Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 23, 2013

10 September 2013... Terima Kasih Allah




Alhamdulillah mar dah selamat melahirkan bayi perempuan kami pada 10 September 2013. 

Perjalanan mengandungkan bayi perempuan ini pada mar adalah satu proses pembelajaran, pengajaran dan juga pengharapan hanya pada Allah. Tak tahu macam mana mar nak cakap…
Mar tak dapat lupakan jasa mereka mereka yang mempunyai hati yang baik yang Allah pertemukan di dunia untuk membantu mar kali ni. Mar cuma mengharapkan agar mar dapat dipermudahkan bersalin dan segalanya selamat Insya Allah.

Bayi kami yang kedua bernama Fadwa Ayesha Binti Fuad Redha. Oh, kami memang sepakat untuk memberi nama yang dimulai oleh F dan A, sempena nama Abang Fuad dan Mar;Akmar.

Alhamdulillah..Kini mar sedang berpantang. Banyak yang mar dengar orang kata susah lah ada anak dua ini..susah lah berpantang dengan anak yang sedang membesar ni…Pada mar, Allah ada di sisi mar. Pergantungan mar hanya kepadaNya sahaja. Mar nak bersangka baik dengan Allah setiap masa. Mar nak bersikap positif dalam setiap perkara. Mencabar itu adalah satu pilihan perkataan yang lebih molek pada pendapat mar. Manusia diuji dalam kehidupan hariannya. Dan ibu ibu yang membesarkan anak semuanya memang pasti akan penat. Tapi jika kita melaluinya dengan perasaan mengeluh sahaja setiap hari, memang penat yang akan kita peroleh. Tapi, jika kita tanamkan perasaan redha dan mengharapkan rahmat daripadaNya setiap hari agar dipermudahkan urusan membesarkan dan mendidik anak-anak, Insya Allah lebih banyak kebaikan yang menanti. 

Mar sekarang agak beremosi sedikit. Mungkin disebabkan hormone pantang? Hihi.

Insya Allah di lain masa mar akan berkongsi pengalaman melahirkan Puteri kami. Tapi apa yang pasti, contraction semulajadi yang Allah jadikan buat ibu ibu yang bakal bersalin adalah menenangkan. Mungkin kerana sebelum ini semasa mar melahirkan Fariss mar dikenakan dose induce yang maksimum ( 3 pil, 1 drip)…False Alarm mar rasanya sehingga 6 kali. Agak mencabar untuk mengenal pasti bagaimanakah sebenarnya normal contraction. Masya Allah..rupa rupanya selepas mar melalui pengalaman induce dahulu, normal contraction kali ini adalah sangat mendamaikan..

Alhamdulillah..Terima kasih Allah.