Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 23, 2014

Perhentian Cyberjaya



Sekarang mar buat testing di Cyberjaya. 
Dah lebih sebulan mar di sini.
Perjalanan agak jauh, jalannya sunyi. Menariknya, mar jarang sangat mengantuk semasa memandu. Radio pun jarang dibuka.
Lebih suka berfikir semasa memandu.
Ini masa yang paling bermakna . Ketika inilah baru sempat melihat kepulan kepulan awan.

Teringat semasa masih kerja di anak syarikat YTL di Damansara Perdana. Mar perlu lalu Duke Higway daripada rumah mama di Setiawangsa. Ya Allah, damainya..Jalan yang agak lengang dan luas..Memang mendamaikan. Rindu saat itu..

Walaupun main office mar dekat sahaja jaraknya dari rumah, tapi keadaan jam yang hebat samaada pagi atau petang memang memerlukan bantuan radio untuk kekal stabil daripada segi emosi.

Bila perjalanan yang jauh tapi mendamaikan ini mar lalui hampir setiap hari, walaupun mar setiap hari keseorangan di dalam Lab..tapi suasana damai tu mengatasi segalanya. Bila sampai ke rumah, mood kita sebagai ibu pun masih terkawal dan tidak dicemari oleh pengguna pengguna jalan raya.

Hasilnya. Anak anak gembira tidak terkata.

Tapi, apa boleh buat. Mar hanya sementara sahaja di sini. Perlu kembali ke main office bila segalanya selesai. Mungkin masalah utama sekarang adalah pembinaan MRT di kiri kanan dan juga di tengah tengah jalan raya yang mewujudkan suasana hiruk pikuk di ats jalan raya. Semuanya perlu segera sampai di ofis.

Ada beberapa perkara yang mar belajar beberapa bulan kebelakangan ini.

Janganlah kita asyik menajamkan pandangan mata dan juga telinga untuk melihat kelemahan orang lain kerana sebaliknya  Allah akan menumpulkan pandangan mata hati kepada kelemahan diri kita sendiri. Nauzubillah.

Susahkan nak beritahu semua di sini. ..Takut orang salah memberi interpretasi yang tidak benar. Zaman sekarang, manusia sangat hebat menjadi ahli nujum untuk membuat spekulasi. Mar takut sangat menjadi salah satu daripadanya. Untuk update status di FB pun sekarang amat menakutkan. Manusia menjadi semakin ganas di alam maya. Masya Allah..Sedih mar tengok..

Bila malam malam tengok fadwa tidur, rasa rindu sangat. Mar tahu Fadwa bukan hak milik kekal mar. Tanggungjawab Fadwa akan terletak pada suaminya kelak. Mar dan Abang Fuad berjanji akan berikan Fadwa sepenuhnya kasih sayang. Walaupun satu hari nanti Insya Allah Fadwa akan melangkah pergi ke   alam baru rumahtangganya, kami mahu Fadwa ingat selalu betapa kasih dan sayangnya kami pada Fadwa. Mar percaya, didikan untuk anak perempuan perlu berbeza daripada didikan anak lelaki. Anak lelaki perlu diajar untuk melindungi . Besarnya tanggungjawab ni.

P/s :Bila mar memandu jauh ke tempat kerja ni, mar baru perasan kepulan kepulan awan jarang timbul di langit. Walaupun hujan selalu turun dengan lebatnya di waktu petang, tapi awan meriah di pagi hari jarang ada. Ya Allah, peliharalah bumi kami, sayangilah kami.

3 comments:

  1. Salam. Akak pakai zai beauty ye. Bole kongsi testimoni?

    ReplyDelete
  2. w'salam adik anonymous. yes. masih lagi pakai dari umur 21 tahun :-)
    Bolehlah tinggalkan email. Nantik kakak reply email adik insya allah

    ReplyDelete