Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 14, 2012

Blog adalah refleksi diri

Tajuk macam menakutkan sahaja,
Tapi kalau takut tak payah buka blog.
Ada faham?

Ayat pembuka pun dah garang..
Tapi jangan takut ya kawan-kawan,
Saya tak garang, oh, mungkin :-)

Dalam bekerjasama dalam sebuah perkahwinan,
Tak kisah lah ada hobi yang berlainan,
Makanan kegemaran yang berlainan,
Size badan yang berbeza,
Rambut berlainan warna,
TAPI,TAPI, pemikiran dan ideologi tentang kehidupan,
Perlulah seiring sejalan..
Maksud saya tak perlulah 100% sama, tapi perlu ada persefahamn dan penerimaan.

Oh, saya memang suka ayat pembuka yang panjang lebar..
Apa yang cuba saya sampaikan di sini,
Abang Fuad suka memahami apa yang saya baca dan lihat di internet,
Dia akan komen sekiranya apa yang saya suka dan lihat itu amat berlainan dengan apa yang akan dicorakkan dalam keluarga kecil kami ini,
Betul, apa yang anda baca, apa yang anda lihat, apa yang anda dengar akan menjadi sebahagian daripada diri anda,
Rasa ditipu dengan fakta ini?
Ok, mulai saat ini ambil masa untuk melihat dan mengenali manusia..

Dan, saya sangat suka diberi nasihat,
Walaupun kadangkala tersilap juga langkah, tapi bila diberi nasihat, saya akan kembali kepada garisan yang betul dalam hala tuju,
Eh, bukan ke itu fungsi suami isteri..saling menasihati satu sama lain..

Ada banyak blog di alam maya ini,
Tapi yang paling terkesan di dalam diri saya ini adalah blog daripada saudara Paolo Coelho,
Abang Fuad pun suka saya memahami dan belajar menjadi jujur sepertinya,
Pertama sekali, saya ingin tegaskan, beliau bukan seagama dengan saya,
Maka saya hanya ambil mana yang elok dan buang mana yang tidak elok ,
Tetapi untuk menjadi penulis yang jujur, saya rasa beliau amat hebat,
ayat-ayatnya banyak menjadi kata-kata nasihat dalam kehidupan saya..
Saya doakan agar saudara Paulo akan diberi rahmat dan hidayah daripada Allah..insya allah


Bila saya baca kembali cerita-cerita saya bermula 4 tahun yang lepas,
kadangkala air mata mengalir,
Amat banyak perubahan cerita kehidupan dalam 4 tahun saya bernafas ini.
Kalau lah saya diberi peluang untuk merakam kembali kehidupan saya lebih awal daripada itu,
amatlah indah..
Blog ini seperti satu buku sejarah di muzium,dan saya sebagai penglipurlara dan pembuat sejarah.
Pernah dengar tak anda, dengan mendalami sejarah dan mengkaji sejarah, anda akan lebih memahami dan menghargai diri anda..Oh lupa..itu ABang Fuad yang berkta pada saya.
Jadi, sebolehnya saya mahu menulis sesuatu yang jujur sahaja daripada diri saya..
Jadi, sepanjang kehidupan saya ini, saya mahu mengenali siapa sebenarnya diri Nur AKmar ini.
Apa yang telah Akmar lalui, siapa orang orang hebat sekeliling saya, siapa orang tersayang yang memberi erti pada kehidupan saya dan sebagainya.

Bagi mereka yang pernah singgah di blog jujur saya ini,
Sekalung pernghargaan dan terima kasih saya ucapkan,
Kerana sudi mengenali diri saya dan bersama-sama merasai apa yang saya rasa,
Wallahi, sekiranya ada yang terasa hati dengan kata-kata jujur saya, saya memohon ribuan ampun dan maaf, saya hanyalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..

Sebenarnya saya tidak suka membaca blog sendiri dan saya selalu lupa apa yang telah saya tulis,
Sebabnya, saya jarang ambil masa lebih daripada 30 minit untuk mengarang, semua yang tertera di sini adalah secara spontan, jadi kebarangkalian untuk terlupa adalah amat tinggi.
Tetapi seperti semalam ada dua orang wanita cantik yang memberi komen di telefon saya tentang blog picisan ini, saya rasa amat terharu..
Lalu saya buka kembali blog saya bermula daripada entri pertama sehingga kini, dan air mata saya mengalir,
Saya tak sangka ada yang ambil berat tentang kehidupan saya, hanya melalui blog ini.

Mungkin apa yang anda kenali saya diluar adalah persembahan dunia yang diberi untuk kemaslahatan bersama dan memberi warna-warna kehidupan,
Tetapi di blog saya ini, anda mengenali sekeping hati daripada Nur AKmar.
Terima kasih semua pembaca setia, yang pernah meninggalkan komen di sini, mahupun yang selalu menjadi pengunjung misteri yang hebat,

Terima kasih daun keladi,
Esok meh singgah lagi



Monday, November 12, 2012

Ujian ini

Ish..
dah lewat petang..tapi tak boleh lagi balik...
anak di rumah, apa lah khabar berita..
lelehan hingusnya,,batuk kahaknya...berlegar legar di kepala..
mana korang ni wahai contractor,janji pukul 8 pagi, matahari nak terbenam pun tak sampai lagi :-(
 sabarlah wahai hati..sabar ya...
jangan menangis...air mata perempuan di site amatlah tidak laku..
tiada yang akan mengerti..simpanlah sedih mu itu..

Setelah bertahun-tahun belajar,
adakah ini bayaran yang perlu kutempuh,
menolak keluarga, anak untuk turut serta merasai apa yang ku rasa..

kalau lah, kalaulah dunia ini mudah, dunia ini tidak ada cabaran,
makanan jatuh dari langit, pakaian siap tersedia di dalam almari,
duit muncul dari bawah bumi...
tidak mungkin aku akan biarkan ia terjadi begini..

sesetengah manusia, hidupnya gemerlapan,
cabaran tiada,
perjalanan hidupnya mudah sahaja,
apa yang dihajat semuanya tersedia,
beruntungnya kamu di dunia...

bagi diri ini,
mencari rezeki adalah kemestian,
tidak suka mengharapkan sumbangan dan huluran sesiapa,
hidup berprinsip, inilah bayaran yang perlu diterima,
walaupun pahit, tapi ada manisnya..
sebagai persediaan di masa depan,
malang itu tidak berbau ..

pada mereka yang dapat mencorak kerjaya,memilih kerjaya,
bersyukurlah anda,
kerana ia adalah nikmat kehidupan di dunia,
rahsia kebahagiaan adalah membuat pekerjaan yang anda impikan..

Bagi diri,
ketabahan sahajalah yang aku ada,
mungkin, mungkin,
ada rahsia yang aku tidak bisa mengerti,

Penaung Agung yang menyusun...
Aku manusia kerdil, redha dengan ketentuan mu,
Jika isi manggis manis tidak seperti kulitnya yang hodoh,
Jika isi durian lemak manis tidak seperti kulitnya yang tajam berduri,
Jika setiap kejayaan itu memerlukan keperitan dan kepayahan,
Aku sanggup meredah ujian ini dengan mengharapkan keredhaan dan rahmat daripadaMu...

Anak...ummi balik lewat lagi hari ini sayang...



Saturday, November 3, 2012

Anak ayah



Aku ni, kalau bercakap tentang keluarga, memang jiwa cepat tersentuh. Kami sekeluarga faham apa yang kami rasa. Terlalu banyak untuk dicoret sampai aku rasa biarlah aku simpan setengah daripadanya dalam memori sahaja.

Tapi dalam banyak banyak ahli keluarga, aku paling mengerti perasaan ayah..Hrmm..nak tulis ni pun hati sebak.AKu sayang sangat ayah aku..

Kalau aku di tempat  ayah, aku tak tahu sama ada aku akan menjadi setabah dirinya. Jiwanya luaran kelihatan keras,tapi dalamannya Subhanallah..indah dan cantik..Ayah jujur orangnya..Matanya bersinar bercahaya. Aku suka lihat mata ayah..

Ayah berkunjung datang ke rumah petang semalam. Ayah datang seorang..Ayah ada kerja pagi tadi di Kuala Lumpur. Aku penat sangat sebab aku balik lewat dari site. Semalam hujan sepanjang hari. Ayah datang naik motor. Kasut ayah basah..Beg ayah berat..Jika dulu, aku nampak ayah gagah. Ayah boleh angkat aku dan kakak ku serentak. AKu tak sanggup lihat ayah. Aku terus buka pintu dan ambil beg ayah. AKu buka kan kasutnya sebab ayah betul betul kelihatan letih. Anak ku pula, belum sempat ayah masuk ke rumah, sudah merengek minta di dukung..Ayah senyum sahaja dan terus mendukung anak ku walaupun keletihan.

Aku sayu lihat pemandangan ini. Bagaimana ya jika ibu pergi dulu..bagaimana ayah? Nau’zubillah..jika ayah pergi dulu aku yakin insya allah ibu mampu dari segi peraasan untuk teruskan kehidupan. Tapi ayahku, orangnya sangat manja dengan ibu..semuanya ibu..mesti perlu ada ibu walau dimana sahaja ayah berada. 

Fariss ayman minta didodoi untuk tidur, aku dan ayah bersama-sama cuba tidurkan Fariss. Ayah zikirkan untuk Fariss..Aku bergenang ingat zaman dulu.. Ayah kali ini betul betul mahu curahkan kasih sayang pada cucunya..Sambil itu, aku kemaskan bilik untuk ayah..

Bila Fariss berjaya ditidurkan, ayah naik ke atas dan berkata “Mar, esok tolong kejut papa ya pukul 5:50 pagi”. Nah,lihat lah. Sudah separuh abad, tapi masih seperti ini..Ibu memang manjakan ayah. Ibu dan ayah  masih lagi bercinta sehingga kini. Ya Allah..Kau panjangkanlah nyawa kedua dua ibu dan ayahku..Biarlah pemergian seorang daripadanya tidak akan membebankan seorang lagi..

Bila ayah berlalu pergi dengan motornya seorang diri ke tempat kerja pagi tadi, ayah melambaikan tangan pada aku, abang fuad dan fariss . Aku menitis air mata.. Sedihnya. Dulu sebelum berkahwin  ayah yang menjagaku, ayah banyak memberi nasihat padaku..kini aku mengemudi hidupku dengan pasanganku pula..Aku memang dah dewasa, tapi mengingat kembali peristiwa kehidupan ni, hati aku sayu sangat.Sedangkan daun pun jatuh ke bumi, apatah lagi kita manusia..Akan  mendiami dunia perut bumi kelak.

Selagi ayah masih di atas bumi, aku yang jauh ni agak sukar untuk curahkan perhatian dan kasih sayang untuk ayah seperti dulu.Aku kini hanya mampu mendoakan dirinya dari jauh…(titis air mata mengalir…)

Sajak di bawah ni khusus untuk anak-anak yang masih mempunyai ayah di muka bumi ini. Marilah kita terus berbakti kepada orang tua kita selagi nyawa masih dikandung badan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

~Usman Awang


Friday, November 2, 2012

Google search result



Hari hari kita akan gunakan google search kan untuk search apa sahaja yang kita nak.

Nak masak masakan mexico… -à carilah kata kunci “ mexico traditional dish recipe”

Nak cari tempat kubang kerian…à kita mungkin akan cuba cari “ di mana kah Kubang Kerian? “

Nak betulkan ejaan English yang susah …àreconnaissance or reconnaissance?”

Nak cari idea hadiah tercomel untuk suami .. à “special gift for husband on his birthday “

Senang cerita, google ni sebenarnya banyak sangat memandu hidup kita untuk memudahkan urusan harian..

Terima kasih banyak banyak pada yang mengasaskan goole ni..

Entah kenapa malam tadi, tiba tiba sambil gelak cuba lah try tulis “ nur akmar” kat google search. 

Banyak nur akmar kat dunia ni..mesti tak ada lah..tak pun kalau ada, mesti pada butang “next”.

Bila muncul je keluar result …… à senyum sorang sorang..


Benda simple macam ni pun boleh buat mood kita happy tau.

 Hari hari kita penat kan dengan kerja, urusan dunia, terkejar sana sini, jam, orang pun tak hiraukan kita sebab semua orang ada masalah sendiri…bla bla bla …(boring..) ...

 AKhirnya, Mr Google memberi penghormatan ke atas kerja keras kita di atas dunia ni. Ok la..Not bad..

You should try it too ladies!