Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 13, 2012

mainan jiwa

Rasionalkan diri, bersabar sepenuhnya..
Dengan ujian yang hadir bak ombak menghempas pantai..

Kematangan menolak gelojak jiwa ketepi,
Untuk berdepan dengan hari mendatang,
Tabah dan berdoa,
Itu sahaja lah perisai yang sesetengah ada,
Pedang dan tombak,
Bukan cara berperang,
Bertahan dan bertahan,
Itu strategi..

Bila kita menjadi manusia,
Jauhkan dari menjadi raja,
Perintah manusia mengikut telunjuk,
Segala kata wajib diturut,
Semakin kau menekan, semakin manusia jauh,
Itukah bahagia menurut firasatmu?

Bila kita menjadi manusia,
Jangan mudah melabel manusia ,
Siapa kita mengetahui rahsia hati?
Apa yang dizahir mungkin bukan apa yang kau fikir,
Itu semua kuasa Ilahi,
Luar dan dalam Allah lebih mengetahui,
Durian yang tajam isinya enak,
Buah naga isinya manis,
Adakah luaran menceritakan yang batin?
Takut takut jika terlalu berfikir busuk manusia kita terlupa busuk najis sendiri..

hirisan luka parah bernanah,
mencari ubat sebagai penawar,
hutan lebat pohon menghijau,
mencari tempat untuk berteduh,
luka ini perlukan masa,
untuk pulih seperti sediakala..

hujan rintik rintik,
air bergelora..
bisakah pelangi menjelma dan mewarnai dunia?
atau guruh dan kilat kembali menjerit?
jika keadaan masih tidak berubah..
biarlah daku membawa diri..
di dalam hutan mengubat luka...



2 comments: