Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 12, 2013

It's Friday again!



Salam Jumaat..

Rasanya mar memang suka menulis hari Jumaat. Setiap kali Jumaat selalunya jalan lebih tenang ke tempat kerja, cuaca lebih damai, manusia di tempat kerja nampak lebih relaks , dan kami wanita ada masa yang lebih untuk waktu makan tengah hari..

Kalau nak potong kuku, hari ni adalah hari yang terbaik sebab sunah Rasulullah S.A.W adalah memotong kuku hari Jumaat. Ia seperti menyambut perayaan bagi seluruh umat Islam. Umat Islam sangat istimewa. Allah beri perayaan kepada kita sekali seminggu. 

Pagi tadi bila mar nak hidupkan enjin kereta, mar nampak ada dua pasangan burung tiung terbang dan hinggap di koridor tempat parking kereta mar. Bila seekor turun ke lantai mengais ngais sesuatu, seekor lagi turut serta turun ke bawah. Pasangan yang lagi satu hinggap sekejap atas bumbung kereta mar. Dua dua pun naik atas bumbung kereta mar. Merdu sahaja bunyi yang dikeluarkan. Nyaring tapi mendamaikan. 

Kita mungkin terlupa bahawa pemandangan seperti ini sebenarnya telah acapkali kita saksikan, tapi mungkin perkara perkara kecil sebegini kita lupa untuk ingat pada Pencipta. Mar pun baru sahaja teringat, dalam minggu ini sahaja, setiap kali mar berhenti di traffic light, ada sahaja pasangan burung terbang berdua atau hinggap bersama di dahan pokok. SUbhanallah..

Tahu tak kawan kawan, perihal burung ini sebenarnya sudah difikirkan oleh Nabi Adam semenjak di syurga lagi. Baru baru ni Abang Fuad cerita pada mar. Nabi Adam terlihat sepasang burung berdua duaan di dalam syurga. Mereka bermain bersama, mencari makan bersama dan juga terbang bersama. Naluri hati Nabi Adam syahdu sangat melihat pemandangan seperti itu. Lalu Nabi Adam meminta kepada Allah untuk memberi teman hidup kepadanya agar Nabi Adam dapat menikmati kehidupan di syurga dengan lebih bahagia. Allah lalu menghidupkan Hawa sebagai teman hidup Nabi Adam. Allah tidak memberi pasangan sejenis kepada Nabi Adam, tapi Allah bangkitkan seorang wanita di sisi Nabi Adam. Ini bermakna lelaki dan wanita adalah melengkapi satu sama lain. Subhanallah. Indah kan kejadian kita..





Kita secara fitrahnya memang dijadikan berpasang pasangan. Allah sendiri telah menetapkan jodoh kita sebelum kelahiran kita. Bagi mereka yang masih belum bertemu dengan pasangan hidup, jangan putus harapan dan sentiasa positif terhadap Allah. Kerana Allah itu adalah sepertimana sangkaan umatNya terhadapNya. Jika kita selalu bercakap “Susahlah nak cari jodoh” , “Saya ni pendiam, jadi susahlah nak cari pasangan hidup” etc ..memang susahlah yang akan Allah berikan kepada kita. Apa yang kita katakan berulang kali adalah seperti zikir doa yang diucap saban kali sehingga dimakbulkan oleh Allah. Masya Allah. Jadi bermula hari ini kita mesti perlu tanam azam untuk perbaiki percakapan kita setiap hari. Ok ? 

Oh, mar sebenarnya sangat terharu bila coretan ikhlas mar yang sangatlah sederhana tentang Bertukar Haluan ? , membawa mar bertemu di alam maya dengan pembaca pembaca yang sebenarnya mengikuti cerita mar. Mar menulis ketika itu sambil tergelak gelak sebab mar membayangkan lakonan Abang Fuad di meja makan. Rupanya Abang Fuad sangat mengambil berat sehingga perihal blog tiada komen pun menjadi tajuk di meja makan. Mar rasa mar perlu abadikan cerita tu di sini. Tak sangka ada yang tampil memberi komen. Terima kasih ya.

If some of you realized, sometimes it took me about a week to post few stories, while some other time it took me about a month to come out with an entry. 

Hence what do I need in order to be able to write? I should answer, a good storybook that I was reading at that particular time, a good movie that I have watched recently that encouraged me to write about, and most importantly to love and to be loved. Love is so divine and very wide in meaning. It could be my love towards God, to love the nature, to love the environments, to love my fate, to love my journey of life. Usually I will not write anything when negativity strikes me. I am afraid if my words could affect the rest of my readers or maybe in future times I would have regretted writing those words that were full of hatred and negativity. Our words speak our mind.

No one can learn to love by following a manual and no one can learn to write by following a course. We all pour love into our work. In my case, obviously reading is very important to gain confidence in writing, but words are life set down paper. So I seek out the company of others and try to focus in tiny details of human behavior and my environments to get some perspectives about life. Writing is no different from any other activity done with joy and enthusiasm. To me, above all, writing is about discovering myself.

 Hence please, don’t feel pity to me. It’s my decision to make a blog. By having you here, (my silent readers) along my journey are more than my words could ever say. I appreciate your time. Thank you for reading my thesis entitled “A tale of a woman”.

No comments:

Post a Comment