Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 17, 2012

Rumah ku syurgaku



Hello..hello..!

Isnin yang tenang, hujung minggu yang damai, bersantai bersama keluarga di kolam renang , Fariss Ayman bergelak ketawa bermain air… ibu dan ayah ambil peluang berenang merehatkan badan..

Mar duduk di condo. Kadang kadang rasa sunyi sangat.Memang berbeza duduk di tanah. Jiran keluar masuk kita boleh nampak..

Tapi satu perkara yang kita tak dapat bila duduk di tanah ; bangun pagi waktu subuh, buka tingkap atau pintu di balcony dan lihat highway, kereta menyusur jalan,memang indah dan menaikkan semangat.Jarang rasa takut kalau keseorangan di rumah. Lampu jalan di lebuh raya dalam jarak 700 meter memang indah. 

Daripada segi keselamatan pula Alhamdulillah kalau abang fuad balik lewat pun mar tak adalah risau sangat. Untuk si anak kecil pula ada kebaikannya. Kalau Fariss nak bermain di padang permaian, terus tekan butang LG, berlari lari anak dan terus sampai ke padang permainan di Lower Ground. Kalau nak main basketball, terus ke LG juga. Kalau nak berenang, turun ke tingkat 2 berenang. Tidak perlu lah semata mata nak ke kolam renang dengan keluarga, perlu bercuti di hotel hotel. Jika nak bersenam di gym pukul 9 malam, turun sahaja ke tingkat 2 dan bersenamlah. Tidak ada yang kisah. Semuanya ada di di sini.

Masa mar kecil kecil mar memang suka sangat rumah condo. Nampak banyak warna lampu bila lalu bangunan condo. Nampak macam meriah sangat suasana di atas. Tapi hakikatnya, bila mar sendiri dah rasa duduk di condo, memang ada pro and cons ya.

Kalau condo lebih daripada 1500sf, mar rasa agak selesa untuk keluarga yang ada anak 2 atau 3 orang. Tapi, kalau dapat lebih 2000sf, memang cukup luas untuk keluarga besar. Kalau duplex condo pula, mar rasa better opt dengan keluasan lebih 2000sf. Bahagian tangga sebenarya makan ruang sedikit dan mungkin akan menyebabkan ruang kelihatan sedikit sempit.

Sebenarnya ada juga condo yang menyediakan ruang taman belakang rumah. Ruang taman ni ada tanah dan bolehlah kita bercucuk tanam seperti  di rumah tanah. Anak anak pula boleh bermain basikal di waktu petang. Indahnya bukan. Opps, tapi sekarang ada lagi ke ya ??  Mar pernah nampak tahun lepas di I-property tapi tak pasti lagi sekarang ada tak developer buat rumah condo macam ni.
Rumah condo ni secara asasnya kita perlu sediakan duit tambahan untuk service charge, dan juga berkongsi lif. Jika pemaju perumahan ada menyediakan lif yang mencukupi, selesa lah anda semua. Tapi jika bilangan penduduk tidak selari dengan bilangan lif, mungkin anda perlu mendaki tangga cabaran satu hari nanti..

Mar sarankan, jika berminat untuk duduk di condo, utamakan melihat kawasan kejiranan. Anda perlu menyediakan jiwa dan perasaan untuk kadangkala rasa isolated daripada masyarakat. Jadi, kalau kedai makan, pasaraya, kedai runcit berada di kawasan sekitar, hilang sedikit perasaan itu. Lihat juga ada tak masjid yang berhampiran. Apa gunanya peradaban, kemajuan dan kemewahan jika masjid tidak wujud di kawasan kejiranan anda. Bila anda meninggal nanti siapakah yang akan tahu dan dimanakah anda perlu disembahyangkan?? Jadi pastikan masjid ada di kawasan condo pilihan anda.. Bila kita solat Jemaah di masjid, secara tidak langsung kita akan membina ukhwah sesama manusia di kawasan sekitar tempat tinggal kita.

Ada kawan baik mar masa sekolah menengah bertanya pendapat mar tentang condo. Beliau mahu membeli rumah condo untuk keluarganya. Mar kata tak ada salahnya. Untuk keselamatan, mar rasa lebih terjamin kalau isteri  akan selalu ditinggalkan… Anak kecil pula boleh bermain basikal di padang yang disediakan di kawasan yang disediakan oleh pemaju…tapi untuk perkembangan anak yang meningkat dewasa, mar rasa rumah tanah tetap adalah yang terbaik.

Mar paling suka tengok majalah "apartment". Terbeliak biji mata tengok kreativiti orang decorate rumah 800sf tapi nampak sangat superb! Untuk keluaran bulan ni ada rumah 900sf tapi cantiiiiiiik sangat dekorasi. Carpet hijau nampak macam rumput, dapur warna hijau. Agak susah nak decor rumah gunakan hijau. Takut nampak malap... Tapi "Abang bulan ni" buat rumah dia nampak sangat teeeeeenaaaaang... Masya Allah, bestnya balik rumah nampak rumah tenang macam tu...

Buat masa ni, mari kita menabung untuk masa depan . Kita tak tahu apa akan terjadi10 tahun lagi. Mungkin kerajaan yang memerintah pada masa tu ada idea idea bernas untuk mengurangkan harga rumah tanah dan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perumahan. Jika itu yang terjadi kelak, tidak syak lagi kami sekeluarga akan berpindah kembali ke rumah tanah.. 

Heheh, boleh petik cili, serai dan daun pandan di halaman rumah sendiri kan?

Ada pembaca   yang ada pengalaman duduk di rumah condo? Bolehlah share bersama sama :-)


No comments:

Post a Comment