Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 19, 2013

Perjalanan.

Berjalan  laju ke muzium telekom,
Melewati kedai di kiri dan kanan,
Langit mendung semakin kelam,
Kugagahkan diri demi pelajaran.

Selama hampir dua bulan setiap kali ada training di sebelah muzium telekom, mar memang lebih suka berjalan kaki dari masjid jamek ke muzium telekom. Masa awal pregnancy mar rasa dekat sahaja jarak tersebut. Perut pun belum terlalu menonjol, jadi selesa menaiki public transport. Dalam jarak sebegitu, mar dapat berjalan dalam 15 minit ke tempat dituju. Kini, tak sangka sangat dalam jarak yang sebegitu, kadangkala memakan masa sehingga 30 minit lebih untuk sampai. Otak dah bersungguh sungguh nak berjalan laju, tapi, apalah daya manusia ini. Badan sendiri pun tidak dapat dikawal. Akhirnya, beberapa pit stop mar berhenti di antara kedai kedai tersebut untuk mengambil nafas, ataupun berhenti sekejap membeli air atau coklat. Mar berdoa sahaja setiap hari agar Allah membantu untuk mempermudahkan perjalanan mar setiap hari.

Agak kelakar juga, satu hari, cuaca sangat kelam, guruh berdentum, mar pun berlari lari anak menuju ke station Star Masjid Jamek. Tiba tiba, ada seseorang memegang erat tangan mar dari belakang! Ya Allah, terkejutnya perasaan masa tu. Bila mar menoleh, mar terlihat makcik Cina memandang mar dengan serius. "Jangan berlari, kalau terkeluar baby di sini, semua pun susah!" Hihihi. Mar ketawa kecil. Mar beritahu auntie tu .." Auntie, saya ada beberapa bulan lagi untuk bersalin. Ketika itu mar baru sahaja 25 atau 26 minggu pregnancy. Muka Auntie terkejut kerana diingatkan Mar dah hampir untuk bersalin. Auntie pun memimpin tangan mar menaiki tangga, menaiki lif dan kami duduk bersama di bangku menuggu di station LRT. Mar tak banyak bercakap sebab masih tercungap sedikit mengambil nafas. Bila pintu LRT dibuka, Auntie masuk dahulu ke dalam dan membuat signal untuk mengikutnya dari belakang. Setibanya di dalam gerabak, dengan muka yang bengis auntie menyuruh seorang lelaki berbadan sasa bangun lalu memberi tempat duduk tersebut kepadaku. "ALhamdulillah..ALhamdulillah" Jika Allah ingin memberi bantuan, Allah akan pilih sesiapa sahaja untuk membantu kita. Sebenarnya ALlah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa..

Mar semenjak itu lebih berhati hati bila berjalan. Kadangkala kita rasa diri kita kuat dan gagah. Tapi menjadi ibu mengandung ini, kita perlu ingat bahawa kita diamanahkan untuk mejaga juga keselamatan penghuni di dalam perut ini. Memandangkan doktor tidak menyarankan sangat mar untuk melekat lama dalam jam semasa memandu, itulah sebabnya mar mengambil keputusan menaiki LRT. Mungkin kini perut mar semakin menonjol, jadi mar perlu lebih berhati hati dalam setiap langkah mar.

Ada yang menyarankan amr untuk ambil sahaja kursus ini selepas bersalin, tapi mar tetap berkeras. Kurusu ini dibuat hanya sekali setahun untuk tahun ini. Kalau mar lewatkan lagi mengambil kursus ni, mar akan lebih lama duduk dalam situasi yang kurang faham terhadap unit baru mar sekarang. Unit mar sekarang adalah pure technical. Kalau dulu, 70% adalah human management at site, kini 100% technical. Tak sanggup...Tak apalah..menuntut ilmu itupun adalah jihad kecil kan..hihi :-)

Oh ya, ALhamdulillah kepada yang selalu mendokan mar. Mar kini ALhamdulillah semuanya baik baik sahaja. Hari hari mar nak fikirkan yang positif sahaja. Allah itukan adalah sepertimana sangkaan kita terhadapNya. :-)

Kawan kawan ofis dah ingatkan mar untuk bersiap siap sediakan beg bersalin dalam kereta.. Mar terlupa sangat..Dulu si abangnya berialah siapkan sejak 28 minggu lagi. Insya Allah, minggu ni kalau diberi kelapangan masa, mar nak duduk kemas barang masukkan dalam beg.

Semoga dipermudahkan semua urusan mar dan juga urusan anda juga ya!

Be positive and act positive!
Take care everyone

Oh ya, bolehlah jemput jenguk page House of Lady Sephia hari ini,

 Ada banyak koleksi menarik menanti anda. Mar paling suka material material yang digunakan kali ini. Semuanya sejuk dan bermutu tinggi. Ada juga set yang boleh dibuat untuk hari lebaran nanti. Jom shopping di H.O.L.S :-)










Ok, ini semua hanya sedikit daripada keseluruhan koleksi H.O.L.S. Ada banyak lagi di website kami.

Kami pun ada official website juga. Jom cuci mata harini!
Official Website H.O.L.S

No comments:

Post a Comment