Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 22, 2013

Lebaran...2013



Sebelum mar terlewat, mar nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga anda yang sudi melawat blog mar ni.

Raya kali ni walaupun mar tak dapat pulang beraya di kampung, mar bersyukur sangat mak, ayah, adik dan kakak mar sudi naik ke KL untuk beraya bersama sama mar. Dalam hati sebenarnya rasa amat terharu. Ditambah lagi dengan kehadiran anak saudara mar yang baru, si kecil ‘Maria’..Jadi bila dapat berkumpul semua di KL, satu perasaan sukar digambarkan.

Untuk yang selalu bertanya pada mar, adik ipar mar Rifaiee Omar namanya. Beliau bukan lagi warga CST Production, dan kini beliau bergerak bersama abangnya menubuhkan syarikat RIO Production. Ia lebih kepada broadcasting and media production. Kak mar doakan agar Paiee akan dimurahkan rezeki dan sukses dalam bidang baru yang diceburi ini. Kepada anda yang ingin melihat lebih lanjut hasil kerja Rio Production, bolehlah lawati laman web rasmi mereka di facebook. 


Syawal mar bagi tahun 2013 adalah seperti gambar gambar di bawah.. Credit to Paiee. Kami sekeluarga hanya dapat berjumpa pada raya ke empat sahaja sebab Syazmin, Mar sendiri dan Ani ada tanggungjawab masing masing bersama keluarga mertua.Beraya bergilir gilir.Sebagai anak perempuan, mama dan papa sangat redha dengan apa sahaja keputusan kami mengikut suami. Bila kami dididik sebegitu, kami pun tidak kisah beraya di mana mana sahja dulu.


Ini semasa kami sekeluarga di rumah cikwok. Selalunya setiap tahun kami akan ambil gambar di dalam rumah cikwok. Ini tahun pertama kami ambil gambar di laman rumah cikwok. Gambar ni diambil pada hari Selasa 13 Ogos 2013 sebelum mama dan papa balik semula ke Johor.

Ini gambar Ani bersama ahli keluarga yang baru 'Maria'. Masya Allah, makngah geram sangat tengok awak Maria. Tapi makngah sarat mengandung dan sibuk uruskan abang Fariss yang lari ke sana kemari. Sekejap sahaja makngah dapat main main dengan awak sayang...


Ini Abang Fariss pada hari raya kedua kami. Kami menziarah kubur moyang Abang Fuad. Ini pertama kali Fariss ke kubur. Alhamdulillah ,Fariss tenang sahaja semasa di perkarangan kubur,tapi sedikit gembira bertemu dengan pasir.
 


Fariss dan babah.Tekun mendegar babah baca doa.



Waktu ni mar beraya di rumah Nurul, sepupu mar. Kami tiga beradik memang rapat sangat dengan Nurul. Ketika kecil nurul pernah duduk dengan kami di JB ketika ciknoi dan uncle Zainal bekerja di KL. Mar memang rapat sangat dengan nurul sampai sekarang. Nurul faham sangat perangai mar dan mar faham sangat perangai Nurul. Waktu kecil kami, bermain dan bergaduh tu adalah adat resam kami. Hihihi. Sayang Nurul tau.




Ini kami bertiga. Ini bukan Satu Malaysia tau..hahaha. Fariss baru sahaja belajar mengira. Paklang Paiee sebut One, Two, Three. Dia segera response One. Kami mak ayah pun ikutkan sahaja.

Masih kami bertiga. Papa dan mama beraya di rumah ibu mertua mar, merangkap mak dan ayah Abang Fuad. Kami memang tak dapat tangkap gambar pada raya pertama. Semuanya cepat sangat. Habis sahaja solat sunat Hari Raya, kami terus bergegas ke Melaka untuk beraya di Melaka .


Masih kami bertiga. Rasanya mar perlu abadikan gambar perut besar sebab memang pregnancy mar kali ni perut sangat besar berbanding mengandungkan Fariss


Ini gambar pokok naga papa di JB. Dah agak lama pokok ni di tanam. Hampir 6 tahun kalau tak silap. Hasil buah pun ranum. Besar dah pokok naga papa. :-)


Papa dan buah naga kesayangannya.


Masya Allah..Merah merah si buah naga.



Fariss dan opahnya. Jumpa sahaja terus minta dukung opah. Jangan minta dukung lama lama ya Fariss. Kesian Opah..


Pasangan baru. Adik mar Syazmin dan Paiee. Di tengah tengah tu atuk dan nenek mar :-)



Mar suka tengok gambar ni. Dua era kehidupan berbeza bergabung di dalam satu gambar.


Fariss dan dua pupunya, Humaira. 




Inilah dia si kecil Maria. Makngah harap awak membesar jadi anak yang solehah ya sayang.



Ini Fariss dan atuknya. Memang agak sukar dilepaskan bila atuk bertemu Fariss. Fariss akan melentok di bahu atuk dalam kebanyakan masanya.

Ini kami bertiga. Mar harap hubungan kita akan kekal sebegini buat selamanya..insha allah.. Sayang sangat korang semua .

Fariss masih bersama atuknya. 

Fariss bersama Ne. ONE Ne!

Yang terakhir ni gambar anak dan ayah. Sorang dah terlena, sorang lagi tunggu masa untuk terlena.

Raya mar kali ni penuh kesederhanaan. Mar bersyukur kerana walaupun tidaklah begitu sempurna, tapi mar dapat jumpa ahli keluarga mar. 

Bagaimana pula dengan sambutan lebaran anda kali ini ??

Selamat menyambut saki baki Syawal dan jaga pemakanan anda sepanjang mengunjungi rumah terbuka rakan taulan dan saudara mara!




No comments:

Post a Comment