Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 20, 2013

Dah mula kerja!



Hari ni 20 November 2013.

Mar dah mula bekerja semula 18 November 2013 haritu. Mula bekerja sebagai seorang ibu beranak dua.Rasa berbeza naik kerja kali ni. Tak adalah rasa sayu nak tinggalkan Fadwa macam nak tinggalkan Fariss dulu. Mungkin sebab mereka berdua kini di rumah ibu mertua mar. Mar rasa selamat dan tenang. Insya Allah mereka akan dijaga dengan seeloknya. Amin.

Cerita taska yang mendera kanak kanak kecil sehingga lebam itu sebenarnya kadangkala berlegar legar bermain di fikiran. Sedih kan, kita ibu ibu bekerjaya ini seperti terpaksa melepaskan anak anak kita dibawah jagaan mereka yang akan menjaga anak anak kita ketika kita bekerja. Penyelesaian secara total mar percaya hanya dapat dibuat oleh pihak kerajaan sekiranya mereka memandang serius perkara ini. Sumbangan wanita kepada ekonomi negara juga adalah penting seperti lelaki. Oleh itu, adalah suatu pembaziran sekiranya kaum kaum ibu ini perlu meletakkan jawatan kerana sentiasa mengalami gangguan emosi akibat sering memikirkan keselamatan anak anak mereka di pusat jagaan kanak kanak. Dari awal mar nak beri justifikasi bahawa mar tak pernah memandang rendah pada golongan ibu yang tidak bekerja. Pada mar, ia adalah tanggungjawab yang paling mulia, mendidik dan membesarkan anak di depan mata. Tiada kerja yang lebih hebat daripada menjadi ibu yang membesarkan anak anak di rumah dengan nilai insan yang tinggi. Tapi, ibu ibu yang bekerjaya juga mempunyai justifikasi yang mantap mengapa mereka perlu bekerja. Ia tidak perlu dipersoalkan. 

Menginjak umur yang semakin meningkat, melihat anak yang semakin membesar dan melihat ibu dan ayah yang semakin tua, hati tersentuh selalu melihat hebatnya Allah yang mengatur peredaran masa. Sangat adil Allah itu kan, kita dijadikan membesar dan tua setiap saat agar dunia ini nanti dapat dihuni oleh generasi yang akan datang. Tua dan mati itu adalah pasti. 

Ayah mar kini tidak sihat. Berbeza sangat mar berpantang masa Fariss dahulu dan berpantang Fadwa kali ini. Mama pun sudah tidak segagah dahulu. Sedih sangat mar lihat. Apatah lagi mereka berdua yang sedang mengalami proses itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi, mar sangat suka tengok kolaborasi mereka berdua dalam melayari rumah tangga. Mereka sangat menyokong satu sama lain. Pada mar, rentak mereka sama dan senada. Itulah yang paling penting dalam perhubungan suami isteri. Mama kini mengikut papa kemana sahaja papa pergi untuk mengawasi keadaannya. Sebagai anak yang duduk jauh dari ibu bapa, hati mar kadangkala tak keruan memikirkan apalah yang dapat mar bantu dari kejauhan ini. Tapi mar percaya, Kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang mar pada mama dan papa, Yang Maha Pelindung itu juga adalah Allah sebaik baik Pelindung. Doa mar dititipkan selalu agar keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan yang terbaik itu diberikan kepada kedua ibu bapa mar.

Mar kini naik LRT ke tempat kerja. Subhanallah, baru mar tahu kini. Hati mar memang suka naik LRT rupanya. Banyak sangat perkara yang mar dapat daripada naik LRT ni. Mar manfaatkan sepenuhnya. 

1.       Dalam LRT mar dapat bersenam. Mar perlu berjalan dari tempat parking kereta ke station LRT, kemudian perlu beratur dan berdiri dalam LRT. Mama kata mar perlu kurangkan lagi 10kg. Banyak kan. Caiyok!

2.       Dalam LRT mar dapat buat perkara yang paling mar gemari; Membaca. Sambil berdiri pun mar masih boleh membaca. Ya Allah, rindunya membaca.

3.       Dalam LRT hati kita lebih tenang. Kita tak perlu berasak asak dalam kesesakan jalan raya sekaligus mengawal emosi mar sehingga ke tempat kerja.

4.       Mar dapat lihat perkembangan semasa fesyen terkini; apa yang wanita gemar pakai . Mar dapat ilham untuk koleksi pakaian mar nanti. Mar suka fesyen yang simple,kemas tapi ada elemen elegant sedikit. Kalau terjumpa mereka sebegitu tersenyum mar melihatnya. Suka :-)
 
5.       Dalam LRT mar dapat lihat perkara yang baik dan perkara yang burul. Sangat mengesankan jiwa dan perasaan. Dalam LRT kita akan melihat rakyat daripada pelbagai kelas kehidupan. Dua hari lepas, mar terlihat seorang wanita berbaju kurung bersama kasut sukannya. Mar tak pasti apa kerjayanya. Tapi yang pasti beliau suka akan keselesaan kerana kasutnya. Oh, mar memang suka tengok wanita yang mementingkan kesihatan kaki.Ada 3 orang kanak kanak bersama ibunya di dalam LRT. Mereka mendapat tempat duduk selepas diberi oleh rakyat Malaysia yang berhati mulia. Mereka meragam sambil menghentak hentakkan kaki di atas kerusi. Yang paling kecil sekitar 2 tahun. Ibunya kelihatan buntu tidak tahu apa yang perlu dibuat. Wanita ini lantas membuka begnya dan mencapai 3 paket biskut gandum dan menghulurkan kepada ketiga tiga kanak kanak tersebut. Mereka tidak berjaya membuka paket biskut, lalu wanita ini membongkokkan dirinya dan segera memberi bantuan. Kanak kanak tersebut terus diam dan makan sehingga habis. Mereka sudah pasti dalam kelaparan.Dari jauh mar lihat situasi itu. Ya Allah, murninya wanita itu kan. Memberi makan pada kanak kanak kelaparan.

Rasa diri mar kini lebih bermotivasi melihat ragam manusia. Banyak perkara yang kita dapat ambil iktibar dan pelajari sesuatu daripadanya.

Oh, Alhamdulillah 15 November 2013 baru baru ni, genap 5 tahun tempoh perkahwinan mar dan Abang Fuad. Saban tahun selalunya kami keluar makan bersama. Tapi tahun ni, kami menyambutnya bersama anak anak di rumah sahaja, dengan iringan tangisan Fadwa yang lapar susu. Hahah, memang comel kalau imbas kembali.

Banyak cabaran yang telah kami lalui bersama, semoga tahun tahun yang mendatang kami akan lebih tabah dalam mengharungi perjalan kehidupan ini bersama. Amin..


5 tahun lepas



Today I'm wearing overall TOP from HOLS Overall Top

Be positive and the world will respond!

No comments:

Post a Comment