Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan kali ini..



Salam ramadhan semua..

Diam tak diam dah hari 16 kita berpuasa.Dalam bulan puasa ni pada mar yang paling mencabar daripada segi kudrat fizikal adalah ibu ibu bekerjaya.

Tak sangka Allah berikan mar peluang untuk merasa sendiri pengalaman pertama mengandung bersama anak yang sedang membesar. Cabaran tu memang terlalu besar, hanya Allah sahaja yang tahu.

Mar sekarang ni dalam minggu ke 34.Tapi kalau ikutkan abang Fariss dulu, 37 minggu dah keluar menjenguk dunia. Jadi raya kali ni persediaan raya adalah serentak bersama persediaan untuk melahirkan anak. :-)

Abah Fariss setiap malam jika tak oncall mesti ke surau untuk tarawikh. Pada mulanya mar rasa sedih sebab dulu sebelum ada anak..kami jalan sama sama ke masjid untuk berterawikh..Balik tarawikh kami duduk makan ais krim sama sama, berbual bual. Oh..zaman tu dah berlalu pergi. Tapi, hati kecil wanita ni selalu sahaja terdetik perkara macam macam. Tapi papa selalu pesan, wanita itu perlu dahulukan yang wajib. Jika kita redha dengan apa yang kita buat, dan ikhlas semata mata kerana Allah, sangat besar ganjarannya di mata Allah. 

Bila difikir kembali, apa yang babah Fariss buat sangat penting dalam pendidikan agama bagi keluarga kami. Jika ayah malas ke masjid, bagaimana nak melahirkan anak anak lelaki yang rajin ke masjid? Mar pula di rumah perlu dibimbing untuk menjadi imam bagi anak anak perempuan kami kelak insya Allah..

Jika kita mencoret kembali kehidupan para isteri Rasulullah S.A.W dahulu, Rasulullah ke masjid dan berdakwah. Ister isteri baginda pula berdakwah bagi golongan wanita yang datang ke rumah. Itulah satu kitaran hidup yang sepatutnya.

Jadi, sebagai seorang ibu, mar redha dan menerima jihad mar sebagai seorang ibu dan isteri pada bulan ramadhan ini. Fariss sebenarnya sebelum ni agak lambat sikit bercakap . Maksud mar, dia memang bercakap lama dan panjang..tapi tak ada satu pun yang mar faham. Mimik muka, tangan dan ekspresi muka persis orang berpidato di atas pentas, tapi menggunakan bahasa uniknya sendiri .Tapi bermula ramadhan kali ini, Fariss sudah pun mula bercakap sepatah sepatah..Allahuakbar!

Ramadhan kami kali ini :

Seusai mar dan babah Fariss berbuka puasa, kami akan solat magrib berjemaah bersama. Kemudian, kami akan hantar Big F ke pintu, dan bermulalah rutin ramadhan kami bersama sehingga jam 10 malam.

1.      Mar dan fariss akan makan bersama. Dulu, suapkan Fariss adalah cabaran besar sangat buat mar. Tapi semenjak ramadhan kali ini, kami berdua dapat masa yang bertenang untuk focus antara satu sama lain. Mar belajar untuk mendengar Fariss dan Fariss belajar untuk mendengar mama dia. Fariss  Alhamdulillah dah boleh suapkan biskut ke mulutnya sendiri. Ini pengalaman baru bagi kami berdua. Fariss sebelum ni rumit sedikit untuk suapkan makanan ke mulutnya sendiri. Dia tak suka comot di pipi dan makanan jatuh di lantai. Dia akan cepat cepat bersihkan. Tapi kini mar pesan pada dia, “tak apa bersepah sikit. Lepas makan kita bersihkan sama sama” Jadi, Fariss made his first step to feed me first . Bila nampak mama dia ok, dia pun rasa confident untuk suapkan mulut dia sendiri. Sekarang Alhamdulillah he is getting better.

2.       Kemudian kami akan tukarkan diaper Fariss. Fariss sekarang berusaha nak basuh sendiri dirinya di toilet. Mar perlu monitor. Memang kelakar masa ni dalam toilet sama sama. Satu masa Fariss haus, gayung tu dia teguk air sampai tersedak. Kesian sangat tengok. Tapi tak apa.He learned a lesson since that incident.

3.      Kami akan spend masa mengaji dan baca buku bersama sama. Masa ni memang pada mar sangat intimate. Perangai sebenar anak akan terkeluar ketika ini. Disebabkan Fariss belum faham sangat maksud setiap perkataan tu, jadi intonasi bacaan tu perlu wajib macam pertandingan storytelling peringkat kebangsaan. Fariss tergelak gelak mengikut ekspresi mama dia. Bila dia sangat teruja, Fariss akan lompat lompat, tepuk tangan dan kalau terlebih teruja dia akan menjerit high pitch dan lari cium mar kuat kuat. Itulah dia janji Allah . “Iqra’ “ dan “ Demi masa”. Dengan membaca pun anak anak seronok meneroka dunia dan dengan masa seciput yang mar luangkan bersama Fariss, dia  memperoleh kegembiraan yang memuncak. Mar sekarang batuk yang agak kuat. Jadi bila mar mengaji, suara mar terputus putus dan terberhenti kerana batuk. Fariss akan lakonkan semula batuk mar tadi dan terus mencapai telefon mar dan tunjukkan icon “Al-Quran”. Akur dengan kehendak anak yang tak bisa dengar suara kurang merdu mak dia.. kami dengar sebentar bacaan Quran di HP mar.

4.      Kami akan duduk di balcony setiap malam dan berbual dengan bintang dan bulan. Mar beritahu pada Fariss, “ nenek sebenarnya nak namakan mama Aqmar, tapi tereja Akmar. Mama ni macam bulan. Bila Fariss rindu mama bila besar nanti, Fariss cari bulan. Mama akan sentiasa bersinar redup untuk Fariss. “ Kami akan cari bulan setiap malam. Fariss suka duduk atas riba mar dan tunjuk bintang. Kemudian kami akan nyanyikan nursery rhyme “ twinkle twinkle little stars”. Dan bila tengok langit, mar cuba untuk ajar dia memuji Allah tuhan sekalian alam. Dulu mar masa kecil suka sangat tengok bintang dan mencari bentuk bentuk zodiac. Impian mar masa kecil nak jadi ahli astronomy . J Semua buku tentang galaksi dan alam semesta penuh dalam bilik mar. Mar dan kawan baik mar Fatin akan cuba datang paling awal ke sekolah untuk duduk atas bukit dan tunggu matahari terbit. Terasa seperti satu kemenangan kalau dapat tengok matahari terbit setiap pagi.

Bila babah Fariss dah balik, kami akan luangkan masa berbual sekejap dan abang Fuad akan jaga fariss sebentar untuk beri laluan pada mar untuk tunaikan solat di atas. Kemudian mar dan Fariss akan bersedia untuk tidur. Mar cuba untuk tidurkan Fariss awal sepanjang ramadhan kali ni sebab mar akan berjaga pagi untuk masak sahur.

Kini sepanjang ramadhan Fariss belajar perkara baru. Dia akan peluk mar di leher dari belakang dan “cak cak” mar dari belakang. Kami akan luangkan masa untuk berbual bual sekejap dan baca doa tidur. Sepanjang mar mengandung kali ini, Fariss memang nak mama dia peluk dia dari belakang ketat ketat sebelum dia tidur. Dulu semasa Fariss masih menyusu badan, fariss memang akan tidur dalam pelukan mar selepas selesai menyusu. Mungkin rindu dan ingatan itu masih ada, Fariss memang perlu dipeluk sebelum tidur. Dulu Fariss menghadap mar untuk dipeluk… tapi kini semenjak adiknya membesar di dalam..mar cuba fahamkan dia ada baby dalam mar ni. Mar beritahu dia mar akan peluk Fariss dari belakang jadi baby tak akan rasa sakit. Alhamdulillah Fariss setuju dan faham dengan apa yang mar sampaikan.

Pada mar, pengalaman ramadhan kali ini adalah sangat mencabar daripada segi kudrat mar sebagai seorang wanita. Mar tak sangka mama dulu pun pernah berdepan dengan masa masa seperti ini dengan kesemua anak anaknya. Terima kasih mama kerana bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kepayahan… 

Tapi, walaupun jauh di lubuk hati mar, mar rasa penuh kekurangan sebagai seorang hamba Allah di bulan ramadhan, mar masih rasa ini adalah ramadhan yang paling indah sekali buat diri mar sebagai seorang wanita yang sedang mengalami proses dewasa. Diantara suruhan wajib dan sunat, sebagai seorang ibu dan wanita..mar dahulukan kewajiban itu terlebih dahulu. Mar harap Allah menerima ibadah mar sekadar yang termampu sepanjang ramadhan kali ini
.
Anda perasan tak..setiap kali ramadhan tiba..pasti ada peristiwa manis yang berlaku dalam kehidupan kita bukan? Ramadhan pasti akan meninggalkan kita dengan memori suasa yang akan dikenang selalu.Ramadhan mar dan pengalaman mar bagi tahun ini tidak akan berulang kembali pada tahun hadapan. Tahun hadapan mar akan bertemu dengan pengalaman baru dan ekspedisi perjalanan hidup yang lebih menarik..insya Allah.

Semoga ramadhan anda pada tahun ini lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya.Insya Allah.
Salam ramadhan-Mar-

Tuesday, July 9, 2013

Aku dan emosiku

Perut mar makin besar dan sakit sakit badan mula terasa...
Mungkin badan sedang menyediakan diri untuk proses kelahiran nanti..

Abang Fuad semenjak Jun sudah mula belajar kembali. Setiap malam Abang Fuad akan duduk di dalam bilik dan belajar..

Mar ada lebih banyak masa berdua dengan Fariss..
Kami luangkan masa bersama sama. Fariss sekarang kawan baik mar..
Bahasa kami mungkin berbeza..tapi hati kami sangat memahami..

Sebenarnya ini juga adalah satu rahmat daripada Allah.
Mar memang berdoa sangat pada Allah agar diberikan masa yang secukupnya untuk memberi sepenuh kasih sayang pada Fariss sebelum adiknya lahir ke dunia.

Perasaan ni sedikit pelik dan berbelah bagi.
Mungkin simptom normal bagi semua ibu ibu yang bakal melahirkan anak kedua..
Mar kurang pasti..
Tapi setiap malam kalau mar terbangun usap perut, mar mesti cari Fariss juga dan cium pipi dan ubun ubun dia.. Kadang kadang air mata bergenang di pipi..
Mar harap sangat agar mar akan jadi seorang ibu yang dapat bersikap adil dalam memberi kasih sayang kepada semua anak anak kami.
Mar tahu ia nampak sukar,tapi kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan dan bantuan..

Malam tadi Fariss tolong mar kemas beg ke hospital. .
Indah sangat pengalaman tu...

Macam mana lah rasanya nanti ditinggalkan beberapa hari masa mar contraction di hospital..
Sekarang tiap malam pun Fariss akan cari tangan mar untuk peluk dia dari belakang sehingga dia lena..
Mar terbayangkan masa pantang nanti macam mana lah ya.
Mar betul betul nak berusaha membahagiakan semua anak anak mar dan bersikap adil.
Mar berdoa agar Fariss akan faham situasi mar nanti..
Mar sangat berharap agar dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami nanti insya allah, Fariss akan berasa bahawa ia juga adalah pertambahan orang yang disayanginya dalam hidup di dunia ini.

Ya Allah, tuhan yang menjaga dan memiliki hatiku ini..kurniakanlah rezeki kasih sayang yang melimpah ruah untuk aku berikan dan hadiahkan kepada orang orang yang aku kasihi setiap hari...

Fariss..mama sayang sangat Fariss hari hari ...
Oh..abah pun mama sayang hari hari juga ..hihihi.. :-)