Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 4, 2012

Shawl chiffon

Semalam Ela datang ke rumah. Kami ada sessi ambil gambar untuk koleksi pertama shawl keluaran H.O.L.S.

Mar memang suka pakai shawl, pashmina dan sewaktu degannya sebab senang dan tak nampak formal sangat. Lagipun mar jenis muka besar, jadi rasanya memang lebih sesuai rasanya pakai shawl.

Mar memang excited sangat sebenarnya! Bila dah ada tailor sendiri kita boleh buat apa apa sahaja design yang kita nak. Mar suka shawl yang simple, but nice, senang dibentuk dan yang paling penting panjang boleh tutup dada walaupun dibelit macam mana sekalipun.

Satu perkara yang mar suka bekerja dengan ela, dia sangat simple macam mar dan yang penting kami banyak persamaan walaupun ada sesetengah perkara mungkin berlainan, tapi itu bukan masalah! She is a nice girl, I love her character so much.  Last photoshoot baru mar tahu yang ela ada talent untuk makeupkan orang. Kalau bagi pada mar, make up is really not my forte. Setakat pakai lip balm ok la. Mar suka make up yang sangat simple cukup untuk beri kesegaran pada gambar bila kamera pancarkan flash.

Kami memang tak tahu macam mana nak pusing belit dengan shawl . Tapi untuk sesi semalam, kami belit guna kreativiti masing masing, and the outcome was pretty cool. Suka sangat bekerjasama dengan ela. Seronok. Photographer kami pula sabaaar sangat melayan kerenah kami. Hihihi. Fariss Ayman? Ok, alhamdulillah nyenyak tidur sampai pukul 12 tengah malam. :)

Shawl ni buat masa ni ada 8 kombinasi warna, 2 tone warna dan 2 meter panjang.Material adalah chiffon. Memang amat sesuai untuk mereka yang suka membelit shawl dan masih mahu menutup dada.

Buat masa ni maafkan H.O.L.S sebab terpaksa gunakan model ibu anak 1. Mar terus terang cakap mar kagum dengan model tudung. Boleh maintain muka dan posisi dengan beratur ratus tudung. Ini kerana peranan model tudung tu sangat besar bagi menarik pelanggan sebenarnya. Mar memang tak pandai dan tak sesuai sangat untuk jadi model tudung. Tapi, tujuan dan matlamat untuk berkongsi design shawl H.O.L.S dengan semua peminat H.O.L.S alhamdulillah terlaksana. Mar harap kalau ada yang tak berpuas hati dengan cara penggayaan shawl H.O.L.S nanti, bolehlah beri personal email kepada mar. Kita saling bantu membantu. :)

Ok lah. rasanya itu sahaja setakat ni. Insya allah dalam minggu ni juga kami rancang nak keluarkan keluaran shawl kami yang pertama. Tunggu dan nantikan ya!

No comments:

Post a Comment