Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 3, 2012

Ada apa pada suara?


Testing…testing…

do re mi fa so la ti do .. do ti la so fa mi re do.. ulang lagi sampai pitching anda sedap ok?

Assalamualaikum wbt. 

Apa khabar semua? Macam mana dengan hari raya anda semua? Sudah berani untuk menimbang berat badan ke kini ? hehehe.. Ya ampun, jalan di jalan raya terutamanya hujung minggu adalah seperti satu pendemik yang menular di setiap ceruk jalan. Jangan lupa bawa minyak cap kapak untuk menghilangkan pening kepala dan juga air masak yang cukup untuk menghilangkan loya muntah !

Coughing is a reflex that keeps your throat and airways clear. Although it can be annoying, coughing helps your body heal or protect itself.


Uhuk uhuk.. mar dari raya ke tiga hingga lah kini mengalami keuzuran..jangan risau..uzur suara sahaja insya allah.. Graf suara tidak cantik sama sekali. Hari ini mungkin ada suara yang keluar, pagi esok belum tentu lagi.  Tolong doakan kami sekeluarga cepat sembuh ya!

Alhamdulillah..walaupun suara mar agak sukar nak keluar sebab tekak terlalu gatal dan pedih..tapi ada nikmat yang tidak terhingga. Suara mar jadi lebih kasar dan lebih matang. Hoooray!

Dilahirkan dengan badan yang gagah perkasa dan size tapak  kaki yang masya allah sangat istimewa, tidak menjanjikan kita untuk mendapat suara yang macho .. suara ku sering disalah ertikan oleh pihak pihak yang baru mengenaliku ; Suara halus yang bila menjerit belum pasti lagi pakcik babu jual roti depan rumah dapat mendengar teriakanku untuk berhenti.

Ada yang mengenaliku dahulu (zaman universiti) , tidak dapat menerima kenyataan bahawa diri ku sudah matang dan dewasa. Ya allah, betul..mar sekarang insya allah dah lebih matang dari dahulu.. Dalil mereka hanya bersandarkan kepada suara ku di gagang telefon yang persis seperti budak sekolah yang minta derma untuk program walkaton  atau jogaton. Ini adalah sangat tidak adil! Please don’t under estimate me. Bukan salah suara ku ini.. sob sob sob…

Pada mar, manusia itu berbeza kerana pemikiran mereka yang berbeza, bukan warna kulit, paras rupa mahupun suara . Kita perlu melihat orang melalui pandangan mereka, gaya hidup mereka dan juga rakan rakan mereka. Daripada situ lah kita boleh membuat andaian tentang seseorang. Bukan melalui fizikal mereka. Faham ya kawan kawan.. 

Situasi ini sudah lama berlaku pada mar. Kami adik beradik melainkan kakak sulung memang mempunyai suara seperti ini, walhal ibu dan ayahku suara besar besar belaka, terutamanya ayah. Ayah terutamanya tidak perlu menjerit pun untuk menzahirkan kehadirannya di dalam sesuatu ruang dan tempat; mungkin hanya perlu berdehem dan orang boleh tahu itu ayahku.. mama pula seorang guru, jadi tentulah suaranya boleh didengar jelas dalam makmal biologi itu. 

Kadang kadang mar buntu dengan pandangan orang pada mar. Bila mar bercakap mereka senyum senyum sambil mengerut dahi... Bila mar curahkan idea dengan semangat berkobar kobar, mereka tersenyum juga..  Jadi bisa bagaimana ya aku mahu ngomong? Kok senyum senyum aja?? Ngapain sih..?? 

Dulu, masa di tempat kerja lama, lelaki memang sangat dominan. Mar sorang sahaja perempuan. Bila meeting dan mar perlu buat presentation, akan terkeluar la lantunan suara kecil itu..Empunya diri akan cuba buat yang terbaik dan ketepikan pandangan orang. Tutup mata dan bayangkan diri kita bercakap di hadapan pari pari kecil yang comel; Itu adalah lebih indah  :)

Jadi kepada kawan kawan yang mempunyai suara yang kecil, mar faham perasaan anda. Kita serupa..

TAPI, jangan rasa diri anda kecil kerana setiap apa yang Allah beri itu ada rahsia disebaliknya. Kita perlu jangan putus asa dan gali lagi potensi diri kita dan tumpukan pada apa yang boleh kita lakukan. Kita perlu bersangka baik kepada Allah dan mudah mudahan ada kebaikan yang boleh kita beri semula kepada masyarakat dan dunia. Insya Allah..

Dear folks and friends let me remind you again ; Everyone has a unique take on the world. Our experiences and inborn traits shape our perception of everything around us. Voice is how a character expresses that unique view. It can come out in the tiny things like word choice and sentence structure. But voice is about more than words and tone.


Oh yeah, say want you want to say, but I just simply love my voice. Duh... :-)

No comments:

Post a Comment