Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 26, 2013

Saya faham anda



Kepada ibu ibu yang sedang bekerja di pejabat tetapi termenung sebentar ‘apa nak dimasak malam ni?’ ,
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang bangun awal pagi semata mata untuk menyediakan sarapan suami dan menyediakan bekal makanan untuk anak anda, kemudian bergegas untuk ke pejabat,
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tertidur di dalam LRT kerana kepenatan berjaga malam menjaga anak anak kecil anda, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang berlari lari anak mengejar LRT kerana ingin memasak makanan malam, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang terus menyinsing lengan di dapur selepas membuka pintu rumah apabila pulang dari bekerja, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang membawa beg kiri dan kanan kerana salah satunya adalah beg pam susu yang berat, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu bekerja yang mencuri curi masa untuk mengepam susu buat anak tersayang , sambil cuba tersenyum senyum semasa mengepam untuk mewujudkan suasana tenang semasa proses agar kuantiti susu bertambah, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang walaupun keletihan siang dan malam selepas pulang dari pejabat, tetapi masih mampu tersenyum dan meluangkan masa berkualiti bersama anak anak tersayang, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang sibuk mengemas beg dan barang keperluan anak anda sebelum tidur untuk dibawa ke rumah pengasuh keesokan harinya, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu bekerja yang tidak ada erti cuti pada hujung minggu untuk mengemas rumah kerana itulah sahaja waktu yang anda anda untuk mengemas rumah, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang menyusukan bayi anda dan menahan keinginan untuk makans sesuatu sepanjang tempoh menyusukan hanya semata mata risau sekiranya makanan tersebut boleh mneyebabkan anak anda sakit perut atau jatuh sakit, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang keluar berjalan jalan dan menyusukan anak anda di tempat awam kemudian mendapat pandangan sinis daripada orang orang yang tidak faham tanggungjawab murni anda, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tidak sempat untuk menata rias rapi diri anda jika keluar berjalan pada hujung minggu kerana terlalu sibuk menyiapkan barang keperluan anak anda di dalam beg, 
Saya faham anda…

Kepada ibu ibu yang tidak lagi sempat menonton rancangan kegemaran anda di televisyen pada waktu malam kerana lebih mementingkan masa berkualiti bersama anak , 
Saya faham anda…

Senarainya terlalu panjang dan tidak mungkin habis di sini..

Tetapi saya faham anda kerana saya juga adalah seorang ibu dan saya melalui kesemuanya. Kita mungkin kelihatan lemah pada fizikal, tetapi kita adalah wira di mata anak anak. Rutin dan tanggungjawab yang kita lakukan setiap hari ini adalah semata mata demi anak anak dan keluarga tersayang. Kepenatan yang kita rasa setiap hari ini tiada wang ringgit yang mampu membayarnya.

Kepada ibu ibu yang cekal, saya faham anda, saya sayang anda. Keluarga kita, anak anak kita, adalah amanah dari Allah. Fokus setiap hari dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan anda di dunia dan di akhirat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan anda semua
.
Teruskan perjuangan anda dan jangan mengalah hari ini, esok, lusa dan sampai bila bila.


No comments:

Post a Comment