Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 17, 2014

well, hello!



Assalamualaikum wbt,

Warga Malaysia masih bersedih..
Harapan menggunung tinggi,
Agar semuanya dapat selamat kembali ke pangkuan keluarga,
It’s been too long ..
Please come back home MH370..

Channel TV kami minggu lepas memang tak berganjak daripada 501 Awani mahupun, CNN, BBC dan TV3. Rasanya mereka yang tak asyik dalam kemaruk Festival Future Music whatsoever..memang prihatin tentang pesawat yang masih belum pulang ni.

Satu perkara yang mar belajar dan betul betul fahami adalah kehidupan kita ini sangat rapuh . Bila bila masa sahaja kita akan dipanggil Pencipta. Mungkin ketika hari kejadian, ada keluarga yang menunggu mereka di lapangan terbang, ada pasangan suami isteri yang hendak mengubat duka selepas peristiwa keguguran menimpa, ada keluarga yang mahu pulang daripada bercuti dan sebagainya.. Macam macam perkara yang kita rancang setiap hari, tapi adakah kita juga merancang untuk bertemu Ilahi.. 

Tersentap sebentar mar.

Mar ni sebagai ibu hari hari merancang apa nak masak balik dari kerja, merancang jadual kerja mar setiap hari untuk pastikan siap on time, merancang bila perlu balik ke kampung halaman..Tapi, apa perancangan mar untuk bertemu dengan Pencipta  diri mar ni ? Aduh…

Sebagai seorang anak, ibu dan isteri juga mar sangat tersentuh dengan situasi yang terjadi ke atas seluruh anak kapal dan penumpang MH370. Cukup kah kasih sayang yang mar dah beri pada semua yang perlu mendapat kasih sayang mar. 

Mar selalu sangat sibuk dengan semua urusan dunia, urusan kerja, tapi cukup kah kasih sayang yang mar dah beri pada suami dan anak anak..dan juga ibu dan ayah mar di Johor Bahru tu.

Hari hari mar cuba sedaya upaya nak jadi ibu yang terbaik untuk anak anak mar. Mar tak tahu bila masa mar pula untuk dijemput Ilahi.. Harap sangat Fariss dan Fadwa tahu yang mama sayang sangat korang berdua..

Hidup ni sebentar sangat. Mar nak sayang semua sepenuh hati lillahita’ala.After all, you only have one life, so you should try to make the most of it.

Sambil buat kerja, terbuka satu folder gambar. It's so amazing to be able to reminisce back our time in 3 different years. It's so funny to look back at those time and looking ourselves now; being parents of two kids. 
 








It's not only children who grow.  Parents do too.  As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours.  I can't tell my children to reach for the sun.  All I can do is reach for it, myself.

It has been a roller coaster ride for the past few months. Now I am back on track again. I hope things are gonna be better insya Allah.

I am ready to start writing back.
see you soon.

No comments:

Post a Comment