Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 7, 2012

Positif itu maju ke hadapan



Jari mengetuk ngetuk laptop ni…

Bukan silap laptop pun.. masterlist report ni memang perlukan masa untuk dijana..jana? Ya. Bahasa kami gunakan dalam unit adalah (extract). Dan ia perlukan masa dan juga kestabilan network yang anda gunakan masa itu..

Aku biasa menulis bila buat kerja.. Selalunya otak lebih sihat ketika ini dan juga aktif. Selalunya bila menunggu menjana MR..

Secara jujurnya, sebelum Cheras berjaya dipindahkan kepada IP network dua minggu lepas.. aku selalu rasa rendah diri sangat dengan diri aku.. lebih tepat lagi sebelum aku duduk dan be in charge selama 5 bulan di site Cheras. Sebelum ni semua kawan kerja aku (LELAKI) sudah bertebaran serata Malaysia untuk take charge dengan site masing masing. AKu takut bersaing dengan kawan kawan. Tapi bila masa berlalu, aku yang memang tahap kepakaran lebih rendah daripada yang lain, memang tebalkan muka untuk belajar setiap perkara… Aku harap kawan kawan aku tidak ada yang bosan dengan semua soalan soalan aku. Alhamdulillah sangat bila berjaya Cheras migrate kepada IP network, aku rasa bersyukur sangat tidak terkata. Rupanya sesiapa sahaja pun boleh take charge asalkan ada impian untuk belajar dan bertanya.

Aku kagum sungguh dengan kekebalan jiwa dan semangat yang ditunjukkan oleh anak kecil.. Bila jatuh tersembam ke lantai mereka masih berdiri dan cuba lagi.. Bila mereka sakit, mereka masih ligat berlari, bila mereka menangis, kadangkala mereka ketawa. Mereka sentiasa bersedia dalam mode belajar. Kita ibu bapalah yang perlu pastikan inputnya berguna dan berfaedah dan juga menyediakan suasana positif bagi perkembangan mereka.  Anak kecil ini kadangkala mengajar sesuatu yang mahal buat manusia dewasa seperti kita. Semenjak bila ya kita belajar untuk mudah berputus asa, takut akan halangan dan ujian, serta lupa untuk ketawa dalam kesedihan? Walhal sejak azalinya, kita adalah manusia cekal yang bersedia untuk menghadapi matahari terbit dengan penuh semangat dan keazaman ?

Aku salahkan dengan pilihan aku dulu. Aku salahkan buku buku novel remaja picisan yang aku pernah pilih untuk baca padahal ibu sudah berpesan baca buku berfaedah sahaja, aku salahkan cerita cerita di kaca TV yang pernah aku pilih untuk menonton ketika remaja, aku salahkan majalah majalah picisan yang pernah aku pilih untuk dijadikan koleksi, aku salahkan dengan pilihan aku untuk menerima pendapat orang sekeliling yang berbaur negati,oh dan juga lagu lagu yang liriknya tidak membina...  :-(

Kita sedar tak ya, sebenarnya dengan setiap apa keputusan yang kita pilih untuk lakukan dengan menggunakan deria mata, mulut, dan telinga sebenarnya secara tidak langsung akan membentuk diri kita. Bodoh betul aku dahulu. 

Jika ada manusia di luar sana yang kata kita pentingkan diri sendiri sekiranya kita menggunakan akal yang tuntas untuk menapis baik buruk setiap tindakan kita, ketepikan kata kata manusia ini. Kita bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita lakukan, jadi pentingkan diri sendiri adalah keputusan terhebat yang dapat kita lakukan.

Aku mahu belajar lebih banyak dengan manusia manusia positif, aku mahu jumpa manusia manusia positif, aku mahu tonton cerita cerita positif, aku mahu baca buku buku positif, aku mahu aura positif.

Aku baru baru ini ternampak status seorang manusia positif. Dia buat aku kagum. Beliau berkata hampir seperti ini “ Kini tibalah masa untuk saya hanya mengekalkan mereka mereka yang positif di dalam senarai rakan Muka Buku “. Anda tahu tak apa yang akan dialami wanita hebat ini? Hidupnya akan lebih ceria dan lebih bahagia serta  akan sentiasa berdaya saing maju  ke hadapan. Aku doakan agar wanita itu akan sentiasa mengekalkan minda yang positif dalam dirinya dan aku pasti dia akan menjadi insan yang cemerlang. Kata kata yang negatif akan membentuk cara pemikiran kita, dan akhirnya akan membentuk diri kita menjadi seorang yang negatif. Keputusan hebat wanita positif!  Aku pun dalam proses seperti itu, cuma 1K++ nombor yang perlu ditapis memerlukan sedikit masa..
 
Aku tahu korang semua pun mahu dikelilingi perkara yang positif. Tapi tahu tak, kadangkala ia pedih dan memerlukan pengorbanan.?  Jangan risau, sedangkan pelangi indah pun muncul setelah hujan di bumi, apa lagi manusia yang punya Pencipta Teragung yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Setiap yang pahit akan terbayar, Insya Allah.



No comments:

Post a Comment