Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 5, 2013

Dehidrasi ketika hamil

Semasa mengandungkan Fariss Ayman, mar tak tahu betapa pentingnya air sewaktu kehamilan. Ingatkan hanya PENTING di awal waktu kehamilan. Tapi, sebenarnya selepas trimester pertama adalah crucial juga air yang BANYAK dalam badan ibu.

Mar baru sahaja baca website drzubaidi. Mar memang dulu suka sangat minum teh susu. Mar minum teh susu sebab mar nak masukkan kuantiti susu yang cukup bagi badan mar dan juga baby. Mar minum susu tepung, jadi tekak kurang loya sikit kalau campur dengan teh. Rupa-rupanya teh juga mengandungi caffein yang tinggi buat ibu ibu dan merangsang untuk ke tandas selalu. Ini kerana teh, kopi dan juga soda bersifat diuretik. Diuretik akan menyebabkan seseorang berasa kerap untuk kencing dan meyebabkan dehidrasi yang teruk pada badan.

Patutlah dulu walaupun masa zaman kritikal selepas 28 minggu under observation team pakar Hospital Ampang, amniotic fluid mar makin berkurang. Mar kencing terlalu kerap dan bibir mar terlalu kering. Padahal mar minum lebih daripada 3 liter air sehari.

Kalau imbas kembali proses tu, memang perit. Selalu ke hospital, checkup,but always disappointed with the result. Injection di punggung yang kebaskan paras pinggang mar kebawah untuk sediakan any possibilities for pre-mature birth memang tak akan dilupa sampai bila bila. Sakitnya tu masih boleh diterima, tapi ketakutan membawa baby berisiko dan membahayakan nyawa Fariss memang mar tak dapat lupa. Hari hari adalah perjuangan buat mar dan Fariss masa tu. I counted every days like a time bomb.

Risiko baby Oligo ni (kekurangan amniotic fluid) akan menyebabkan possibilities ; baby pra matang, baby terbelit tali pusat, size baby yang kecil ketika dilahirkan, dan juga kemungkinan kelahiran cesarean. Kalau ikutkan hospital swasta, memang tak ada yang nak ambil risiko. Mar nak juga cuba normal dan nak avoid pre-mature birth. Alhamdulillah, dengan kekuasaan Allah, dapat juga normal. Cuma Fariss memang agak kecil dan terbelit tali pusat dua kali. It was a nerve- racking experience for me, Fuad and Fariss. Kalau boleh tak nak sangat lalui perasaan tu semula.

Semalam lawatan ke Hospital berjasa, mar jumpa semula doktor doktor yang kendalikan kes mar. Semua tanya, "macam baby Oligo sekarang Akmar?" Huhu, ketawa kecil mar. " Alhamdulillah, berjalan, berlari, terbang pun dah boleh juga"..  Ingat lagi semua dengan kes special mar. Walaupun 38 minggu Fariss perlu dikeluarkan juga, mar bersyukur sangat mar dapat bertahan 8 minggu tanpa cesarean. Mar tak tahu sama ada mar kuat tak untuk berlawan emosi dengan anak pre-mature ketika tu. Mar dengan dukung Fariss 2.7kg masa awal kelahiran itu pun dah rasa terkial kial dan takut sebab ringan sangat, apatah lagi kalau baby tu cuma sebesar tapak tangan mar sahaja... Hati mar yang keras macam batu tu memang ada sebabnya walaupun semua marah marah dulu. Yang mengalaminya mar, yang merasanya mar. Tak apalah, sekarang Fariss pun dah besar dengan sihat Alhamdulillah.

Cuma, kali ni mar memang tanamkan azam untuk banyakkan lebih pembacaan tentang pregnancy untuk persediaan awal mar.

Oh, buat kawan kawan yang sangat suka pembacaan ilmiah tentang kekeluargaan bolehlah melawat website drzubaidi. Insha Allah, banyak sangat ilmu bermanfaat di situ. website drzubaidi

Happy Tuesday people!


No comments:

Post a Comment