Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan hari ke empat


Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, Allah berikan kita masa dan umur untuk terus bersama sama menjalankan ibadah berpuasa pada hari yang keempat.

Jujur mar katakan, tahun ini adalah puasa yang agak mencabar buat mar. Pertama kali berpuasa di rumah sendiri, bersama kehadiran si kecil Fariss. Bagi diri mar yang masih lagi bertatih belajar memasak, mar anggap ini adalah satu cabaran buat mar. Bangun seawal pagi, memasak untuk suami, dan berhati hati dengan setiap langkah agar tidak berbunyi kuat yang mungkin akan mengejutkan putera kecil yang beradu.

Bagaimana ya anda semua menjalani ibadah puasa? ? Mungkin buat adik adik yang masih di universiti, bangun awal bersama rakan –rakan bilik, membeli juadah sahur bersama-sama, dan duduk menghadap lauk yang dibeli dengan mata separuh sedar, dan menyuap perlahan –lahan menahan mata yang hampir tertutup...oh..indahnya waktu itu. Di kala rasa serba kekurangan, dan jauh dari keluarga di kampung..itu adalah saat manis yang sukar dilupakan.. Alhamdulillah..mar juga dikurniakan pengalaman indah seperti itu.

Kini, mengorak langkah..membelah dunia realiti..kini meniti usia dewasa yang didatangkan bersama pakej tanggungjawab. 

Dahulu, tika kecil, ramadhan adalah semata-mata puasa di siang hari, dan berbuka ketika azan maghrib berkumandang. Ibu akan menyediakan baju baru, ayah menyediakan sepatu baru...dan kita akan bergaya sakan di pagi raya yang mulia.

Kini bila dewasa, mar melihat ramadhan itu dari perspektif yang berbeza. Tanggung jawab masih perlu digalas, dan ditambah untuk membeli keperluan anakanda tercinta. Pakaian sendiri,pakai apa sahaja yang ada. Bukan tidak mahu membeli, tapi keinginan itu pudar. Kini, ramadhan adalah pengubat jiwa. Di pagi hari, setelah si kecil tidur, dengan perlahan mar duduk di meja makan..dan duduk menghadap Quran.. “Ya Allah, berikanlah aku sedikit masa, untuk membaca dan memahami kalimah-kalimah Mu..badan amat letih, tapi kuatkanlah minda ku,dan jasmani ku untuk meluangkan sedikit masa bersamaMu”.. Takjubnya Subhanallah..Bila kita pinta sesuatu yang baik..Allah insya Allah akan memakbulkan permintaan kita..

Sedar tak ibu-ibu semua, sebenarnya pada bulan puasa ini, kita seperti diberi bantuan dari segi kekuatan fizikal dan stamina. Mar rasa sangat takjub. Walaupun kita perlu bangun awal untuk menguruskan semua keperluan untuk bersahur, tapi Alhamdulilllah kita masih segar ketika di tempat kerja. Yang penting, cuba untuk melakukan semuanya dengan hati yang ikhlas.. 

Pada awalnya, jujur mar mengaku agak sedih kerana badan agak penat ..tapi bila teringat kembali..di dunia ini memang adalah tempat yang memenatkan kepada seluruh isi bumi. Siapa yang tidak penat? Mengejar amalan ibadah, mengejar harta, mengejar amalan mulia dan selebihnya..Yang kekal abadi dan tempat yang mendamaikan hanyalah jika kita layak menjadi penghuni Syurga.. Mar terlena dari mimpi dan cepat-cepat memohon pada Allah untuk menjadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk mar mengejar sebanyak mungkin pahala insya Allah..

Kepada wanita-wanita dan ibu-ibu yang sudi membaca coretan mar ni, mar ingin berpesan. Kita dipilih menjadi wanita kerana Allah tahu bahu kita ini tahan menggalas semua tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah. Bersabarlah dan bersungguh-sungguhlah menguruskan rumahtangga dengan hati yang ikhlas. Malaikat di kiri dan kanan tidak pernah berhenti memerhati kita. Insya Allah akan ada ganjaran untuk mereka yang sabar.

Ramadhan baru sahaja menyapa kita, marilah kita bersama-sama memanfaatkan secukupnya bulan yang mulia ini untuk memenuhkan bakul amalan kita dengan pahala yang dicari.

No comments:

Post a Comment