Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 9, 2012

Tugas mencabar minggu ini


Dulu dulu masa mar sekolah menengah, ramai kawan-kawan lelaki ejek mar dengan gelaran “akmar pembaca berita”.

 Mar secara dasarnya orang yang sangat skema dalam berbahasa. Mar tak reti sangat gunakan bahasa pasar perbualan harian biasa. Ayah mar orang Jawa Johor . Ibu mar orang Bugis yang menggunakan bahasa melayu Selangor. Ayah mar bersekolah asrama di Alam Shah ketika di tingkatan 1. Oleh itu, ayah mar hanya tahu gunakan bahasa malaysia  baku dengan ibu mar sebab ibu mar memang tidak faham sepatah pun bahasa jawa . Oleh itu, kami adik-beradik memang membesar dengan bahasa melayu baku..

Mar dulu dulu masa zaman sekolah selalu jadi pengacara majlis, selalu masuk pertandingan deklamasi sajak bahasa melayu, bahasa Inggeris, pidato , berlakon,pantun lah, choral speaking lah ..Asalnya mar kena masuk pertandingan ni sebab tak nak kami sekelas didenda kalau tak ada wakil. Akhirnya, lama kelamaan rupa-rupanya cinta dan minat tu boleh dilentur .

 Ya, ia menjadikan mar sangat minat dengan apa apa sahaja yang berkenaan dengan bahasa yang puitis,menarik dan membina. Ia juga banyak membina keyakinan diri mar apabila berdepan dengan dunia luar. Bila kita di atas dewan, dan mata semua tertumpu kepada kita, kita tidak boleh gugup kerana ia akan merosakkan segala persiapan kita selama ini. Jadi apa yang mar selalu buat...mar akan berdiri tegak..pandang semua di dalam dewan..cari satu titik fokus (mar suka bahagian tengah belakang dewan) ..tarik nafas panjang-panjang dan mulakan dengan ‘bismillah...’ kemudian lepaskan nafas panjang dan senyum melihat semua di dalam dewan. Selalunya Alhamdulillah ia membantu.

Hrm..rindu zaman-zaman bersemangan dan berkobar-kobar itu..

Tiba-tiba tadi mama telefon. .. Mama minta mar jadi Emcee untuk majlis pertunangan adik mar minggu ni. Disebabkan adat Johor selalunya memerlukan lantunan pantun melayu, mar perlu mengarang beberapa pantun sebagai pemanis kata dan pembuka bicara di awal pembuka majlis nanti. Mar terdiam sekejap. Boleh ke mar buat ni ? Dah hampir 10 tahun mar tinggalkan zaman sekolah... Kami adik-beradik yang atas semuanya perempuan..jadi sebagai wakil keluarga memang perlu seorang daripada kami untuk ambil alih tugas papa. Jumlah yang hadir ke majlis pula  dalam lebih kurang 150 orang... Yes! Mar suka adrenalin yang mendegup-degupkan jantung..lebih –lebih lagi mama bagi tahu di saat –saat akhir..Jadi mar tidak ada masa untuk rasa takut an lebih fokus pada ‘what –to-do-next’.

Jadi, minggu ni mar berharap sangat agar Allah kurniakan mar idea-idea yang indah untuk mengarang kata-kata puitis pada majlis adik kesayangan mar nanti. Mar tidak dapat janji untuk memuaskan hati semua pihak tapi mar akan berusaha untuk buat yang terbaik. Insya Allah,harap-harap segalanya berjalan lancar ya Shamin..Insya Allah..Love you my dear adik.. Mar tak nak sangat rosakkan majlis min.. ;-)

No comments:

Post a Comment