Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 16, 2012

Order Doc Fu



Kami berdua sibuk.
Amat sibuk.
Kami selalu curi masa untuk sms sewaktu ada masa terluang bila bekerja.
Nampak sangat pelik, tapi rasa bahagia bila baca sms.

Mungkin sebab di rumah terlalu banyak perkara perlu dibuat sehinggakan kurang masa untuk berbual.
 Tak apa lah.. Yang penting ada tindakan untuk cuba mencari ruang bagi merapatkan hubungan.

Bila mar sampai rumah tadi, Abang Fuad telefon: “Mar, cek email tak? Ada staff hospital AMpang order barang HOLS tadi.”
Mar balas semula : “ Ok, nak rehat kejap. Lepas ni bila ada masa terluang sikit mar cek email ok.”
Abang Fuad menjawab : "EH tak boleh..Dah lebih 2 jam staff tu order barang.Dia kata penting. Tolong buka segera ya.
Mar dalam hati: "Aduh..Takpe2..rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari"

Jadi...Dengan longlai nya mar buka lah email. …………......









Aha..Aha..Ahaks!

Ok. mula mula baca..Apa customer ni..Eh.eh.Hahahaha!
Tengah penat pun tercelik kejap mata:)

Ya Allah, perkara yang sangat SIMPLE ini pun berjaya buat hati mar terlalu bahagia…

Walaupun masa zaman hingusan dulu selalu terima surat tulisan jawi bawah meja (sangat lambat mengeja dan upah kakak bilik tolong bacakan)..tapi perkara simple seperti ‘order item’ daripada Dr Fu betul betul membuatkan mar memuji pada Pencipta perasaan cinta ini.

 Sangat indah perasaan ini. Walaupun badan hampir tidak bertenaga, tapi kata kata seperti itu mampu untuk membuatkan kita lebih tabah dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Semoga hari esok lebih indah daripada hari ini. Insya Allah.

Dr.Fu.You made my day.

1 comment: