Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 3, 2013

Kerja terhebat





Semalam mar masih bercuti. Badan sakit satu badan . Mungkin cuti yang panjang, travel ke Selatan, kemudian ke rumah mak mertua, mengundang penat yang tak sudah. Itulah makna cuti pada diri mar sekarang. Bila kita sudah berkahwin ditambah lagi dengan kehadiran anak, memang akhirnya cuti itu adalah untuk membahagiakan hati orang sekeliling.

Abang Fuad pergi kerja awal semalam sebab hari pertama penggal persekolahan bermula. Biasa lah, selalaunya jalan agak sesak awal pagi. Ibu bapa berpusu pusu menghantar anak ke sekolah. 

Mar selepas solat Subuh, badan sengal sangat. Tak boleh jadi ni…jadi mar lelap kan sekejap mata… Mungkin sekitar jam 8 lebih, tiba tiba muka mar dihimpap sesuatu. Ya Allah..baunya tak perlu lah diberitahu lebih lanjut. “ Eh, mimpi apa aku ni?. Kenapa baunya nampak sangat ‘real’? “ Mar cuba sekejap buka mata perlahan lahan.. Badan masih sengal lagi.. “hahahaha….hahahahha” gelak si anak …”Eh, eh Fariss dah bangun ya..” Ok sumpah. Itu momen paling indah sekali. Dengan senyuman besarnya yang menenggelamkan mata sepenuhnya memang hadiah paling menarik untuk semua ibu. Rupa rupanya Fariss Ayman sudah melepas dan diletakkan punggungnya atas muka mar . Mungkin kerana liat sangat mak dia untuk dikejutkan…Itu cara terbaik untuk kejutkan mak.

Seusai mencuci dan membersih, mar terus masakkan makanan Fariss, dan kami makan satu meja bersama. Fariss di kerusi makannya, duduk sama level dengan mar. Pagi yang tenang, hanya untuk kami berdua.

Bila kami berdua, Fariss memang banyak minta dipeluk, didukung, dan diajak main bersama. Bila tiba masa Fariss tidur di dalam buaian, mar bergegas sidai baju, masak tengah hari, vacuum atas, buat kerja sikit, baca buku sikit. Alhamdulillah terima kasih nak, awak tidur 3 jam lebih sempat mimmy buat semua tu.

Lewat petang, Fariss tahu aktiviti wajib dia kalau berada di rumah. Selepas pastikan kain semua sudah diangkat, makan petang sudah dimasak, air panas sudah dijerang untuk menyambut suami pulang, mar pakaikan Fariss kasut getahnya. Dia tahu kalau kasut itu tandanya Fariss akan dibawa berjalan jalan. Mar pimpin tangan Fariss dan beliau hanya menuruti. Pergerakan kami agak perlahan, tapi tenang. Angin tika itu sepoi sepoi bahasa.”haaaaaaaaaaaa”. Itulah yang terkeluar dari mulut si kecil bila angin meniup rambutnya. Mungkin geli agaknya.. Keluar sahaja dari lif di tingkat LG, Fariss lari lari anak terus menuju ke tempat permainannya.Ada seekor burung dan pasangannya sedang bermain di padang. Fariss cuba mengejar dan menangkap salah satu darinya. …Burung belari lari anak dan terus terbang.. “Haaaaaaaaaa” Fariss terus tunjuk ke udara. . Mar memerhati dari belakang. Melihat pemandangan dan menghayati momen itu.  “ Satu waktu dulu, aku pun pernah sekecil itu..Subhanallah..” Si kecil pun Allah kurniakan akal dan perasaan untuk menghayati perkara perkara kecil ini.  Perkara perkara ini sudah cukup untuk membuatkan mereka gembira dan bahagia. Ia sebenarnya hasil ciptaan Yang Maha Esa yang kadangkala kita yang dewasa ini lupa untuk menghayati akan kebesarannya. Apa yang difikir sentiasa perkara perkara besar hingga acapkali terlupa untuk bersyukur dengan satu lagi hari baru yang menanti seusai matahari terbit.

Hari cuti mar, mar gunakan sehabis baik untuk melihat perkembangan Fariss. Bukan selalu ada masa seperti itu. Hari yang tenang sudah pastinya. Sekitar jam 6 petang, mungkin kaki si kecil sudah penat melangkah, Fariss memeluk kakiku..”betatebetuiapetakapetakapetakapenibeta”. Buat masa ni mar belum pasti sangat apa maksud yang Fariss nak sampaikan. Tapi kalau ada benda penting yang ingin diberitahu itulah ayat Fariss ketika ini. Mar rasa Fariss dah penat berlari.  Lalu, mar pimpin tangan kecil Fariss dan naik ke atas.

ABang Fuad memang galakkan setiap anak kecil untuk mesti keluarkan semua tenaga dalaman dengan berlari atau keluar sekadar berjalan jalan makan angin. Kami suka tengok cerita “Ceaser Milan”. Setiap anjing perlu dikeluarkan semua tenaga dengan dibawa berlari atau berjalan. Sebenarnya manusia pun begitu juga. Jika sepanjang hari terperap di rumah, dan tenaga badan tidak disalurkan, minda negative akan naik ke otak dan menyebabkan produktiviti badan dan kecerdasan minda akan tersekat.

Kami naik bersama ke atas… hingus Fariss meleleh dan mengotori mukanya hingga ke pipi dan dahi. Mungkin Fariss tidak selesa dan terus mengelap seluruh mukanya dengan hingus. Angin kuat di bawah mungkin mengaktifkan semula pengaliran hingus. Agaknya. Rancangan pilihan Fariss adalah Islam KTP. Setiap kali kalau sampai ke rumah daripada rumah pengasuh, Fariss memenag khusyuk tengok rancangan drama Indonesia ini. Mar pun selepas mandikan Fariss, duduk bersama samanya memahami apa sebenarnya yang disukai Fariss di dalam rancangan ini. Bila keluar sahaja Pak Haji yang berketayap, bertubuh kecil memberi nasihat kepada pelakon pelakon lain, Fariss pasti bertepuk tangan. Kemudian, keluar lagi Pak Haji ketayap bertubuh kecil muka comel memberi nasihat. Fariss bertepuk lagi dan melompat lompat. Subhanallah..Alhamdulillah.. Mar betul betul bersyukur dengan apa yang diterapkan pengasuh mar pada Fariss. Moga moga ia berkekalan ya nak.

Si ayah, balik sahaja dari tempat kerja terus ke Giant untuk membeli barang dapur. AGak lewat kerana jem katanya jadi si ayah bersolat maghrib sahaja di Giant. Lalu, mar bentangkan sejadah dan bersolat berdua bersama Fariss. Selepas solat dan mencium tangan umminya, Fariss meletakkan kepalanya di pehaku. Mar ambil kesempatan itu untuk doakan di telinga kecilnya. Kami baca doa bersama sama. Tak lama kemudian.. mar nampak Fariss menguap. Mulutnya dibuka luas luas dan matanya hampir layu. “Fariss mengantuk ya nak…” AKu tersenyum melihat gelagatnya. Mar lantas membancuh susu dan diletakkan sedikit madu di dalamnya kerana sakit tekat Fariss masih lagi berbaki sedikit. Harap harap dengan izin Allah akan pulihlah segera Fariss daripada penyakitnya itu. Aminn.

Mar letakkan Fariss dalam buai dan tidak lama kemudian matanya terus terlelap . Nampak Fariss sangat lena dalam buai…

Si ayah pulang dan menekan loceng. “Ding dong”. Mar segera berlari membuka dan membantu mengangkat masuk barang ke dalam. Lauk pauk sudah tersedia dan masih panas lagi. Mar cedokkan nasi panas ke dalam pinggan suami tersayang, mar tuangkan air ke dalam gelasnya. Kami tersenyum sambil menjamah makan. Masing masing penat seharian dengan tugas masing-masing. “How was your day sayang ?” Si suami panjang ceritanya.. Itu memang gayaku. Mar memang selalu bertanya dulu sebab mar tak nak ditanya dahulu. Mar suka asingkan kerja pejabat dan rumah. Dua perkara ini kalau boleh mar tak nak bersatu. Biarlah 8 jam tadi hanya ditingglakan di situ. Masa yang ada ini hanya untuk keluargaku sahaja.Tapi..tapi..mar memang suka dengar cerita seharian suami di pejabat. 8 jam kami terpisah, di meja makan kami dapat rasa terhubung semula bila bertukar cerita.

Kemudia, Abang Fuad pula bertanya “ Macam mana mar dengan Amral harini?” Amral ni maksudnya si kecil yang lincah dan aktif. Agaknya kerana sering disebut dari kecil oleh ayahnya begitu, memang  Amral lah  si Fariss ni ! hihihi .. “Kenapa tanya yang? “ Mar menjawab,. “ Saje je. Sepanjang hari teringat pasal korang.” SI ayah pula memberi respon. Kemudian pantas mar menjawab “ Mar melakukan kerja terhebat hari ini! “




Semoga impian kami akan dimakbulkan Allah kelak. Amin.

p/s : Pagi tadi bila siap semua barang barang Fariss untuk dibawa kerumah pengasuh, si ayah mengangkat beg beg, mar memakaikan Fariss kasut getahnya. Mar peluk erat badan si kecil, tiupkan doa di telinganya, dan meminta Fariss untuk cium pipi umminya. "Haaaaaaa..." Fariss senyum sambil memejam mata. Senyuman paling indah .. Sebak hati untuk melepaskan Fariss . Bila beliau berjalan ke hadapan, Fariss berhenti beberapa kali dan menoleh ke belakang untuk melambai mar. "Ok Fariss..Bye!" Kali terakhir beliau menoleh dan melambai mar sekali lagi sehingga tangannya dipimpin si ayah untuk masuk ke lif. Tanpa sedar air mata jernih menitis di pipi..

No comments:

Post a Comment