Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 6, 2013

Ukhuwah fi sabilillah



Perkembangan terbaru mar kini; Alhamdulillah mar sekarang secara rasminya sudah join team “core ngn”. Core ngn ni lebih kepada sistem configuration bagi IMS dan juga Softswitch. Level bahagian core ni di atas berbanding “migration ngn” yang lebih kepada implementation di peringkat ground level. Mar sekarang perlu belajar semula daripada 0. Tak apa, semua pun cabaran kan? Hidup hari ini pun ,bangun tidur pagi ini pun adalah cabarang bukan? 

Berita perpindahan mar ke dalam team “core ngn” sebenarnya beberapa hari sebelum mar dapat khabar gembira. Perpindahan ni mar anggap sebagai satu rahmat dan juga rezeki pada kami sekeluarga. Maksud mar, masa pun adalah rezeki ya. J Kalau dulu, mar selalu takut nak cuti. Cuti mar bagi 2012 hanya lah jika Fariss sakit, pengasuh mar tak dapat jaga Fariss, mar sakit, abang Fuad sakit, ataupun balik ke kampung. Seriau nak bercuti. Bercuti pun perlu buat kerja dan mar setiap hari perlu travel ke tempat baru. Alhamdulillah, buat masa ni mar hanya akan berada di ofis kebanyakan masa.

Oh, baru baru ni mar dapat message whatsApp yang agak panjang dan berderet deret…daripada adik yang mar sayangi. Dah lama sangat kami tak berjumpa. Hampir 5 tahun lamanya. Tapi doa mar buat dia selalu dalam ingatan. Itulah kan, bila kita bersahabat dengan ikhlas, walaupun tak jumpa bertahun tahun, bila ber message ataupun terjumpa di mana, rasanya orang tu sangat dekat dengan hati kita dan rasa mahu peluk kuat kuat.

Berat masalah dia kali ni. Mar termenung panjang dan berfikir apa yang boleh mar bantu kali ini. Kami melalui kehidupan yang hampir sama. Hidayah Allah tu bak angin yang berhembus lalu dulu. Hidup pentas dunia menjadi sanjungan dan kiblat kami. Bila dikenang kembali, air mata boleh bergenang laju membasahi pipi. Kalau lah boleh masa diputar kembali, kalaulah, KALAULAH…

Hidayah Allah itu adalah satu harta termahal di muka bumi. Ada juga yang bias kita dengar, kadangkala ia ditarik semula daripada seseorang. Itulah yang paling menyedihkan sekali. Sebab tu mar berdoa selalu agar mar selalu dipayungi rahmah, dan waddah, dan juga dikekalkan dengan Hidayah Allah. Bukan bermakna mar hari ini adalah contoh terbaik, tapi mar setiap hari mahu perbaiki perkara perkara kecil dalam hidup mar dan konsisten dalam melaksanakannya.

Tapi, amat mendukacitakan bila yang terlebih awal mendapat Hidayah, berjalan dengan sombong dan riak di muka bumi Allah dengan percaya bahawa dial ah insa  yang terpuji diantara semuanya dan memandang sinis pada mereka yang lain. Sesungguhnya, manusia yang lebih baik itu adalah yang selalu bertaubat nasuha dengan dosa dosanya dan bersungguh sungguh memohon kemaafan kepada Allah, berbanding mereka yang berjalan di muka bumi Allah dengan perasaan bahawa Imannya telah sempurna. Kita tidak tahu apakah nasib kita di akhirat kelak. Adakah kita akan mati dalam Iman? Wallahu'alam. Mungkin dengan rahmat dan kasih sayang Allah itu, manusia yang selalu kita keji dan hina di dunia, diberikan keistimewaan masuk dahulu ke dalam syurga kerana hatinya yang sangat mulia. Wallahua’lam.Itu semua adalah kerja Allah. Kita sebagai manusia, jangan putus berdoa, memperbaiki diri dan menyebarkan kebaikan ke serata bumi waima diri kita sendiri pun masih belum sempurna. Allah bukan melihat hasilnya kelak, tapi Allah Maha melihat apa usaha yang kita telah buat kea rah kebaikan. Kerana Allah itu sangat lembut dan Penyayang. 

Mar agak sensitif sedikit jika ada sesetengah golongan yang memberi label kepada mereka yang masih belum lengkap sebagai seorang muslim. Bagaimana mahu mereka kembali kepada Sang Pencipta jika bahasa badan yang diberi tiada tarikan positif kepada mereka? Pada mar dahulu, hanya Allah dan mar sahaja yang tahu bagaimana perjalanan mar untuk mengejar kembali cahaya Allah. Mar keseorangan menangis sepanjang malam minta Allah jangan tinggalkan mar untuk menguruskan kehidupan mar walau sekelip mata sekalipun. Mar minta Allah tunjukkan mar jalan yang lurus, dan temukan mar dengan mereka yang menyayangi Allah dan membantu mar dalam perjalanan itu. Memang sukar masyaAllah, tapi dengan kasih sayang Allah,Allah bantu mar.

Pintu taubat Allah itu tidak pernah ditutup untuk semua hambaNya. Sujudlah ke bumi dan mintalah segalanya pada Allah yang Esa.

Buat sahabat dan juga adik yang amat mar kasihi, percayalah sayang, sedangkan pelangi pun wujud selepas hujan di petang hari. Apa yang berlaku kini redhalah kerana Allah sedang menguji adik bagi memberi ganjaran yang lebih baik kemudian hari. Jangan berhenti berdoa dan berdoa . K mar percaya sangat bahawa dengan kesabaran dan berprasangka baik kepada Allah, ada sinar yang menanti kelak. K mar sedia membantu apa sahaja yang termampu untuk berjalan bersama sama menempuhi perjalanan adik ini.

Ukhuwah kita adalah ukhuwah fi sabilillah. K mar sayang awak lillahita’ala.

BE STRONG ADIK.

3 comments:

  1. Mar dapat tukar? tukar g mana mar??
    hummm best nyer...kita ni xth la smp bila baru dpt tukar...senak la hidup mcm ni hari2 mar huhu T_T

    ReplyDelete
  2. jemput lawat blog saya

    www.PuteraGuesthouseMelaka.com

    ReplyDelete
  3. laili.. mar ke Core unit skrg..
    Laili, jom buat serious business nak? kita keje sendiri, huhu
    laili pun take cara ya on this second pregnancy. Cayang mama laili!

    ReplyDelete