Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 9, 2012

Nasihat buat adik.. :-)



Bismillahirrohmanirrohim…

Buat adik adik kak mar yang tersayang…

Alhamdulillah. Rasanya menginjak umur 27 tahun ni dah layak bahasakan diri sendiri dengan panggilan kakak. Lepas ni perlu biasakan diri untuk panggil diri makcik pula. Apa nak takut, itu lumrah alam. Pakailah collagen ke, botox ke, suntik lah pi mana hang nak suntik..tapi itulah ketetapan Allah. Tua dan mati tidak dapat dielak.

Ok lah. Boleh teka tak rasanya apa kak mar nak cerita hari ini?

Hujung tahun hampir menjelma. Dan secara lazimnya akan banyak lah kad kawin berkunjung ke peti surat rumah mak mertua kak mar. Kak mar duduk Cheras, tapi disebabkan rumah atas awan, kak mar masih gunakan alamat mak. Rasa lebih selamat.

Kak mar insya allah kalau berkesempatan memang akan menghadiri jemputan. Wah, sekarang ni majlis semua indah indah belaka. Terasa seperti melangkah ke dunia yang lain. Bunga segar menghiasi dewan dan taman. Pelamin nan indah seperti di kayangan. Nah, bila pengantin berarak ke pentas terasa seperti di awangan..puteri dan putera  cantik manis , dengan baju rekaan pereka tersohor melewati permaidani  istimewa mengembalikan gambaran Cinderella dan juga putera kacaknya..Di kiri dan kanan dewan, sepasukan jurugambar dan juruvideo siap bersampin lengkap dengan lensa masing-masing  memenuhkan isi ruang dewan dengan kerlipan flash persis seperti kerlipan bintang kejora. Aaahhh..semuanya indah belaka. Impian ku terlaksana !

Aturcara majlis hanya tinggal beberapa minit lagi..Tolonglah jangan  biarkan masa ini berlalu pergi. Jadikan ia kekal selamanya, biarkan aku dalam persalinan indah ini selamanya…

Hakikatnya adik sayang, masa memang tidak boleh  diberhentikan atau diputar kembali. Masa kan milik Allah. Saya pun pernah menjadi seperti adik. Bezanya zaman saya berkahwin, majlis tidak lah sehebat zaman kini.Yang penting nikah. Kak mar pula seingat dalam memori tidak ada pakaian idaman dan majlis idaman. Mungkin  kerana masa zaman kak mar kahwin, kak mar masih lagi belajar dan kak mar takut untuk meminta pada ibu dan ayah. Asal ada baju nak kawin sudah lah.Tak kisah. Bila kak mar mempermudahkan pemikiran kak mar, semuanya menjadi mudah Alhamdulillah.

Apa yang kak mar lebih takut adalah bagaimana dengan masa depan kak mar dan juga kewangan kak mar. Ok, kita ketepikan MLM  kerana jika ada pembaca yang terlibat dengan MLM, ini adalah modal untuk mematahkan kata kata kak mar. hihi.. (tak  apa, saya sangat selesa menjadi engineer, membuat sesuatu yang saya suka dan diredhai suami dan juga kadangkala menjadi penulis blog )   :-)

Apa yang kak mar bimbangkan adik adik semua, adalah sekiranya adik adik membuat pinjaman peribadi hanya semata mata untuk mendapatkan perkahwinan impian adik-adik..akhirnya adik adik akan terbeban dengan hutang.Baru sahaja mahu mengemudi bahtera, adik adik sudah dibebani dengan hutang keliling pinggang. Baiklah sebagai contoh, kita ketepikan RM500 –RM800 untuk ansuran kereta, sewa rumah jika belum lagi mempunyai rumah RM500-RM1000++, bayaran tol sekiranya menetap di Kuala Lumpur RM50-RM100, Bayaran PTPTN RM100-RM400 (fleksibel), broadband RM100+- , barang pasar RM300-RM500+- , keperluan rumah RM300-RM400+-, bil api dan juga bil air RM100+- , minyak kereta RM200+-, duit makan di ofis RM150++ ,duit bagi mak ayah (300++), duit zakat dan sedekah (fleksibel)  ..dan juga pengiraannya akan bertambah jika adik adik mempunyai keinginan yang lebih. Kebenarannya adik adik, tanggungjawab kita selepas kahwin sebenarnya adalah besar. Sebab itu kini kebanyakan isteri bekerja untuk membantu suami kerana hidup kini tidak semudah dahulu. Kita dibebani dengan barang keperluan harian dan juga beberapa perkara lain yang mahal, maka kewangan adik adik mungkin akan kritikal sekiranya anda menambah lagi hutang yang banyak untuk majlis yang akan berlangsung hanya untuk beberapa jam itu.

Ini realiti. Kak mar tahu ada yang berani meminjam sehingga RM60, 000-RM80, 000++ untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka, tetapi adik adik sekiranya kita tahu bahawa kita masih belum mampu ,tidak apa sebenarnya walaupun hanya membuat majlis yang simple. Islam itu kan memudahkan umatnya. Bukan kak mar tidak suka akan majlis yang mewah dan indah, kak mar suka..Cuma bagi mereka yang masih belum berkemampuan kini, kita berpijaklah di bumi yang nyata.

Kak mar takut sekiranya belum pernah ada yang menasihati adik adik bahawa alam perkahwinan memerlukan kewangan yang stabil untuk kita kekal bahagia dan harmoni, serta memudahkan kita untuk beribadah dengan tenang tanpa beban hutang yang berligar di kepala setiap bulan. RM60,000 –RM80,000 bukanlah wang yang sedikit sayang,.. jadi biarlah kita berpada pada dan mendidik jiwa kita untuk bersederhana. Islam itu indah kerana Islam tidak pernah menyusahkan umatnya.

Kadangkala apa yang kak mar takut adalah peranan Facebook dalam mewujudkan persaingan dan pertandingan  bagi  kategori ‘majlis siapakah yang lebih indah dan hebat?’. Apa yang kita takuti niat asal untuk membina masjid yang dituntut islam itu dirosakkan dengan sikap takabbur sesama insan. Wallahu alam. Kak mar kesian, sekiranya adik adik di luar sana ada yang sangat kepingin untuk mendapatkan majlis yang persis seperti yang dilihat di Facebook, maka mereka berani untuk terjun ke dalam gaung “hutang”.

Jadi hari ini, kita tanya semula diri kita, Tanya iman dan juga Tanya kewangan kita. Mungkin duit beratus ribu yang kita simpan itu boleh digunakan untuk membeli rumah. Itu adalah satu pelaburan yang lebih berbaloi kerana rumah yang selesa dan luas itu dituntut dalam Islam , begitu juga kereta yang berkualiti dan bagus. Tapi, sekiranya adik adik memang mempunyai duit dan simpanan yang banyak, tidak salah sebenarnya untuk membuat satu majlis yang extravaganza. Lagipun, sekali seumur hidup bukan? 

Apa apa sekalipun, bagaimana simple, kecil, besar atau mewah majlis anda…jangan lupa tepuk dada tanya iman dan juga minta lah keberkatan daripada Ilahi. Wallahu’alam


No comments:

Post a Comment