Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 10, 2012

Hobi yang membahagiakan



Selamat bercuti kepada semua warga Malaysia yang bekerja di wilayah Selangor esok!

F akan bercuti esok disamping si comel riang ria Ribena. Ya Allah, FA sangatlah aktif sekarang. Setiap minit pun kena bersiap sedia dengan setiap gerak geri Rambonya. Diam diam menyelusup…dan tada… ada sahaja benda dalam tangan. Masya Allah, memang pemikiran dan kudrat lelaki ni dari kecil lagi memang berbeza dengan perempuan kan. ..Takjub betul tengok perkembangan anak lelaki. Kami dulu perempuan mak bagi lah pegang barang,,,kami akan duduk diam,belek-belek barang atau permainan, senyum sorang sorang…tapi lelaki…uhuk uhuk..Alhamdulillah ya Fariss… :-)

Ok. Fariss Ayman dah lebih setahun. Dan Alhamdulillah rentak hidup kembali normal. Kalau masuk ofis, bila berbual bual dengan office mate, akan bertukar tukarlah cerita sana sini. Mar ok sahaja. Tak ada masalah. Happy jumpa kawan kawan pejabat. Bila ke pejabat, mar akan bawalah mana mana item HOLS yang mereka suka. Selalu juga rakan ofis Tanya macam mana lah mar ni ke site, masih ada masa untuk photoshoot,ambil barang, hantar barang,jual Premium Beautiful, share Herbal Life, masak balik rumah, cuci rumah…hrmm…mar memang tak perfect. Dan mar memang penat kadang-kadang. Tapi hidup ni jangan sampai kita tidak ada hobi.Menjad isteri dan i ibu adalah satu tanggungjawab sampai mati. Tapi dengan adanya hobi, kita ada sesuatu yang menggembirakan untuk menjadi sebab kita tersenyum bila membuka mata di awal pagi. 

Memasak adalah hobi mar kini. Mar suka masak untuk gembirakan F. Mar suka luangkan masa mar dengan HOLS. Tahu tak semua, apa yang mar jual di HOLS adalah apa yang mar pakai untuk seharian. Mar happy untuk share dan bantu rakan rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mar. Untung dan rugi adalah lumrah perniagaan. Tapi yang menyebabkan kita boleh berada lama dalam sesuatu perkara adalah kerana minat. Mar penat buat HOLS secara jujurnya, tapi mar suka sangat untuk berkongsi apa yang mar minat dengan orang lain. 

Dari kecil mar memang kurang suka barang makeup. Cara mar berhias pun simple sahaja tapi yang penting mar selesa dalam pakaian mar. Tapi mar suka sangat tengok orang yang nampak bersih, sihat dan kemas. Jadi mar sangat pentingkan kesihatan dalaman sebab mar nampak orang yang dalamannya sihat akan terserlah pada luaran.

Mar bersyukur sangat sebab mar dikelilingi oleh orang orang yang sangat concern dengan kesihatan dalaman.Adik mar amat pentingkan kesihatan. Banyak tips tips berguna kami kongsi bersama. Adik ipar mar, Intan pun banyak ajar mar ilmu berguna daripada segi kesihatan. Secara kebetulan, Intan pun menggunakan produk muka yang sama dengan mar. Zais Beauty Formula. Memang ligat kalau kongsi cerita sama sama. :-)
 
Mar hari ni nak cerita semua benda yang mar suka tentang produk penjagaan kesihatan mar.Daripada segi penjagaan muka, dan penjagaan dalaman mar menag dah bertahan 6 tahun dengan satu sahaja produk. Zais beauty Formula. Mar tak jual, jadi mar memang tak dapat apa apa keuntungan pun. Tapi, produk yang berkualiti memang mar rasa ada tanggungjawab mar untuk dikongsi bersama. Daripada pencuci muka,pelembap, penegang, dan health booster mar suka gunakan produk zais beauty formula. Semua barang tidak ada bahan pengawet, jadi mar rasa suka sangat gunakannya. Jika ada yang kenal mar, memang tahu mar dari awalnya kulit muka tidak adalah bersih mana. Jerawat naik satu muka. Itu disebabkan cara pemakanan mar, jadi toksin semua naik ke muka. Tapi Alhamdulillah sekarang makin bersih muka mar. Walaupun sekarang ramai yang ambil collagen, mar rasa Alhamdulillah berpuas hati sangat dengan mengambil jus Nilam daripada Zais Beauty Formula. JAdi bila tak pakai mekap pun, kulit muka akan nampak lebih sihat.



Klik link di bawah :

Daripada segi pakaian dalaman pula, mar baru diperkenalkan dengan set pakaian dalam Premium Beautiful. Ya Allah, kalau mar tahu lebih awal masa remaja, sepatutnya mar pakai lebih awal. Mar ni sebenarnya agak bongkok orangnya. Dulu ayah selalu marah. Kesan paling terasa bila dah ada anak. Badan jadi lebih bongkok terutamanya bila terlalu lama dalam keadaan menyusukan Fariss. Bahu jadi sakit dan lenguh dan akibatnya leher jadi sakit dan naik pening ke kepala..dan akhirnya jadi bad mood lah kan :-) Perut tak payah cakaplah untuk ibu ibu yang melahirkan anak. Kena rajin buat senaman 3 kali seminggu minimum baru akan dapat perut menawan. Tapi Alhamdulillah, mar sekarang baru bermula kembali mamakai Premium Beautiful selama 2 minggu selepas mendapat size yang tepat. Mar berhenti sekejap haritu sebab baru mar tahu size yang mar dapat tu tak betul. Selepas pakai dalam 2 minggu, sakit kepala pun hilang, tulang belakang rasa teramat sedap, dan mar jalan lebih selesa kini. Kaki mar yang sakit dulu pun sekarang dan hilang Alhamdulillah. PB (Premium Beautiful) ni adalah set pakaian dalam yang diperbuat daripada teknologi Infra Red. Fungsi utama adalah melancarkan peredaran darah dalam badan. Bila darah dapat mengalir dengan lancar, Inshaa Allah semua masalah dalaman dapat ditangani. Kepala pun tak pening lagi dan mar rasa lebih energetic ..  Mar baru sahaja pakai dalam 2 minggu, dan mar tak sabar nak tengok kesan dalam 2 bulan akan datang. Ada lagi kesan setelah mar pakai PB, tapi mar rasa ia terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Secara jujurnya, mar rasa semua wanita perlu ada satu set PB.  Mar tak paksa korang pakai, tapi mar hanya nak bantu sahaja anda semua untuk mendapat kesihatan yang lebih bermutu.


Aha, ni lagi satu. Disebabkan mar kebanyakan masa berada di site, dan lelaki lelaki ini selalu ke tempat makan beramai-ramai, mar rasa mar lebih selesa berada di site untuk buat kerja. Mar nak makanan berkhasiat yang cepat dan mudah dan yang penting mar rasa kenyang. Jadi mar terus telefon nadiah, kawan mar di university. Selama duduk di site, orang lelaki yang kuat makan ni telah mengundang padah pada mar. Mar naik 5 kilo dalam 5 bulan di site.Petang petang sahaja ada yang beli goring pisang, keropok lekor, jemput jemput manis, etc.. Aduh, tak boleh jadi. Jadi bila mar telefon Nadiah untuk selamatkan mar 3 minggu lepas, nadiah terus tersenyum. Mar cakap.. “Nadiah, mar dah gemuk. Bantu mar untuk makan makanan berkhasiat” Itulah cerita pendek permulaan mar consume semula Herbal Life. Mar sebenarnya 2 tahun lepas consume Herbal Life, tapi mar stop sebab coach mar tak selia dan pantau mar sepenuhnya. Apa yang mar perasan sangat, bila mar consume Herbal Life dan minum air banyak, mar jadi seorang yang lebih ceria dan tenang dan lebih banyak tenaga.  Muka pula jadi lebih radiance. Mar pula sekarang cepat kenyang..Tak adalah macam dulu macam nak kena makan je setiap masa sebab lapar. Alhamdulillah.. Jadi untuk mar nak buat banyak benda, mar rasa lebih bertenaga. Kalau ada yang berminat nak mar coach korang..hihihi bagitau sahaja lah ya. Nadiah cikgu mar memang superb. Garang garang manja..Tapi tengok perbezaan badan Nadiah dan Juan (suami nadiah), memang testimoni yang terbaik pada Mar. Mar bersemangat untuk sahut cabaran! Mar baru sahaja 3 minggu dengan Herbal Life selepas 2 tahun berhenti. Mar betul betul nak dapatkan kualiti hidup yang lebih bermakna.


Pada mar, tipulah kalau perempuan ni tak perlu maintenance. Perempuan lah yang sangat perlu maintenance. Badan kita ni macam satu sistem tahu? Setiap bulan perempuan  ada kitaran haid, dan perempuan juga akan bersalin, dan perempuan juga adalah dipengaruhi oleh hormon. Jadi memang wajar sangat perempuan pada mar mendapat perhatian yang terbaik.

Daripada segi makanan supplement pula, mar bertahan dengan habatus sauda dan juga pil minyak kelapa dara. Setiap hari mar cuba untuk tidak lupa makan. Alhamdulillah, semenjak Fariss AYman lahir ke dunia, baru dua kali sahaja mar demam. Satu masa pantang 20 hari, dan satu masa Fariss AYman umur 6 bulan. Nabi kan memang sunatkan kita makan Habatus Sauda…Sebab Habatus Sauda tu penawar bagi segala penyakit. Tapi kan, bukan bermakna bila sakit baru makan Habatus Sauda. Semasa sihat ni lah perlu makan , Inshaa Allah menjamin kesihatan badan yang berpanjangan. Mar sekarang sangat mencari cari madu asli. Mar tahu banyak ada madu dijual di pasaran, tapi mar tercari cari madu asli . Mar nak mula makan madu semula dan mar nak ajar Fariss untuk belajar makan madu daripada kecil. Kalau ada kawan kawan yang tahu di mana ada dijual madu asli, PM mar ya.

Apa yang mar buat, apa yang mar pakai ni adalah sebab memang minat mar yang sangat mendalam dalam  bab kesihatan dan juga keselesaan dalam berpakaian. Mana yang sudah berkesan pada mar, mar memang suka war warkan dan share bersama, supaya semua wanita pun dapat berpeluang menikmati hidup yang lebih bermakna dan lebih berkualiti. 

Bagi wanita, isteri dan ibu, jika anda mempunyai hobi dan minat terhadap sesuatu yang bermanfaat jangan berhenti untuk melakukannya walau dalam apa jua keadaan kerana kita perlukan sebab untuk kita kekal bersemangat dan juga tersenyum setiap hari. Semua ini akan disokong oleh kualiti kesihatan badan yang mantap untuk meneruskan anda semua mencapai cita cita dan juga melalui hidup yang hebat! 
 

All the best ladies!


No comments:

Post a Comment