Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 7, 2014

Selamat Berpuasa kawan kawan






Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah sempat juga kita semua menghirup udara segar hari Isnin yang damai ni.

Mar rasa lega sangat akhirnya jari mar harini akur untuk membantu mar menulis di blog karangan hidup mar.

Sebenarnyakan, mar memang rindu sangat menulis. Bila kita menulis, kita akan lebih menghargai kehidupan kita setiap hari. Setiap perkara kecil yang berlaku dalam sehari adalah perkara perkara penting yang menghimpunkan tempoh waktu seharian itu. Otak kita akan menjadi lebih peka dan menghargai setiap perkara yang berlaku dalam tempoh SEHARI itu.

Bila mar agak lama menyepi daripada menulis, itu yang mar rasa.

Oh, tahun ni mar berpuasa dengan dua anak anak yang sedang membesar. Memang mencabar! Tapi, sepanjang tempoh 7 hari puasa ni, baru sekali si Abang bangun menangis minta dipangku sambil makan. Tengok anak merengek rengek, hati ni jadi sayu nak teruskan makan. Kalau bukan Abang Fuad yang bertegas untuk mar teruskan suapan, rasanya memang mar akan berhenti awal dan tidurkan Fariss.

Tahun ni, adalah tahun pertama mar berpuasa dan menyusukan anak (susu penuh) .EH betul ke ayat mar ni?  Fadwa juwita hati mar, memang sangat kuat menyusu. Jadi walaupun berpuasa mar tetap kene pump susu untuk stok Fadwa. Kadangkala, lepas pump susu, mata berpinar pinar, pening lihat bumi bergoyang goyang. Tapi, sebelum Ramadhan tiba lagi mar selalu berdoa pada Allah agar mudahkanlah Ramadhan mar kali ini. Banyakkanlah susu mar kali ini….

Atas limpahan kasih sayangNya Allah pada Fadwa, susu mar sepanjang berpuasa kali ini, sangat pekat dan Alhamdulillah cukup untuk bekalannya. Oh, Mar ada dua anak susuan. Anak susuan yang kedua masih lagi kadangkala memerlukan stok bekalan susu mar. Jadi, tanggungjawab mar besar. Mar selalu berdoa agar Allah tak putuskan rezeki dan khasiat makanan yang terbaik kepada Fadwa dan Ammar anak susuan mar..Insya Allah.

Mar rasa mar nak share amalan pemakanan mar sepanjang Ramadhan kali ini bagi ibu ibu yang menyusukan anak.

Berbuka puasa :

Mar selalunya akan mulakan dahulu dengan kurma. ABang Fuad bekalkan mar dengan kurma medjoul. Maaf kalau silap eja. Dahlia akan pastikan mar berbuka dengan air the susu. Katanya susu untuk tambahkan tenaga mar. Yang eloknya, kemudian mar akan rasa kenyang serta merta. Jadi, mar akan makan sikit sahaja nasi. Mar akan makan sekadarnya sahaja.
Tapi, kemudian, selepas Maghrib, mar akan cuba habiskan sekurang kurangnya 2 liter air sebelum tidur. Mar akan minum 2 sudu besar minyak kelapa dara dan sebiji habatussauda sebelum tidur. Kalau mar rajin, mar akan minum air rebusan  hirisan kunyit + asam jawa + gula Melaka untuk tambahkan susu keesokan harinya. Alhamdulillah setakat puasa ni banyak perubahan kualiti susu mar. Nampak lebih pekat dan creamy Alhamdulillah.

Bersahur :

Bersahur selalunya mar akan minum air Horlick panas gelas besar, kurma Medjoul sebiji , 2 sudu besar minyak kelapa dara dan sebiji habatussauda’. Sebelum tu mar akan makan nasi dulu dalam kuantiti sederhana.

Persiapan raya kali ni kami masih ala kadar sahaja. Mar dan Abang Fuad dah start beli sikit sikit semenjak bulan 3 haritu untuk anak anak. Bukan apa, tak terasa sangat duit yang keluar kalau beli sekali banyak dalam sebulan untuk anak anak. Lagipun kami memang tak gemar berasak asak membeli semasa bulan puasa. Jadi rasanya hampir 90% dah selesai untuk anak anak. Lega rasanya.

Rasanya itu sahaja lah yang mar mampu nak menulis kali ni. Mar harap semua isteri, dan ibu ibu kekal bertenaga, dan banyak bersabar ketika bulan Ramadhan ni. Kadangkala ketika lapar, kita hilang pertimbangan dan mungkin akan melukakan hati insan insan yang kita sayangi. Tapi, ingatlah ketika azan berkumandang dan kita meneguk segelas air, segala perasaan lapar dan dahaga akan hilang. Tapi, hati insan yang terluka itu masih berdarah dan mungkin meninggalkan parut berbekas.

Mar tahu jadi ibu memang penat. Tipulah isteri dan ibu tak penat. Mar tengok muka mama mar masa puasa penat sangat nak siapkan juadah puasa. Tapi yang membezakan setiap insan di sisi Allah adalah orang orang yang bersabar dan beriman. Semoga kita kaum wanita tergolong dikalangan orang orang yang bersabar .

You can do it girls!

P/s : Teh susu dan Horlick mar masukkan susu tepung full cream Dutch Lady. 2 sudu besar setiap kali hidangan untuk memberi tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan menghasilkan susu yang pekat lemak ber 'cream'! hhahahaha




No comments:

Post a Comment