Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Perihal Melaka, tempoh hari


Ilmu sejarah Abang Fuad pada mar ditahap yang agak sukar untuk mar lawan . Untuk berdiri sama tinggi pun tak pasti lagi bila. Tapi, Abang Fuad memang selalu cerita tentang sejarah pada mar.. Mar dengan mulut selalu terlopong, asyik dibuai dengan semua fakta sejarah . Kemudian kami selalu berdiskusi dan buat teori masing masing. Itu selalunya jadi topik perbincangan kami, dan perkara yang menyatukan kami.

Baru baru ni, mar balik bergegas ke Melaka. Bila mama beritahu Paklong meninggal awal pagi Ahad, kami terus balik ke Cheras dan kemas beg masing masing. Kelam kelibut mar uruskan barang Fariss, buat bubur Fariss, Abang Fuad jemur baju dan tolong mana mana yang patut. Ahad yang tenang terus bertukar menjadi pagi yang suram..

Seusai menziarah maklong, mar duduk sekejap berbual dengan mama. Sambil berbual, kami berdua mengimbau kembali ahli keluarga yang meninggalkan dunia. Kebanyakannya semua suami yang  pergi dahulu menjemput Ilahi… Betul! Mar terkejut sangat. Baru tersedar fakta itu kini. Mama kata Allah itu adil. Jika ayah yang pergi dahulu, selalunya ibu boleh menjaga diri sendiri. Ibu sudah terbiasa menjaga seluruh  isi rumah dan keluarga. Selain itu, ikatan anak dan ibu telah bermula dengan jalinan tali pusat semenjak alam roh di dalam rahim ibu. Oleh itu, kebiasannya ikatan anak dan ibu agak payah untuk dileraikan dan insya allah anak anak yang masih ada akan mengambil alih menjaga si ibu. Tapi, jika ayah yang pergi dahulu, adalah Allah itu Maha Adil juga. Allah lebih mengetahui apa apa yang kita manusia tidak ketahui.

Sambil bercakap dengan mama, mar curi curi pandang muka abang Fuad… sedihnya… Suami ni walaupun selalu nampak cool, tapi sebenarnya semua suami selalu berfikir yang terbaik untuk keluarganya. Mereka selalu bekerja keras. Mungkin Allah mahu mereka berehat awal. Kita sebagai isteri cubalah menjadi isteri yang terbaik kepada mereka dan didik anak anak kita dengan ilmu yang bermanfaat, iaitu warisan kita suami isteri agar apabila salah seorang antara kita pergi dahulu, anak anak ada memori yang indah tentang salah seorang antara kita yang pergi dahulu dan juga agar tiada sesalan kemudian hari. Tengok ya, cinta yang indah itupun Allah hanya beri pinjaman sahaja kepada kita. Tidak ada satupun yang kekal pada diri kita waima diri kita sendiri. Apalah makna jika kita berjalan di muka bumi ini dengan perasaan bongkak dan ego diri. Mar terus tanam azam untuk lebih menyemai cinta selagi mana Allah pinjamkan kepada diri kami berdua. 

Paklong sebenarnya sakit barah paru paru stage 4. Lambat dikesan. Kami semua sudah dapat menjangkakan pemergian Paklong bila doktor pun sudah berpesan pada kami semua untuk bersedia akan pemergiannya. Cuma kami tidak menjangkakan secepat ini Allah menariknya kembali di sisi Allah. Apa yang membuatkan mar cukup hiba bila salah satu daripada hari hari terakhir Paklong, sewaktu maklong menyuapkan makanan kepada Paklong, Paklong bercakap kepada maklong " Nampaknya sampai di sini sahajalah pertemuan kita  di dunia ya”…. Ya Allah, terharunya mar dengar. Mar tak dapat bayangkan kalau situasi itu terjadi kepada mar. Maklong bila mar jumpa tempoh hari, kelihatan sangat tabah dan cekal. Ya Allah, kurniakan lah aku dengan kekuatan seperti itu..

TAPI, TAPI…. selepas majlis tahlil yang berlangsung pada malam pemergian arwah Paklong berakhir, , pihak lelaki berbual bual di anjung rumah…. dan kepulan asap hitam yang pekat mengotori deria bauku pada malam itu. Langit indah sangat waktu itu, mar nampak jelas bintang berbentuk sagitarrius seperti kepala kambing di bumi Melaka malam itu. Malangnya, manusia manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat pemandangan yang indah, dikurniakan satu lagi nyawa pada malam itu, dan juga kesihatan pada hari itu untuk mengambil iktibar akan pemergian arwah Paklong. Kerana itu ada surah Al quran yang mengatakan bahawa rahmat  dan kebesaran Allah itu hanya bagi mereka yang berfikir… Sedih betul tengok situasi pada malam itu…

Oh, berbalik semula kepada cerita asal. Disebabkan kami balik mengejut ke Melaka, maka kami ambil keputusan untuk merehatkan badan sekejap di Melaka. Jadi kami cuba untuk tempah mana mana hotel yang ada kekosongan bagi kami tidur semalam di Melaka. Melaka pada mar sentiasa mengujakan. Bangunan bangunan di Melaka ada sentimental value. Ukiran bangunan bangunan lama selalu buat mar rasa kagum.Untuk kunjungan kali ni, Abang Fuad bawa mar melalui Masjid Tengkera .. Subhanallah, halusnya ukiran masjid ni. Ia ada nafas senibina cina. Ia adalah masjid kedua tertua di Melaka, selepas Masjid Kampung Hulu.

Ia di bina pada tahun 1728 (M) bersamaan 1141 (H) iaitu sewaktu pemerintahan Belanda. Dari sudut seni bina menggabungkan senibina Cina dan Islam dan mempunyai persamaan dengan masjid Kg. Laut di Kelantan. Di samping mempunyai bentuk yang sama dengan masjid Demak di tanah Jawa Indonesia. Keunikan masjid ini mempunyai seni bina yang sangat halus disegenap sudut, baik di pintu masuk tingkap,dinding,tangga,mimbar,menara dan pintu gerbangnya. Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Berhampiran dengan masjid terdapat makam Sultan Husin Shah, Sultan Johor yang telah menyerahkan Singapura sebagai jajahan takluk Johor kepada Syarikat Hindia Timur - Inggeris pada tahun 1819.




Cantiknya Subhanallah..

Hasil senibina yang sangat indah dan dipengaruhi oleh senibina Cina.
 


Bila kami sampai ke hotel, kira kira jam 5:30 petang, hari baru sahaja kembali cerah sedikit setelah hujan sebentar. Daripada tingkap hotel, Abang Fuad panggil mar ke tingkap. Mar tahu apa yang ingin dikatakan dan juga dinyanyikan… 

“Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti muara sengsara
Jika ini ketentuannya”

Ihsan daripada En . Google. 
Pemandangan sebenar dari hotel adalah lebih cantik dan jelas.. :-)


Hahaha. Mar paling suka sangat magic Abang Fuad ni setiap kali kami ke Melaka. Kami buat konklusi kenapa Melaka dan rakyat jelatanya termasuk Sultan Melaka sangat mengagumi Gunung Ledang dan juga datangnya segala hikayat lagenda Puteri Gunung Ledang dan nenek kebayan. Gunung Ledang ni selalunya hadir atau dapat dilihat bila awan betul betul cerah. Pemandangan dari Melaka akan nampak satu gunung tersergam indah. Walaupun Gunung Ledang ada lagi 7 anak gunung yang kecil, tapi jika anda di Melaka, akan nampak satu gunung beserta puncaknya yang sangat cantik berdiri megah dari kejauhan.Apalah mar ni. Lupa pulak ambil gambar. Keesokan paginya, selepas kami habis bersarapan di dewan hotel, kami naik semula ke hotel. Abang Fuad panggil mar sekali lagi…

“Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti muara sengsara
Jika ini ketentuannya”

Haha.. Mar suka! Mar suka! Sebesar besar Gunung Ledang yang gagah itu terus lesap dari pandangan mata. Bukan sahaja puncak gunung tidak kelihatan, tapi keseluruhan gunung lenyap! Magic! Mar tunggu juga di tingkap hampir 30 minit, tapi memang tidak kelihatan. Patutlah Sultan Melaka sangat mengagumi Gunung Ledang. Ia seperti kerajaan misteri yang persis Biskut Oreo. Lain kali kalau mar datang lagi ke Melaka, mar janji mesti akan tangkap gambar Gunug Ledang dari bumi Melaka.Apa yang menariknya, bila ibu dan ayah semangat duduk di tingkap menanti keindahan Pencipta, si anak kecil pun berdiri dengan semangatnya di tingkap penuh keterujaan. Mesti agaknya difikiran Fariss, “ apalah yang semangat sangat mak ayah ni duduk berdiri di tingkap”.. hehehe.

Ok Melaka. Lain kali saya datang lagi ya. Terima kasih berikan kami sekeluarga satu percutian singkat yang menenangkan jiwa!

p/s: Terima kasih Abang Fuad kerana menyebabkan saya selalu lebih menyayangi Melaka :-)





No comments:

Post a Comment