Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 8, 2014

Cerita Sabtu Seorang Wanita



Assalamualaikum wbt

Baru baru ni mar kemas seluruh almari baju mar dan abang Fuad dengan dibantu Abang Fariss yang berwibawa. Dari awal sampai habis kemas setia membantu ditepi mar. Tapi bila siap kemas je, bila mar hampir nak bersandar dan lelapkan mata sekejap, bilik mar dah penuh dengan cebisan kertas tisu. Bersepah sepah satu bilik ! Mungkin sebab terlalu penat, lepas tu terdengar suara manja Fadwa merengek rengek nak susu, mar tutup muka nangis. Abang Fuad ke Hospital kerja hari minggu. Dahlia ada di bawah tapi mestilah Fadwa kene menyusu dengan mar kan..

“Mama nangis…Fariss kemas..Mama nangis..Fariss kemas” Fariss datang peluk, cium satu muka sampai penuh kesan air liur kat muka mar. Kalau nak batal puasa boleh je jilat air liur Fariss yang penuh satu muka ni. Mar memang sebolehnya tak suka dan tak nak anak anak mar tengok mar nangis. Papa mar yang pada dasarnya pun kelihatan sangat garang dan tegas pernah cakap dengan mar. “ Papa nak anak anak papa lebih tabah, lebih bersabar menghadapi segala dugaan hidup”. Mar rasa mar pernah nampak papa menangis teresak esak masa papa nak nikahkan mar je. Jadi, mar sebolehnya tak nak anak anak mar nampak mar menangis. 

Mar lepaskan pelukan Fariss.. “Fariss nak tolong mama kemas? “.. Fariss dalam nada teruja “ Fariss nak kemas! “Maka kami gagahkan lah jua mengemas tisu yang berselerak atas katil dan atas lantai. Lepas tu mar ambik Fadwa cepat cepat untuk susukan dia.

Jadi ibu ni memang kene kejar masa setiap masa. Hah! Hari minggu sebenarnya lebih memerlukan kudrat daripada hari bekerja. Siapa kata hari minggu boleh berehat rehat? 

Pagi sebelum mar kemas seluruh almari baju tu sebelum Amin sampai daripada melawat anak anak buahnya, mar pergi ke pasar SORANG SORANG untuk yang pertama kalinya. Selalunya ikut belakang Abang Fuad je itupun kalau rajin nak temankan ke pasar. Adik mar dari Jordan nak datang singgah rumah makan. Mar nak masakkan untuk Amin ikan siakap sweet sour kononnya. Jadi mar cakap dengan Abang Fuad, “Jangan risau, Insya Allah ok je mar pergi pasar” hahahahha..

Bila ingat balik kenangan pergi pasar haritu sorang sorang, memang rasa macam tak senonoh je. Mar ni dari kecik mama selalu manjakan walaupun badan mar paling besar antara Ani ataupun Shamin. Mar masih rasa pelik sampai harini kenapa mar selalu diketepikan dalam urusan dapur masa kecik kecik melainkan basuh pinggan mangkuk dan buat air. Siang ikan, sotong, udang, ayam pun Abang Fuad yang ajar ikut cara Abang Fuad belajar dalam kelas Anatomi.

Jadi mar pergilah ke pasar untuk nak beli barang basah.Bila tengok bateri handphone, alamak tinggal 20% je siap dah red alert warna merah pada gambar bateri tu.

Mar memang perlu beli sayur sayuran, tapi mar suka beli barang basah dulu. Ok ingat, mar kena beli ikan siakap, ayam kampung. Kami dirumah makan ayam kampung sahaja . Papa kata ayam kampung sihat. Kami ikut sahaja...

Hari yang mar ke pasar ni hari Sabtu. Hari terakhir sebelum 1 Ramadhan yang jatuh pada hari Ahad. Lautan manusia penuh di pasar pagi tu. Jam tangan mar menunjukkan pukul 8 pagi. “Eh, lewat sangat ke aku ke pasar harini. Selalunya kalau ikut Abang Fuad waktu macam ni tak ramai sangat orang”. Bila mar bertanya pada makcik makcik di pasar semua kata “ Biasalah adik, esok nak puasa. Semua berpusu pusu ke pasar” . Mar sebenarnya masih pelik kenapa ramai sangat di pasar. Kan, kita makan macam biasa. Sahur tu macam sarapan kita, berbuka puasa tu macam  makan malam kita. Kan ? Kalau nak beli roti john ke, murtabak ke, air tebu ke, semua kan ada di pasar ramadhan. Haiisshh..Ok kita teruskan pencarian ikan siakap yang Amin suka.

Tempat yang ABang Fuad selalu beli ikan tu orang beratur panjang sangat …….Bila sampai je ke tempat ikan tu, alamak, macam mana rupa ikan siakap ni.Selalunya tengok dah siap siang Abang Fuad bawak balik rumah untuk mar cuci je. Tebalkan muka tanya satu makcik “ Makcik, yang mana satu ikan siakap ya? “ Makcik ni beratur dibelakang. Mungkin dia taknak lepaskan queue dia. “Hah,,yang muncung panjang sikit tu. Awak cari yang muncung panjang sikit tu “ Mar betul betul cuak sebab banyak sangat ikan yang muncung panjang. Mundar mandir mar cari Siakap yang bertuah ni. Mar terus call Abang Fuad minta tolong hantar gambar ikan siakap sebab data plan mar dah habis, lembap sangat nak google search cari muka ikan siakap tu. 

“Hahahahahahah…ikan siakap pun tak tahu ke sayang? “ Abang Fuad balas. Dah agak dah mar..Tak apelah. “Aaa..tak tahu bang. Cepat sikit ya hantar gambar ni”. Bila Abang Fuad hantar gambar, mar nak cuba buka..Handphone mar terus padam. SYUKUR..SYUKUR.. Mar memang tak suka tunggu lama lama. Mar tanya pembantu tokeh jual ikan yang berwarganegara Bangladesh. “ U kenal suami saya kan. Dia selalu beli ikan di sini. Tolong saya please carikan mana ikan siakap. Saya nak cepat nak masak.” Masa tu pembantu tu tengah siang ikan orang lain. Tapi Alhamdulillah sangat, dia berhenti siang kejap bawakan mar bakul dan beritahu. “Ikan siakap habis. Ikan kerapu sedap juga. Akak ambillah sekilo rm21.” Dan beliau berlalu pergi..Aduh…siakap pun mar tak tahu..Macam mana nak cari ikan kerapu???

Ada seorang pakcik yang mungkin kesian tengok muka sedih mar dengan bakul yang masih kosong di tangan, “Adik nak cari ikan apa ni? “. Cahaya bantuan dah tiba!! Alhamdulillah. “Pakcik, saya jarang ke pasar. Saya tak tahu jenis ikan. Bantu saya ya. Saya nak cari ikan kerapu dan ikan tenggiri potong potong. Selalunya ikan tenggiri potong potong dah ada atas pelantar ni”…. 

“Ikan kerapu awak ambil yang ada bintik bintik kat badan tu . Ambil yang keras jangan ambil yang lembik takut perut dah hancur. Tak sedap. Ikan tenggiri tadi pakcik dah tanya. Memang tak ada yang dah siap potong. Kene beli seekor terus. Tu haa, yang muncung panjang sikit.” “Ok.. banyaknya ikan muncung panjang Pakcik. Terima kasih ya”. Mar sebenarnya agak terkejut dengan ikan kerapu. Bila ABang Fuad bawak balik sekali haritu, tak ada bintik bintik tu. Rupa rupanya yang bercorak bintik tu pada sisik ikan kerapu. Subhanallah!

Lepas tu misi mar mencari ayam kampung pulak . Hrmm..malas nak cerita sebab mar hampir tersilap ambil ayam tua haritu. Ingatkan semua ayam warna kuning adalah ayam kampung. Hrmm..,malas nak cerita..Malas..

Akhirnya selepas bersesak sesak di pasar pagi Sabtu haritu, pukul 10:30 baru mar sampai rumah. 2 jam setengah di pasar! 

Bila mar dah siap masak semua, Amin pun sampai. Mar tak sempat nak masak ikan kerapu sweet sour sebab Amin sampai awal. Mar sempat masak ikan tenggiri masak asam pedas, ayam goring dengan sayur je. Mar sedih sikit sebab Amin tahun depan rasanya tak balik Malaysia. Mar nak bagi dia makan ikan siakap sweet sour… Tak apelah Amin, nanti insya Allah Amin balik kak Mar masakkan Amin sedap sedap ya.

Kesimpulannya, kita jangan ambil mudah setiap perkara kecil dalam hidup ni. Mar sedih sangat bila balik dari pasar tu Abang Fuad cakap “ Tahniah sayang dah boleh pergi pasar sendiri. Nanti kalau Abang pergi dulu at least anak anak semua terjaga makan makanan berkhasiat sebab mama budak budak ni dah reti beli barang basah di pasar. “ Mar sebolehnya nak belajar banyak benda.Kadang kadang kekangan masa tu banyak membataskan segalanya.Lepas ni mar nak paksa diri mar untuk cepat belajar banyak perkara tentang kendiri hidup.Tapi apa yang pastinya "Bila TAK TAHU, Jangan Malu untuk Bertanya, Tak kira Walau Berapa pun Usia Anda"

We can do it girls!

Jom mar ajar korang semua jenis jenis ikan sebelum terjadi SOS macam mar di pasar haritu.

IKAN KERAPU
 
 Memang tak sangka macam ni bentuk ikan kerapu yang fresh tanpa disiang.

Ingat ya. Ni kerapu.
 

IKAN TENGGIRI

Ni yang fresh dari laut. Nampak macam ikan todak tau kalau besar dan panjang. Tak tipu. Mar ingat ikan todak melanggar Singapura.

 Abang Fuad selalu bawak balik yang dah siap potong macam ni je .

IKAN SIAKAP

 Ni ikan kegemaran Amin adik mar. Bersinar sinar sisik ikan siakap ni. Sedap masak sweet sour.

No comments:

Post a Comment