Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 9, 2013

tika ini



Jari jemari ni makin layu di papan keyboard.

Sebenarnya banyak perkara berlaku di sekeliling.

Dulu, kepuasan menulis tu sangat terasa. Mar selalu rasa motivated bila menulis. Mar juga suka baca kembali perjalanan hidup mar, perubahan hidup mar,etc.

Tapi, menginjak dewasa, semakin banyak yang mar fikir, semakin banyak perkara yang mar risaukan, semakin banyak perkara yang mar perlu fahami, dan semakin banyak perkara yang mar perlu pendamkan, dan kalau boleh sesetengah memori mar mahu lupuskan.

Baru mar sedar, semakin mar dewasa, dunia kelihatan semakin tua.Lebih tepat lagi orang orang sekeliling mar menginjak usia dan rakan rakan sebaya mar sedang meredah kehidupan dengan gear 5.
Dulu, bila ada sesuatu berlaku mar suka mengarang puisi, menterjemahkan perasaan mar secara halus. Tapi kini, air jernih di mata yang turun membawa pergi perasaan sayu yang menjengah. Air mata turun membersihkan sisa kesedihan dalam hati dan kemudian mar memulakan kembali hidup dengan jiwa dan perasaan yang baru sehingga kadangkala bila mar mahu menulis kembali peristiwa tersebut, ia terus hilang dalam ingatan memori mar.

Mungkin, mungkin otak mar tidak mahu kembali menerawang kepada hari yang lepas, perasaan yang lalu, tapi mengorak langkah untuk terus menjadi insan yang lebih positif dan mengambil setiap apa yang berlaku itu adalah satu cabaran dan perkara yang dapat lebih mematangkan diri mar.

Dulu kehidupan mar seperti pelangi yang merangsangkan dan penuh dengan tenaga yang mengujakan. Kini masih lagi seperti dahulu, tetapi diterjemahkan pada perkembangan pembesaran kedua dua anak kami. Pada mata mereka penuh dengan pengharapan,daya positif untuk terus kehadapan dan tidak mudah kalah dengan ujian, dan kegembiraan pada perkara perkara kecil yang mungkin kita sebagai orang dewasa telah lupakan. Mar kagum pada jiwa kanak kanak. Mar mahu setabah mereka, demi mereka. Mar mahu kuat dan sentiasa positif seperti mereka. Oh anak anak..pelangi hidup kami.

Berdirinya teman rapat disebelah kita setiap hari, dalam susah mahupun senang, mengangkat jati diri kita untuk menjadi lebih tabah dalam kehidupan ini. Terima kasih segalanya Fufu..



#Thank you for believing in me when I was too weak and exhausted to believe in myself.

#Thank you for pushing me, for repeating those affirmations that don’t mean anything in inspirational films but mean everything when someone who cares about you says them.

#Thank you for always being honest.

#Thank you for always being fun even when we’re not having fun.

#Thank you for always knowing who I am and reminding me of that when I forget.

#Thank you for being genuinely concerned with the outcome of my life and always listening, even when you’re tired.

#Thank you Fufu for always being there for me through everything: all the heart ache, heartbreak, and crazy stuff.


 

Tuesday, November 26, 2013

Saya faham anda



Kepada ibu ibu yang sedang bekerja di pejabat tetapi termenung sebentar ‘apa nak dimasak malam ni?’ ,
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang bangun awal pagi semata mata untuk menyediakan sarapan suami dan menyediakan bekal makanan untuk anak anda, kemudian bergegas untuk ke pejabat,
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tertidur di dalam LRT kerana kepenatan berjaga malam menjaga anak anak kecil anda, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang berlari lari anak mengejar LRT kerana ingin memasak makanan malam, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang terus menyinsing lengan di dapur selepas membuka pintu rumah apabila pulang dari bekerja, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang membawa beg kiri dan kanan kerana salah satunya adalah beg pam susu yang berat, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu bekerja yang mencuri curi masa untuk mengepam susu buat anak tersayang , sambil cuba tersenyum senyum semasa mengepam untuk mewujudkan suasana tenang semasa proses agar kuantiti susu bertambah, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang walaupun keletihan siang dan malam selepas pulang dari pejabat, tetapi masih mampu tersenyum dan meluangkan masa berkualiti bersama anak anak tersayang, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang sibuk mengemas beg dan barang keperluan anak anda sebelum tidur untuk dibawa ke rumah pengasuh keesokan harinya, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu bekerja yang tidak ada erti cuti pada hujung minggu untuk mengemas rumah kerana itulah sahaja waktu yang anda anda untuk mengemas rumah, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang menyusukan bayi anda dan menahan keinginan untuk makans sesuatu sepanjang tempoh menyusukan hanya semata mata risau sekiranya makanan tersebut boleh mneyebabkan anak anda sakit perut atau jatuh sakit, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang keluar berjalan jalan dan menyusukan anak anda di tempat awam kemudian mendapat pandangan sinis daripada orang orang yang tidak faham tanggungjawab murni anda, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tidak sempat untuk menata rias rapi diri anda jika keluar berjalan pada hujung minggu kerana terlalu sibuk menyiapkan barang keperluan anak anda di dalam beg, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tidak lagi sempat menonton rancangan kegemaran anda di televisyen pada waktu malam kerana lebih mementingkan masa berkualiti bersama anak , 
Saya faham anda…

Senarainya terlalu panjang dan tidak mungkin habis di sini..

Tetapi saya faham anda kerana saya juga adalah seorang ibu dan saya melalui kesemuanya. Kita mungkin kelihatan lemah pada fizikal, tetapi kita adalah wira di mata anak anak. Rutin dan tanggungjawab yang kita lakukan setiap hari ini adalah semata mata demi anak anak dan keluarga tersayang. Kepenatan yang kita rasa setiap hari ini tiada wang ringgit yang mampu membayarnya.

Kepada ibu ibu yang cekal, saya faham anda, saya sayang anda. Keluarga kita, anak anak kita, adalah amanah dari Allah. Fokus setiap hari dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan anda di dunia dan di akhirat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan anda semua
.
Teruskan perjuangan anda dan jangan mengalah hari ini, esok, lusa dan sampai bila bila.


Here and there



Assalamualaikum wbt

Dulu masa mengandungkan Fadwa, mar ada satu penyakit.Malas berjalan. Malas berjalan ni lebih tepat lagi malas ke mana mana. 9 bulan lebih macam tu lah keadaan mar. Kesian sangat Abang Fuad bertahan bertapa sama sama. Mar rasa badan mar terlalu berat depan belakang mengandung anak kedua. Tuhan sahaja yang tahu.

2 minggu lepas selepas kami anak beranak selamat sampai di KL dan sebelum mar mula naik kerja, kami sekeluarga ke zoo. Hormon berjalan dah aktif semula secara rasminya. Mar suka tengok Fariss dapat menghargai lawatan ke zoo kali ni. Tapi, tapi..Zoo Negara kan..terlalu mengecewakan mar. Lanskap yang tak dijaga rapi, bau tahi haiwan di segenap perhentian kandang, dan haiwan haiwan yang sangat lesu seperti mengalami masalah kecelaruan jiwa. Singa singa di zoo seperti tidak sihat. Kesian, macam tak cukup makan ..


Masa baru sampai, Fariss tertidur..Tapi kami nekad jalan juga ke zoo. Alhamdulillah..Fariss ok bila bangun.

Fadwa pun Alhamdulillah.Suka je duduk..lepas puas minum susu tertidur sepanjang "pengembaraan"


Ok. Fariss baru bangun!


Im ready to explore the zoo today!


Left, Right, Left, Right 


Bawak anak ke zoo pun sebenarnya bagus untuk senaman otot tangan. 


Pak Harimau duduk sahaja di singgahsana.


'It's cat mama. A big cat! '


Bagus kan singa jantan ni.Yang perempuan duduk kat atas. Comel je.






































A sleeping Fadwa


A sleepy Fariss


Oh. Petang tu kami letak sekejap Fariss and Fadwa di rumah MIL. Mar and Abg Fuad bergegas sekejap ke UIA. Alshamma minta mar datang ke UIA . It was her graduation day. Kakak Alshamma namanya Fadwa. Nama Fadwa diambil sempena nama kakaknya. Kami sebilik dan sangat rapat. Alshamma dan Fadwa dari Yaman. Walaupun jarak kami jauh, tapi kami rapat. Harap sangat dapat jumpa lagi selepas ni..


A pretty lady with a beautiful heart. I miss you dearly.


Mar sekarang ada dua projek baru. Mar suka sangat sebab hari hari bila bangun tidur kita ada matlamat dan fokus. 

Pertama. Projek mendapatkan berat badan yang ideal. Mar secara jujurnya tak akan lagi cuba makanan melangsingkan tubuh badan. Mar pernah cuba dan berkesan. Tapi, bila kita berhenti daripada mengambilnya, berat badan akan naik semula. Mar tak suka. Mar rangka badan agak besar untuk wanita Malaysia. Dari sekolah rendah sehingga university mar aktif bersukan. Jadi berat badan mar senang untuk dikawal. Naik sekilo, terus berlari di track larian university, lari treadmill, takpun berenang, takpun main squash. Bila kahwin, masa menjadi kekangan dan juga facilities. Mama warning mar kali ni. Mar kena juga turunkan berat badan mar 10 kg lagi. Buat masa ni mar baru berjaya turunkan 18kg selepas bersalin. Alhamdulillah. 

Minggu lepas mar naik LRT, berjalan laju laju, dalam seminggu turun 1.5kg. Hrmm,tak adalah sesukar mana nak kurus sebenarnya kan ? Lagi satu, semenjak pantang sebulan lebih haritu, mar memang tak sempat nak menghadap makanan lama lama. Fadwa kuat menyusu. Jadi mar dah terbiasa makan sikit sahaja lepas tu lari dapatkan Fadwa. Sehinggalah harini, mar dah terbiasa makan sikit sahaja. Pada mar itu satu perubahan kecil dalam gaya pemakanan mar sekarang. Bila mar dah terbiasa makan dalam kuantiti yang kecil, mar cepat rasa kenyang.

Minggu ni mar tak naik LRT. Tapi mar nekad naik tangga 7 ,8  atau 9 tingkat mengikut tempat letak kereta mar. Pada mar, senaman naik tangga ni adalah senaman yang bagus untuk kaki dan punggung. Mar harap, walaupun tak naik LRT, tapi mar masih boleh kekal dalam momentum projek ideal BMI. Jadi ibu beranak dua ni, mar rasa badan perlu sangat fit dan cergas. Ya Allah, bantulah mar untuk memudahkan dan merealisasikan projek mar ni. Nyah dikau 10kg!

Kedua. Mar ada projek terbaru dengan Kak Ros. Dah lama mar teringin nak ceburkan diri dalam business ni. Mar memang peminat barang ni. Bila kita sendiri yang jual, rasa happy . Dapat bergabung dan buat sama sama dengan Kak Ros, lagilah double joy. Mar percaya, passion sahaja yang boleh mengekalkan kita dalam sesuatu bidang itu. Tapi jangan risau, H.O.L.S masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma projek terbaru ni adalah satu cabang dalam business mar selepas ni. Insya Allah, harap harap semuanya akan berjalan lancar dan semoga kami sukses dalam business ni. Bantu kami Ya Allah!

Korang semua nanti support mar ok? Bila dah settle semua, insya Allah mar akan beritahu butiran lanjut.

Assalamualaikum.