Tetapi, sakit jiwa berlainan pula. Ia adalah sakit yang kita cipta, dan akan membesar di dalam jiwa kita menjadi titik titik hitam yang akan menjadi sebahagian daripada air muka kita. Sebab itu kita boleh nampak dari riak wajah mereka yang mempunyai sakit jiwa.

Ayah selalu berpesan, jangan dibalas apa yang orang buat pada diri kita. Kesabaran dan senyuman cukup untuk mendamaikan jiwa yang lara. Kita berdoa sahaja kepada Allah agar insan seperti itu dibersihkan jiwa dan semoga mereka sedar daripada lena. Percayalah, sebenarnya kesabaran itu ada nilainya yang tidak terhingga. Bukan bererti kita diam kita kalah. Allah di atas memerhati setiap tindak tanduk kita di bumi. Orang yang bersabar mendapat kemenangan besar. Percayalah!

Hidup adalah karma. Jangan sesekali kita menyakiti orang lain. Ingat walaupun hidup kita tidak seindah hidup orang lain, tetapi sebenarnya kita ada sesuatu yang orang lain tidak ada. Atau mungkin, indahnya kehidupan orang lain itu adalah satu sandiwara semata, dan hidup kita yang kita rasa serba kekurangan itu adalah indah di mata orang lain. Ingat, bersyukur itu adalah satu sifat sebaik-baik mukmin. Jika kita ingin membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain, sehingga kiamat ia tidak akan berakhir.

Mari lah kita didik jiwa untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. .
Sekiranya ada yang menyakiti hati kita, tidak apa.. Allah masih lagi memerhati. Pembalasan untuk mereka tetap ada. Tidak di dunia, di akhirat menanti.

Senyum lah rakan sekalian, kerana setiap apa yan diberi pada kita hari ini adalah nikmat bagi mereka yang sentiasa bersyukur.

No comments:

Post a Comment