Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 15, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum wbt

Tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. Tahun ni mar buat preparation raya paling simple sekali. Setiap kali nak keluar beli baju raya mar and  Abang Fuad, akhirnya kami akan belikan baju raya Fariss Ayman. Mungkin macam ni kot rasanya ibu ibu dan ayah kita dulu dulu.

Kuih raya pun kami pecah rekod tak beli lagi. Kadang kadang bila beli kuih raya, banyak yang tak sedap. Jadi bila balik beraya dari kampung nanti, kami nak beli biskut biskut di Giant jerr.. Love letters, buttercup etc rasanya lagi sedap kat tekak..

Tapi mama Kl last week beritahu Abang Fuad, wajib suami belikan isteri baju raya walaupun mar kata mar tak kisah dan malas nak beli baju raya. Jadi, kami berdating tinggalkan Fariss Ayman di rumah mama.. Bershopping last minute......... Ya Allah peningnya kepala..Nak jalan pun susah.

Walaupun kami cuma shopping di Jusco dan Wangsa Walk Mall, tapi lautan manusia berduyun duyun boleh menyebabkan lemas pernafasan kalau tak tenang jiwa.. ! Tahun depan kami janji akan shopping awal. Kami beli ala kadar sahaja sebab mar lebih suka beli baju yang mar boleh pakai berulang kali dan dibuat basahan. Tapi hari pertama macam perlu ikut tradisi kan..baju kurung tu wajibla.. Mar tengok tahun ni fesyen material chiffon.. Oh wahai pereka trend semasa..kenapa chiffon.... :( Harap harap bertahanlah chiffon dengan mar..hihihi. Dulu dulu baju sekolah mesti kena beli 3/4 kali setahun sebab terkoyak dasyat bahagian kain. Mama kata langkah kaki mar besar dan ganas..huhu

Jadi untuk raya raya seterusnya mar akan pakai baju kurung yang mar dah beli lama dahulu dan masih belum dipakai dan beberapa helai dress HOLS. Jimat dan selesa material cotton. Nak langkah besar besar pun tak kisah.. :)

Lagipun kalau mar pakai semua yang baru atau mar pakai baju lama, mar masih tetap mar kan..Bukan nya kalau pakai semua yang baru boleh tukar jadi Princess Kate  ataupun tukar jadi Wardina. ;)

 Mungkin cardigan ni dari HOLS pun mar akan buat raya kalau dah terpaksa. :)

Shamin akan buat dress HOLS ni sebagai baju extra hari raya. Tapi shamin akan gayakan dengan knitted top HOLS. Selesa dan menarik.

Untuk pashmina atau shawl, mar akan pakai semua keluaran HOLS juga untuk jubah, baju kurung plain dan dress. Jimat duit raya. Pada mar, sambutan raya tu lebih bermakna bila kita berjumpa sanak saudara, luangkan masa untuk membantu mama untuk preparation memasak juadah pagi raya dan tahun ni untuk bawa Fariss Ayman jalan-jalan.

Untuk beg, mar tak ada beli yang baru sama juga macam tahun tahun yang lepas.. Lebih lebih lagi ada Fariss Ayman, mar akan bawa sebesar besar beg untuk muatkan semua keperluan dia di dalam tu. Mudah. 

Bila beraya sebagai ibu ni, mar lebih pentingkan perkara yang praktikal. Kasut pun mar akan pakai yang tumit besar dan tak tinggi. Senang nak kejar si kecil.

Macam mana lah ya kami bertiga beraya tahun ni.... Persiapan fizikal dan mental tu yang paling penting. Macam ni rupanya mama beraya dulu dulu. Sibuk uruskan beg kami. Kami apa tahu ? Main bunga api, bergaya depan cermin seminggu sebelum raya, tolong mama buat kuih raya, nyanyi lagu raya... :)

Selamat Hari Raya semua. Minta maaf jika ada bahasa mar di blog ini sepanjang tahun ni ada yang mengguris perasan anda. Doakan mar kuat dan bertenaga untuk beraya bersama orang baru.

Bawa kereta berhati hati ya.

No comments:

Post a Comment