Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, April 28, 2013

ceritera dua merpati



Kami sederhana,
Aku sederhana, dia sederhana,
Kami tak pandai bermadah cinta, berpegang tangan berjanji setia,

Apa yang terzahir tidak seperti apa yang terukir di hati,
Dalam matanya ku temu keikhlasan,
Dalam kata katanya ku temu kiasan indah,
Dalam perbualan kami ku temu titik pertemuan,
Kata cinta payah untuk bersiul di bibir,
Tapi adakah cinta hanya ungkapan semata mata atau apa yang terzahir di mata dunia?

Ku lihat kiri ku dengar nafasnya,
Tidur memeluk putera kecil ,
Kasih sayang itu menjalar menyelubungi permata hati kami,
Aku tenang melihat pemandangan indah ini..

Biarlah dunia bercerita kisah mereka,
Apa yang kami ada kini menjadi milik peribadi,
Terungkai kisah di sebalik tawamu, marahmu,belaianmu, nasihatmu,
Ku kumpul memori suasa, memori indah di dalam minda,
Kerna kamu ditakdirkan buatku,
Melengkapi diriku zahir dan batin,
Itu amat bermakna buat seluruh kehidupanku.

Walaupun mulut ku berat untuk berkata,
Ketahuilah dalam setiap nafasku, dalam setiap ingatanku,
Aku membawa secebis hatimu, aku membawa kata kata hikmatmu,
Dalam menyelusuri kehidupan fana ini,
Kerna dirimu terlalu istimewa di hatiku..

Terima kasih segalanya,
Kerana sanggup mengisi kehidupanmu bersamaku,
Kerana memilihku sebagai teman hidupmu,
Kerana celik matamu aku disebelahmu,
Kerana memberiku satu dunia dalam mata putera kita,
Kerana menerima segala kekuranganku,
Dan kerana mencintaiku sepenuh hatimu dalam susah dan senang kita bersama.






No comments:

Post a Comment