Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12 ...perjalanan hari ini



Diam tak diam..2012 hampir melabuhkan tirai. 

Rasanya macam baru sahaja minggu lepas tahun baru 2012 kan. Hari ni 12/12/12, nombor yang cantik sangat. Mar rasa untuk personal remark, mar kena tulis something..

Ani kawin 2011 masa mar sarat mengandung 7 bulan..Shamin pula menghitung hari untuk majlis pernikahan awal tahun depan. Munirah pula meniti hari muda dengan kemeriahan alam remaja. Oh..saat tu semua mar dah lalui.. Saat on top of the world kunun, dan saat untuk merasa manisnya dunia ni..kunun juga..

Perkahwinan adalah saat kita bersedia untuk melepaskan hidup lama dan melangkah masuk ke satu alam baru. Alam yang tidak diketahui dan tidak pernah dilalui kita. Ada yang mengemudi dengan jayanya, ada yang sesat sebentar di tengah lautan, ada yang terus karam di dalam lautan. Perkahwinan adalah seperti pelayar kapal yang sangat memerlukan kecekapan dan juga ilmu yang mantap. Kalaulah boleh diputar kembali masa, mar harap sangat ilmu rumah tangga, mama dan papa akan lebih terbuka untuk mengajar menjelang perkahwinan mar dahulu… Tapi tak boleh salahkan mama dan papa, mar terlalu sibuk dengan FYP dahulu. Hehehe..

Jadi, masa mar mula mula kahwin dulu rasa terkejut sangat dengan perubahan drastik alam perkahwinan. Penuh dengan tanggungjawab, dan penuh dengan etika berkomunikasi yang memerlukan kebijaksanaan.

Jadi untuk  Shamin adik yang disayangi, rahsia kebahagiaan keluarga itu mar petik sahaja daripada kata kata ustaz Don, “Untuk bahagia rumah tangga suami isteri, perlu pastikan rumah sentiasa ada yang solat berjemaah”. Ok, itu adalah asas penting. Yang lain –lain kita boleh sama sama baca dan belajar daripada buku buku dan juga ustaz atau ustazah.

Bila sudah berkeluarga ini, kadangkala kita memang akan rasa sunyi. Kawan kawan rapat mungkin ada mula menjauhkan diri, keluarga pula berada jauh, dan banyak perkara yang kita perlu bincangkan dan selesaikan sendiri bersama suami tersayang. Bukan semua perkara kita boleh beritahu kepada ibu dan ayah kita. Reputasi pasangan kita amatlah penting di mata ibu dan ayah kita. Setiap manusia tidak sempurna waima diri kita sendiri, jadi kekurangannya itu adalah sesuatu yang perlu kita terima kerana hadirnya kita hidup bersama sama adalah untuk melengkapkan satu sama lain.

Mar baru faham apa yang dilalui mama dahulu. Mama sangat cekal. Mak mama dan adik beradik jauh di Kajang, sedangkan mama duduk di Johor Bahru. Mama nampak sangat tabah. Hidup mama hanya untuk keluarga. Mama penat balik dari sekolah, tapi mama akan pastikan kami semua kenyang dengan masakan mama. Mar tak tahu kudrat mama datang dari mana, tapi mungkin disebabkan mama buat dengan ikhlas, nampak semuanya lancar sangat.  Mar harap mar pun akan sentiasa kuat seperti mama. Dalam senyuman mama tu, mar nampak seorang wanita yang cekal. 

Semalam mar dan AF ke kotaraya Kuala Lumpur. Kami pulangkan semula costume wild wild west sempena Hari Keluarga Hospital Ampang. Ada mob dance di depan pintu masuk Fahrenheit  sehingga ke Pavillion. Teringat zaman remaja dulu. Mungkin zaman tu mar akan teruja tengok pemandangan seperti tu, tapi kini itu adalah seperti pemandangan sepintas lalu.. Pelik, shopping complex bukan lagi tempat yang mengujakan  buat kami berdua..

Kemudian, kami terus ke Institut Jantung Negara. Makcik mar dimasukkan ke situ tempoh hari, tapi kesibukan kami berdua, memang kami tak sempat nak menziarah bibik Sal. Oh ya. Ayah mar orang jawa, jadi kami memang perlu gunakan panggilan bibik, wak, paman.. Anak bibik sama baya dengan mar, Zila namanya. Mar rapat dengan zila dari kecil. Panggilan ikut pangkat sepatutnya adalah Wak Sal, tapi wak sal lebih selesa bahasakan dirinya bibik. Mak Zila kahwin satu pelamin dengan mama semasa majlis perkahwinan mereka. Jadi keluarga kami memang rapat. Mar terhutang budi sangat dengan bibik. Bibik orangnya baik. Hari ni bibik akan menjalani major operation. Pembedahan jantung bypass . Tiga major vein yang salurkand arah ke jantung sudah tersekat. Manakal lagi 2 minor vein juga tersekat. Doktor kata kalau lambat sampai haritu, mungkin bibik sudah tiada kini.. Mar terdiam tengok situasi tu. ZIla nampak sangat tabah walaupun zila kakak sulung adalah sebaya dengan mar. ZIla masih lagi mampu tersenyum menerima ketibaan kami berdua. Zila doktor di HKL, jadi bila Zila ceritakan saat saat serangan jantung bibik Sal yang pertama sehingga dipindahkan dari HKL ke IJN, AF dan mar dengar dengan tekun. Mar berdoa sangat semoga harini pembedahan akan berjaya dan dipanjangkan umur bibik Sal selepas ini. Ameen...

Mar tahu mar akan tua, tapi kadangkala mar terlupa inilah proses yang sedang mar alami. Mengalami proses penuaan. Mar mula rasa tempat tempat bising dan orang ramai bukan lagi tempat yang sesuai dengan jiwa mar, dan kini mengunjungi keluarga di rumah dan menziarah keluarga dan sanak saudara adalah tempat yang lebih tenang. Proses penuaan itu sedang berlaku ke atas diri mar, dan mar harap sangat mar akan menjadi lebih matang sesuai dengan umur yang sedang meningkat.

Setelah kami melangkah keluar dari wad bibik sal, kami berhenti sebentar di booth coffee di IJN dan menikmati petang kami berdua dengan secawan kopi dan pilihan pastry masing masing. Kami diam seketika menikmati masa itu dan kemudian bercerita tentang Fariss.. “Jika Fariss ikut bersama ini tempat yang sesuai untuk Fariss berlari sepuasnya…” etc…Lewat petang itu juga kami berbincang tentang kerjaya masing masing dan hala tuju kami dalam mencorakkan masa depan.AF dan mar berbeza bidang. Tapi kami cuba sedaya upaya untuk menyokong kerjaya satu sama lain. Itu yang terfikir di minda kami.. waktu itu sebentar sahaja tapi kami menikmatinya bersama. 

Mungkin perbezaan 5 tahun usia kami membuatkan kami lebih banyak belajar untuk memahami satu sama lain. AF membesar dalam zaman yang berbeza. Semasa mar busuk busuk lagi di sekolah semasa darjah 6, AF sedang menghadapi SPM. Jadi sudah pasti persekitaran kami membesar ada jurang perbezaannya.Setiap hari adalah proses pembelajaran kami untuk menghormati satu sama lain dan menghargai perbezaan ini. Mungkin disebabkan itu jugalah, mar rasa mar lebih kelihatan dewasa daripada usia mar.

Perkahwinan ini sebenarnya adalah proses pembelajaran bersama. Setiap pasangan perlu mendidik satu sama lain dengan berhemah. Ada pasangan yang suka menunjukkan aksi romantik di khalayak untuk menzahirkan kebahagiaan kepada tatapan umum, dan ada juga yang kelihatan seperti pasangan sederhana sahaja tetapi hakikatnya di rumah mereka sangat bahagia hidup bersama dan hanya ingin menyimpan saat indah itu untuk ingatan mereka berdua. Wallahualam.

Walau apa sekalipun pilihan anda sebagai pasangan, nikmatilah saat indah berdua ini dengan menjadikan Islam sebagai garis panduan dalam melayari bahtera perkahwinan.

Allah berfirman:

"dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.“
(Surah ar-Rum :21)

Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti ”cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya” dan rahmah pula bermaksud” rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan”. Dan di sini dapatlah kita simpulkan bahawa pembentukkan rumahtangga muslim itu di asakan di atas mawaddah dan Rahmah. Suasana rumahtangga yang di bina di atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan daie. Dalam hal ini tiada contoh yang paling tepat selain rumahtangga Rasullullah SAW yang di bina bersama sama dengan Sayidatina Khadijah RA terutama sekali pada ketika menghadai cabaran cabaran dan pengalaman pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan daripada si isteri.

Selamat meraikan cinta.

AF, terima kasih untuk pengalaman dan kehidupan 4 tahun bersama..:-) 12-12-12 adalah perjalanan kita pada hari ini. Semoga hari hari mendatang kita akan lebih tabah dan menjalani kehidupan dibawah rahmat dariNYA.. Ameen.



On this anniversary I can tell you that I love you more than the previous year but less than the next year. :-) Once you were the superstar of my life, now you are the guiding star of my life!



2010
 

No comments:

Post a Comment