Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 3, 2012

Kehadiranmu

Kehadiranmu amat dinantikan..
Bagai hujan di tanah yang gersang..

Kesulitan, kepayahan,pancaroba,
Menjadi seindah nilam dan bulan purnama,
Tika kau hadir menyapa hidup kami..

Terima kasih Ya Allah,
Kerana memberi kami hadiah yang paling bermakna..


Insya Allah bulan depan Fariss Ayman akan genap setahun. Dan angka itu jugalah sebagai peringatan kepada mar dan abang fuad kerana menjadi ibu dan ayah genap setahun..Insya Allah jika diberikan masa dan umur yang panjang..

Mula mula mar rasa tak perlu lah mar tulis tentang Fariss Ayman kerana takut nanti ada yang cakap mar berbangga diri..tapi ada sesuatu yang berlaku di pejabat hari ni..Team kami di pejabat, kini kritikal di wad ICU.Kemalangan ngeri awal pagi tadi, sekitar jam 2:30 pagi, kereta mangsa terbelah dua,pemandu mengalami pendarahan kepala dan dikejarkan ke HKL manakala penumpang kenderaan meninggal di tempat kejadian.. Bila mar terfikir kembali, nyawa kita akan ditarik bila bila masa sahaja kan.. Mungkin ada perkara yang kita ingin beritahu kepada seseorang tapi left unspoken sebab kita sudah tidak ada di dunia lagi..

Mar ada terbaca tentang proses kelahiran kakak angkat mar tadi di blog beliau,,,sayu sangat rasa hati bila terkenang kembali detik hampir setahun yang lepas. Detik yang mengubah mar sepenuhnya. Tahniah kepada mommy Sue dan baby boy beliau!

Disebabkan Allah masih memberi mar waktu pada hari ini, mar rasa mar perlu untuk tulis sesuatu tentang permata Fariss Ayman. Semoga satu hari nanti jika blog ini masih wujud, Fariss akan buka blog mimi dan baca isi hati mimi..perjalan setahun yang sangat bermakna buat kita sekeluarga..

"Eh ABang Fuad..come here..look at this!!"

Didi dengan mata terpisat pisat bangun dari tidur untuk lihat apa yang mimi tunjukkan. Hampir terbuntang mata kami lihat urine pregnancy test awak Fariss..Positive! Alhamdulillah..Mimmy menangis kegembiraan pagi tu ..Hampir dua tahun kami tunggu tanda tanda kehadiran Fariss..

Diddy selalu busy di hospital..jadi awal pregnancy mimmy selalu buat early checkup dengan Doktor Fauziah sendiri..Sayu sahaja mimmy tengok semua ibu ibu dengan suami di sisi..tapi ketika itu..mimmy tahu mimmy perlu kuat untuk Fariss..Mimmy usap lembut perut mimmy dan cakap " Both of should be strong Fariss, we can do this together"..

Mimmy ada alahan yang teruk..Atuk JB dan NE sangat emosional dan selalu risau. Atuk Kl dan Tokmi pun selalu risau..Tokmi selalu tolong masakkan mimmy masakan yang sedap sedap sepanjang mimmy pregnantkan awak.. Mimmy suka sangat buah mangga..ATuk kl beli mangga banyak sangat  ..Diddy selalu belikan mimmy McFluree Oreo..Itu ice cream favorite mimmy..Mimmy kawal sangat apa yang mimmy idamkan..Mimmy nak ajar Fariss bila keluar ke dunia nanti,bukan semua apa yang kita impikan akan terlaksana. Hidup di dunia mencabar,bersederhana adalah yang terbaik..

Fariss Ayman tendangannya kuat.Diddy selalu usap dan belai kaki Fariss yang menendang mimmy setiap malam. Bila mimmy and diddy cakap " Assalamualaikum orang di dalam! " Awak pun tendang mimmy semula...Mimmy and diddy senyum lihat telatah awak di dalam..

Oh Fariss,masa mimmy mengandungkan awak..air ketuban mimmy bocor.Doktor pun tidak tahu bocor ke mana, jadi mungkin besar kemungkinan mimmy akan dibedah. Doktor mahukan supaya dalam minggu ke 32 Fariss Ayman keluar ke dunia. Besar risikonya jika melewatkan kelahiran awak ke dunia.. Tapi entah mengapa, walaupun terlalu banyak sangat orang sekeliling yang mengata, yang seperti lebih mengetahui apa yang kita bertiga lalui, tapi mimmy tetap merasakan bahawa kita berdua boleh melaluinya sehingga ke saat akhir. Mimmy mahukan proses kelahiran yang normal sayang.. Mimmy mahu rasakan kesakitan bila melahirkan awak..Maafkan mimmy sayang jika mimmy membuat keputusan yang mungkin ada mengatakan mimmy pentingkan diri sendiri..

Dan...lahirlah si kecil hero..duduk berbaring mencari susu di atas dada mimmy..

Subhanallah..memang itu sebabnya wanita diciptakan untuk mengandung,  melahirkan dan merasa segala kesakitan itu..kerana sesungguhnya wanita itu mampu! Allahuakbar!

Segala kesakitan itu hilang terus dari ingatan bila melihat kehadiran awak dalam hidup kami..

Mimmy dan diddy ingat lagi ketika awal kelahiran fariss..muka Fariss persis seperti muka diddy..Mimmy tersenyum senyum melihat muka awak setiap malam. Muka diddy versi si kecil Fariss..

Kami berdua tidak ada pengalaman menguruskan adik kecil..terutamanya mimmy..Tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Kami belajar setiap hari daripada awak Fariss..sehingga kami tidak sedar yang ia banyak mengubah kita sekeluarga..

Pengalaman menyusukan awak adalah satu anugerah yang tidak terkata..Melihat mata awak membulat melihat mata mimmy setiap kali disusukan adalah satu moment terindah untuk perjalanan setahun kita bersama.. Waktu malam, bila mimmy baring sambil menyusukan awak..dan mendengar awak berdehem dehem dan sendawa....hilang segala sakit dan lenguh tangan mimmy..segar terus mata mimmy..dan bila mimmy bangun dari tidur untuk bersiap siap ,melihat kamu masih di tangan mimmy dan memeluk erat badan mimmy..mimmy hanya mampu bersyukur kepada Allah..

Kemana sahaja kamu pergi dan melangkah Fariss..seribu kebahagian dan kecerian terpamer pada senyuman indah itu. Senyuman tidak bergigi :) Itulah pengubat penat dan letih mimmy dan diddy dalam membesarkan dan mendidik kamu sehingga setahun nanti.

Berdepan dengan awak Fariss,mimmy dan diddy rasakan seperti berdepan dengan jiwa mimmy dan diddy..Beberapa sifat awak saling tak tumpah seperti mimmy dan sesetengahnya seperti diddy..Cair hati mimmy dan diddy bila lihat telatah awak..Farisslah pengikat kasih sayang kami berdua.Terima kasih sayang :)

Semoga Fariss Ayman akan terus membesar menjadi anak yang Soleh, merendah diri,, sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat dan dipenuhi dengan akhlak akhlak yang terpuji sahaja  insya Allah.

Semoga setahun hari lahirmu nanti, dan juga tahun tahun yang mendatang..awak ingatlah bahawa mimmy dan diddy sayang awak selalu...

Fariss Ayman..Permata terindah mimmy dan diddy..







My baby boy and me

Author: Unknown
It's three am, they're all asleep, and no one is here to see.
As we rock slowly back and forth, my baby boy and me.
His little hand is feather light tucked up against my chin.
I hold his tiny hand in mine, and stroke his baby skin.
The house about us creaks and groans, the clock hands creep around.
He snuggles closer to me still, and makes his baby sounds.
I love these quiet hours so much, and cherish every one.
Store memories up inside my heart for lonely nights to come.
All too soon he'll be grown up, his need for Mama gone.
But until then I still have time for kisses and for song.
Time for quiet hours like this with him cuddled in my arms.
Where I wish he'd always stay protected, safe and warm.
And yet I know the day will come when his tiny little hand,
will be bigger than my own. He'll grow to be a man.
But until then he's mine to love with no one here to see.
As we rock slowly back and forth, my baby boy and me.




2 comments:

  1. Dalam hidup kita ni.. pelbagai pengalaman pahit manis berlaku... mustahil kita dapat ingat setiap peristiwa itu secara details... xsalah kita coretkan kisah kita moga yang membaca dapat sesuatu darinya... Teruskan my sweety... Kejap je masa berlalu... Mar da de sorang hero... Akak da de sepasang dah... ;)

    Nota: Kadang2 bila baca balik entri2 lama kita akan tersenyum sendiri dan xsangka... ;P

    ReplyDelete
  2. tapi mar bersyukur sangat dengan peristiwa kelahiran kak sue. memang betul2 dimudahkan allah..

    Skrg kak sue dah ada sepasaang..raya nanti kalau dah sihat dan habis pantang boleh bawa dua dua hero dan heroin jalan jalan ! bestnya..

    super mommy,selamat menjalana kehidupan sebagai ibu kepada dua cahayamata!

    ReplyDelete