Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 20, 2013

Bila ayah berkata kata..

Oh hello again,

Erm..sebenarnya kan..buat ibu ibu yang mempunyai anak lebih daripada satu selalu buat mar rasa kagum. Terutamanya yang BEKERJA. Oh ya, lupa pulak.. Ibu bekerja yang ada anak satu pun selalu buat mar rasa kagum jika mereka cekap uruskan rumah tangga, kerjaya, dan hubungan dengan Pencipta. Oh tak lengkap juga..sebab mar ada kenal orang orang yang paling rapat dengan mar tak putus putus berusaha untuk cuba mendapatkan anak dengan pelbagai cara. Ya Allah..memeng mereka semua ini adalah sumber inspirasi mar. Menjadi wanita ini memang memerlukan ketabahan .

Tapikan, jangan lupa tau..sebab Allah teramat sayang pada kita lah..maka Allah menjadikan kita wanita dimana dengan mudahnya kita boleh ditempatkan di dalam syurgaNya jika kita patuh pada suruhanNya dan mengelakkan larangaNya.

Pada mar, secara jujurnya pregnancy kedua ini cabarannya pada awalnya sangat besar.Banyak perbezaannya. Dengan yang sulung sedang giat tumbesaran dan memerlukan perhatian, pertukaran mar ke unit baru yang memerlukan sepenuh perhatian dan juga cabaran baru, dan juga beberapa keadaan semasa yang mungkin bisa menjadi cabaran kepada mana mana sahaja ibu diluar sana yang bekerja...Oh tak lupa juga..kepada mereka yang terutamanya tinggal di bandar bandar besar yang selalunya jalan jem pagi dan petang..Amatlah besar tanggungjawab yang digalas ya. Hihi.

Jadi, menjadi diri mar yang suka memikirkan setiap benda kecil ini..yang menumpukan otak pada segala rintangan ini..menjadikan pada satu ketika diri mar alpa pada urusan Pentadbir yang Maha Kuasa. Astaghfirullah ...Jika Allah mahu memudahkan urusan kita..Maka itulah yang Allah bagi kawan kawan..Jika Allah mahu menyusahkan urusan kita..maka itulah yang akan diberi Allah kepada kita... Allah itukan adalah sepertimana sangkaan kita terhadapNya..

Muka mar pada awal pregnancy seperti kopi kelat pahit ..Bila ayah datang ke rumah..Ayah panggil mar masuk ke dalam bilik.. Itulah ayah..Cara beliau menunjukkan kasih sayang memang begitu. Sessi bual bicara berdepan satu sama satu. Dalam hatiku "Adalah tu..Mesti ada yang kena aku ni..." :-)

Ayah membiarkan mar siapkan kerja kerja mar yang masih tertunda..Ayah memerhatikan sahaja tanpa memaksaku berhenti segera... Dari pandangan matanya..Mar faham benar sifat ayah..Ayah mahukan mar betul betul bersedia untuk mendengar intipati kata katanya.

Sessi pun bermula..Peliknya...baru sahaja mar pandang ke dalam matanya..air mata sudah bergenang di bawah mata ini.."Ya Allah..apa ni..." Bila ayah meneruskan butir bicaranya kemudian yang agak privasi bagiku..air mata mar terus menderu laju membasahi pipi. Sangat jarang mar menangis begitu depan ayah. Tika itu, sebenarnya mar baru sahaja dikeluarkan beberapa hari dari hospital  atas masalah kesihatan semasa mengandung.

Isi utama yang paling terkesan di dalam diri mar yang mar rasa perlu dikongsi bersama semua wanita adalah " Ingat mar..rumah ni adalah taman taman pahala bagi setiap isteri yang terbentang luas bagi wanita yang bergelar isteri ataupun ibu jika mereka melakukannya dengan ikhlas"

Kadang kadang kita lupa kan..Bila kita pulang ke rumah..kita ingat beban itu semakin bertambah selepas mengharungi jem, bekerja 8 jam sehari, dan aktiviti itu berterusan lagi sehinggalah mata anak kita terpejam untuk tidur malam...dan mungkin ketika mereka tidur,kita masih lagi berjaga untuk menyelesaikan urusan rumah.

Tapi..cuba kita bayangkan pula jika dari terbit matahari itu sehingga terbenam matahari apa sahaja yang kita lakukan Lillahita'ala ..berapa banyakkah kutipan pahala yang telah kita rebut setiap hari? Masya Allah..Tidak terkira..Dan percayalah..jika niat kita telah diluruskan hanya kepada Allah sahaja..dan juga berdoa agar setiap urusan kita itu dipermudahkan Allah..Percayalah..tiada yang mustahil bagi Allah untuk membantu segala urusan harian kita, memudahkan, malah memberi kesihatan yang terbaik buat isteri dan ibu ibu semua.

Itulah yang mar cuba praktikkan setiap hari.Jika terlupa mar ingatkan kembali diri ini. Jika kita sebagai ibu ibu terlalu kesempitan masa untuk membaca Quran kerana urusan harian.berdoalah kepada Allah sesungguhnya agar segala amalan dan urusan harian kita sebagai penyeri rumahtangga diterima terus oleh Allah..Dan..dalam setiap pekerjaan yang kita buat..mulakanlah dengan kalimah 'bismillah' dan menitip di bibir 'zikrullah' sepanjang pekerjaan. Insya Allah ada perubahan besar yang akan kita alami kemudian.. Rumah kembali menjadi taman syurga buat seisi keluarga dan hati kita akan menjadi lebih tenang dan gembira.

Ingat tak kawan kawan..generasi nenek kita dahulu sangat tabah. Seawal jam 4 pagi sudah keluar rumah menoreh getah, mengikut suami ke kebun,ataupun menuai padi. Dalam masa yang sama mereka membesarkan bukan sekadar satu atau dua anak..ada yang sehingga 10 orang anak..dan anak anak pula berjaya menjadi orang orang yang hebat atas didikan generasi nenek dan atuk kita. Bila dikenang kembali,mereka sangat tabah dan sering mempamerkan cahaya keibuan dan juga senyuman masih terukir di bibir. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari di situ bukan?

Jom kawan kawan yang lain, kita ikhlaskan diri dan luruskan niat untuk menjadi isteri yang lebih baik dan ibu yang lebih ceria dalam mengemudi rumah tangga. Serinya sesebuah rumah tangga itu terletak di bahu seorang wanita. 

Jadi ayah..sekali lagi..mar nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana selalu ingatkan mar dan menegur mar.Walaupun mar dah besar panjang..mar tetap permata hati ayah yang satu..Ayah tetap raja hati mar selalu.

Sayang ayah.

Wanita yang tabah itu adalah wanita yang kuat. Caiyok!

Kasih sayang ibu tidak bertepi. Sayang ibu!

Hah..Cuba tengok ibu ni..walaupun ke bendang setiap hari,senyuman masih terpancar di bibir. Awet muda lah makcik !  Jom kita jadi macam makcik ni !:-)
 


No comments:

Post a Comment