Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 22, 2013

Kelahiran....



Assalamualaikum wbt.

Haritu mar ada post status perihal meneran di Facebook. Banyak betul dapat response di wall dan juga inbox. Rasa menyesal pun ada juga post status….Yelah, dah janji nak tulis di blog.. Tapi, bila nak menulis je, rasa nak menangis dan termuntah… Abang Fuad suruh cari sumber gambar di internet, tapi mar memang tak sanggup nak tengok..Waaaaaaa!!!

Ok. Ibu ibu sekalian yang baru pertama kali nak bersalin. Mar ada tips untuk kuatkan minda masa nak bersalin nanti.

1.       Dekatkan diri pada Allah setiap waktu. Ini bermakna, selalu perlu meminta kekuatan, kasih sayang dan juga diringankan beban sakit bersalin. Suami kita tersayang mungkin berada di sebelah kita, TAPI tiada siapa yang dapat merasai dan mengerti sepenuhnya apa yang kita rasai melainkan Allah tuhan sekalian alam dan makhluk.

2.       Pilih bahan bacaan buku anda. Ibu ibu PERLU ada ilmu sepanjang proses mengandung dan juga persediaan untuk bersalin. Mar pernah post tentang buku yang mar baca sepanjang proses kehamilan mar. Lebih baik adalah buku buku ilmiah ya yang menerangkan dengan lengkap beserta gambar gambar.Ini entry mar haritu ..My New Book

3.       ELAKKAN selalu bertanya pengalaman bersalin dengan rakan rakan anda. Kadangkala, bila wanita bercerita, ada banyak ayat ‘penambah perisa’.Mar takut sekiranya anda terjumpa dengan rakan rakan yang akan menghilangkan semangat anda untuk melalui proses tersebut. CUBA cari rakan atau saudara mara yang selalu berfikiran positif. Anda pasti kenal mereka yang mempunyai sikap sebegini. Mar sepanjang proses mengandungkan Fariss Ayman dahulu, mar banyak rujuk pada kakak sepupu Abang Fuad; Kak Arin namanya. Beliau telah mempunyai 3 orang anak kini. Orangnya kecil molek sahaja, tapi hati waja dan sentiasa positif. Kak Arin juga pada mar pakar dalam bab penyusuan susu ibu dan sangat aktif di Melaka. Semua berkenan penyusuan ibu juga mar akan rujuk pada Kak Arin.Sehingga ke wad bersalin pun mar masih message dia. ORANG sebegini yang anda perlu cari ok ? 

4.       Jika anda membuat keputusan untuk bersalin di hospital dan bukan di rumah, selalunya anda akan dipanggil untuk menghadiri kelas ‘antenatal’. Aha, ambil peluang ini untuk berbaik dan beramah tamah dengan nurse, Sister,Matron, dan menjadi aktif di dalam kelas tersebut. Jika muka anda dikenali, ia pasti akan memudahkan proses anda untuk bersalin nanti..hihihi..(Percayalah)  Tanya lah seberapa banyak kemusykilan yang bersawang di minda anda kepada doktor doktor yang akan memberi taklimat. Doktor doktor tak makan pesakit.. Jangan takut untuk bertanya. Semua latihan senaman yang diajarkan, tolong praktikkan di rumah.

5.       Apalagi, ULANG KEMBALI STEP 1 sehingga tibanya waktu anda bersalin nanti ya? Allah sahaja lah tempat pergantungan kita.

Baiklah. Persediaan awal minda telah dibuat. Sekarang, anda boleh bertenang dan menunggu tibanya waktu si bayi kecil di dalam perut untuk  menjenguk dunia.

Seawal 34 minggu pregnancy, anda boleh mulakan perineal massage. Anda boleh lakukannya sendiri ataupun minta bantuan suami untuk melakukannya.Ia ada diajarkan ketika antenatal class yang anda hadiri. Jika anda masih belum menghadirinya, jangan lupa untuk bertanya lanjut kepada Doktor yang memberi taklimat. Ketika hendak melakukannya, pastikan tangan anda bersih daripada kotoran dan juga pastikan kuku anda pendek. Jika anda mahu lakukannya sendiri, sediakan cermin yang besar untuk anda mengenal pasti kawaan yang perlu diurut. Kaedah ini dikenal pasti dapat mengelak episiotomy and tearing during labor.Insha Allah. 


Selepas mencapai tahap 36 minggu, anda digalakkan untuk banyak membuat brisk walking.Ataupun membuat floor exercise ataupun berenang. Mar suka berenang. Hampir setiap minggu mar berenang. Ia sambil mengurut sambil menguatkan otot peha dan juga otot pelvic kita. Untuk bersenam ni, mar sarankan suami ada di samping isteri untuk memberi sokongan moral dan juga memberi bantuan untuk melakukan aktiviti senaman ini. 






Selalunya kesakitan itu dirasai bermula daripada perut menjadi mengeras. Kemudian, kesakitan di bahagian pinggang dan tulang belakang akan rasa seperti mencucuk cucuk. Senang cerita, setiap wanita akan mengalaminya setiap bulan; Bendera merah. Kesakitan itu berbeza beza bagi setiap wanita bukan? Ada yang sangat sakit, dan ada yang hanya terasa sakit sedikit pada peringkat permulaan contraction bermula. Ada rakan rakan mar yang tidak tahu contraction telah bermula. Beliau masih lagi boleh pergi membeli belah di shopping complex sebelum appointment pada jam 3 petang. Bila doctor check bukaan OS pada minggu ke 40 beliau tersebut, bukaan sudah pun 5 cm. Oleh itu, semua wanita perlu alert dengan apa yang dirasai badan. Jika tidak pasti, anda dinasihatkan untuk bergegas ke hospital.

Ok. Sekarang mar akan masuk bab apabila contraction anda sudah bermula. Mar sebelum ni bersalin di Hospital Ampang. Hospital Ampang adalah hospital kerajaan. Komplikasi mar sewaktu mengandungkan Fariss adalah high risk. Hospital swasta kebanyakannya tidak mahu ambil kes mar kalau tidak bersetuju untuk dibedah seawal 30 minggu. Team O&G di Hospital Ampang bersetuju untuk mengambil kes mar dan menunggu sehingga tibanya waktu mar untuk bersalin; dengan syarat mar akan dikawal rapi oleh team pakar di sana. Abang Fuad bekerja di Hospital AMpang, jadi mar lebih selesa dan yakin bila rakan rakannya menguruskan kes mar. Bila mar di wad, mar diletakkan dengan 3 orang ibu ibu yang menunggu masa untuk bersalin. Mar perlu di induce pada minggu ke 37. Itulah maksimum masa yang mar dapat untuk Fariss Ayman.Diantara ketiga tiga ibu yang mengalami kesakitan, ada seorang yang memberi mar sumber inspirasi untuk menjadi lebih tenang sepanjang proses tersebut. Beliau tidak menangis, merengek, tetapi mulutnya tidak henti henti berzikir di atas kerusi empuk yang diletakkan disebelah katil.Dalam keadaan seperti ini, anda sangat memerlukan sumber inspirasi orang orang yang positif ya.

Selalunya apabila bukaan OS anda telah mencapai 4cm atau 5cm, anda boleh dibawa ke labor room.Sekiranya bukaan anda mengambil masa yang agak lama dan panjang, sebelum mencapai 4cm atau 5cm, adalah amat digalakkan untuk anda berjalan jalan. Mintalah bantuan suami ataupun jika anda mahu gagahkan diri, berjalan jalan sambil memegang rail di dinding. Tarikan gravity bila anda berjalan banyak membantu untuk mempercepatkan proses kelahiran ya, Insha Allah. Tarik nafas dalam dalam, dan hembus di mulut. Cara pernafasan yang betul Insha Allah akan memberi anda lebih tenang dan bertenaga.Oh, jangan lupa untuk berzikir.

Apabila anda sudah mencapai bukaan 5cm, anda akan dibawa ke labor room. Bermulalah cabaran sebenar di sini ya rakan rakan. Anda TIDAK BOLEH meneran sekiranya tiada nurse yang meminta anda untuk meneran. Meneran hanya dibenarkan apabila bukaan OS anda telah lengkap 10cm. Ini untuk mengelakkan koyakan yang besar. NOKTAH.

Apabila bukaan OS anda telah mencapai 8cm, ia akan cepat sahaja menuju kepada bukaan ke 9cm dan juga 10cm. Ketika ini, anda perlu relaks, berzikir dan betulkan posisi duduk anda. Waktu Fariss dahulu, mar terlalu teruja untuk melihat apa yang doktor akan lakukan pada mar. Mar duduk tinggi .Tapi sebenarnya ini tidak digalakkan kerana posisi ini akan memberi kebarangkalian untuk mar menaikkan punggung…:-) Tolong jangan buat . Baring sedikit ke bawah dan JANGAN BERI GAP diantara punggung anda dengan katil.

Boleh lihat gambarajah di bawah. Apabila kita bersalin dalam keadaan separa baring, kepala bayi akan keluar melalui salurannya..Jika punggung kita naik ke atas, akan berlaku koyakan di bibir faraj. Itulah sebabnya doktor perlu membuat episiotomy.Oleh itu, anda perlu duduk rendah sikit, dan fokus untuk menekan punggung sentiasa ke bawah. Minta bantuan suami untuk menekan kuat lutut anda ke bawah ketika ini.


Apabila doktor memberi arahan untuk meneran, berdoa dahulu kepada Allah. Pastikan DAGU ANDA RAPAT KE LEHER ketika ini. Anda PUSH SEKALI SAHAJA dahulu sehingga kepala terkeluar di lubang faraj. Kemudian berehat sebentar kerana ketika ini doktor anda membantu anda untuk mengeluarkan bahu bayi. Apabila diarahkan untuk push sekali lagi, anda PUSH dengan kadar sedikit rendah daripada PUSH yang pertama dan insha Allah akan keluarlah bayi anda. Ingat ya kawan kawan, teknik PUSH ini juga penting. Semasa push kita tidak perlu menjerit jerit. Kita bukan menggunakan tenaga bunyi untuk mengeluarkan bayi, tapi ia persis seperti membuang air besar yang keras.Kita menggunakan otot di perut untuk menekan keluar sisa buangan. Samalah juga seperti meneran bayi.

Selepas berjaya meneran, peringkat labor yang ketiga adalah menunggu kelahiran placenta pula. Oh, labor ni ada 3 stage. Stage pertama adalah stage dilation atau lebih dikenali sebagai peringkat contractions semua itu. Stage kedua adalah pushing phase.Stage ketiga adalah delivery of placenta.Kita perlu menunggu sehingga habis keluar placenta dengan lengkap.

Alhamdulillah, Selamat dah semuanya..anda bolehlah mula menyusukan bayi kesayangan anda :-)
Kepada ibu ibu yang bakal melahirkan anak kelak, Selamat bersalin! Semoga proses kelahiran kita nanti akan dipermudahkan Allah dan semoga Selamat ibu dan anak kelak.Amin..

P/s : Sebenarnya ada pelbagai teknik untuk bersalin dan ada pelbagai teknik untuk push. Ada yang berpendapat tidak perlu PUSH,sewaktu crowning, anda berehat sahaja..Ada yang berpendapat bersalin berdiri lebih baik daripada baring.Semua itu terpulang pada anda Ok? Ini hanyalah perkongsian mar daripada apa yang mar alami dan juga apa yang Abang Fuad ajarkan kepada mar tempoh hari. Nanti kalau mar dah siap buat kajian tentang labor technique dan attend seminar O&G, mar akan tulis lebih lanjut di blog mar ni ya..hihihi 

Mar menulis ni sebenarnya sakit perut mengenangkan kembali masa keluarkan Fariss dulu.Leher rasa geli.Rasa nak menangis. Inilah pertama kali mar rasa tertekan untuk menulis. Semoga apa yang mar kongsikan di sini memberi jika tidak banyak, sedikit manfaat dan ilmu yang berguna buat anda.

P/S Part 2 :  Di bawah adalah contoh Episiotomy yang akan dibuat oleh doktor sekiranya anda memerlukannya. Garisan 'BIRU'  adalah episiotomy yang selalunya dibuat oleh doktor kepada ibu ibu. Kadang kadang abang Fuad kata walaupun teknik betul, tapi sekiranya ibu mempunyai peha yang berlemak  dan tidak kental episiotomy masih perlu dilakukan bagi memudahkan laluan bayi untuk keluar. Jadi, tak apa kalau kita bersalin nanti masih perlu episiotomy..Cuma kawal punggung daripada naik untuk mengelakkan koyakan yang besar.

Maaf. Mar lukis di Paint App sahaja. Nak ambil gambar di google banyak sangat gambar darah dan koyakan. Takut rakan rakan pun nanti termuntah.




6 comments:

  1. Hai Mar, thanks for the info. Pendek kata teknik yang betul akan menyebabkan vagina tidak terkoyak. Anyway mar maintain cantik time pregnant ni...

    ReplyDelete
  2. Hai mar, akak mmg suke bace blog mar. Cume tak sempat nk bagi komen je. All the best ye mar. Bykkan berdoa... Bye..

    ReplyDelete
  3. Hye kak mar, saya baru je follow blog akak. Saya pun tgh preggy doktor cakap 26 week. Ini kali pertama saya pregnant. Takutla baca pasal nak bersalin tu. Memang selalu kena potong kat vagina ke kak?

    ReplyDelete
  4. Anonymous: Mar dah janji akan menulis..Jadi mar perlu menulis..hihi.Harap2 dapatlah membantu sedikit sebanyak info ya. Btw, siapa ni ya? Kawan universiti mar ke? Tq.. kalau dah bersiap2 kemas, semua orang pun cantik dan comel my dear.

    Wawa : Kak wawa, terima kasih singgah sekejap blog mar harini. Terharu dapat komen pertama daripada kak wawa.Mana mana yang baik bolehlah ikut, yang tak elok tu jadikan sempadan ok? Mar pun tak sempurna. Masih sibuk memperbaiki diri..

    ZooreQq : Tak apa, jangan takut ok my dear? Ibu dan nenek kita semua pernah melaluinya. Kak mar pun episiotomy juga. Kalau kak mar takut sangat dan menyesal, mestilah kak mar tak nak mengandung lagi kan? All the best my dear! Kak mar doakan awak tabah sepanjang pregnancy kali ni ya sayang.

    ReplyDelete
  5. Thank you Kak Mar. All the best to you tau. Keep on blogging k...

    ReplyDelete
  6. sangat berdebar2 bila baca ni...huhu padahal anak no2...terasa sakit bersalin anak pertama dulu Mar..

    neway, tahniah Mar dah selamat lahirkan baby.
    Moga Allah mudahkan urusan saya utk melahirkan nnt insyaAllah..

    ReplyDelete