Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 4, 2014

Positif dan negatif adalah satu arah. Arah mana yang kita pilih ?





Harini mar buka balik tengok komen komen di blog mar ni dan baca semula beberapa ‘entry’ mar yang lepas lepas..Rasa 6 tahun tu cepat sangat berlalu pergi..

Mar tengok ada perubahan daripada segi penulisan mar. Mar tak pasti kalau ada yang lain perasan tentang ni. Mungkin sekarang fasa mar telah berbeza. Cara pemikiran tu mungkin terbawa bawa ke dalam gaya penulisan mar.

Dulu dulu mar masih tercari cari erti kehidupan, mengorak langkah dalam mencari kerjaya yang paling bersesuaian dengan mar, tercari cari apa yang mar ingingkan dalam kehidupan ini dan mar dulu hidup dalam era zaman berbulan madu dengan suami.

Hingga kini, kestabilan itu telah ditemui.Apa yang dicari cari itu telah dijumpai.Alhamdulillah..
Mar sangat optimis dan terbuka dalam mencari erti kebahagiaan. Dengan kebahagiaan sahaja kita boleh terus bersemangat untuk menggerakkan jentera badan dan mental untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Di sepanjang pencarian itu, mungkin ada beberapa halangan yang perlu kita tempuhi. Itu sudah pasti. Pelangi itukan hadir setelah hujan..

Kita merancang, tetapi sebaik baik perancang adalah yang Maha Merancang. Jujur mar katakan, walaupun mar adalah pelajar jurusan Telekomunikasi Engineering, sebenarnya ada beberapa mata pelajaran yang mar agak lemah. Walaupun mar sangat minat pada nombor dan matematik, tapi sebagai contoh, matematik level 4 pada mar amat mencabar… :-( dan ada juga beberapa matapelajaran yang mar sangat minat, hinggakan buku nota mar masih disimpan hingga ke lewat usia 20-an ini.. 

Kalau bukan Raihan yang paksa mar ambil certificate CISCO masa di Universiti dulu, memang rasanya mar tidak akan ambil kursus tersebut ketika semua pelajar yang lain lena diulit mimpi yang indah semasa cuti semester kami yang dulu. Mar perlu sangat berterima kasih pada Raihan sebab berjaya paksa mar. Buku tebal seberat hampir 3kg itu masih tersusun rapi di rak  buku di lamari rumah kami.

Subhanallah..masa mar mula mula bekerja di syarikat YTL untuk projek YES 4G, mar sebenarnya bukan pun ditawarkan kerja sebagai Planner atau Engineer. Jawatan mar ketika itu adalah Project Documentation Executive. Memang sebenarnya terlalu jauh tersimpang dengan apa yang mar pelajari ketika di universiti. Mar tak berjaya untuk diserapkan ke dalam posisi Engineer kerana alasan diberi    “ kami hanya menawarkan jawatan tersebut kepada lelaki. Banyak bumbung bangunan perlu dipanjat”.

Mar memang redha, tapi mar tak berputus asa. Tidak sesekali…walaupun jauh di sudut hati sedihnya tak terperi. Jadi, disamping pertama kali mar belajar ilmu Microsoft Excel ketika itu untuk membuat sistem Tracking, mar bawa semua buku buku berkenaan “mobile networking”, “antenna” “data communication “ dan buku yang paling berat 3kg ‘CISCO” Semua nota nota pelajaran mar dibuka kembali. Sangat sibuk mar menelaah pelajaran persis mahu mengambil peperiksaan.

Kemudian, mar mula merapatkan diri dengan engineer engineer dan planners di situ, bertanya selok belok perihal kerja, dimana kesemuanya adalah para lelaki. Minat mar semakin menebal. Kemudian mar minta kepada pihak atasan untuk membenarkan mar ikut serta ke site site di atas bangunan sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan kemahiran teknikal di site. Mula mulanya memang ditentang hebat, tapi sebab mungkin mar ni agak keras kepala, mar pujuk juga untuk memberi kebenaran kepada mar untuk kerja di luar. Alhamdulillah, beberapa minggu mar di site, cinta pandang pertama pun mula berputik dan tiada lagi jalan untuk toleh ke belakang.

Di pejabat, semakin kerap mar membuat ulangkaji berkenaan IP Planning sehingga tiba tiba majikan mar di pihak atasan yang datang melawat ke pejabat kami, ternampak mar menelaah pelajaran di kotak kecil cubicle mar. penuh wara warni buku nota mar ketika itu dengan mulut terkumat kamit membuat kiraan subnet, dan juga bilangan host beserta network yang boleh didapati.

Cerita dipendekkan, maka bermula lah perjalanan mar diserapkan ke dalam bahagian IP Planning. Ketika itu, projek itu baru sahaja hendak mula berjalan dan tiada siapa yang dapat menguruskan bahagian Ip Planning untuk setiap pemasangan antenna dan radio di site. Itulah tugas mar selama setahun di syarikat tersebut. Cinta mar bercambah dari hari ke hari dan tidak pernah pudar walau sekelumit perasaan. Meeting bersama pihak CISCO , penyelia mar lepaskan mar begitu sahaja. Ya Allah, mar masih ingat jelas lagi perasaan berkobar kobar ketika itu. Apabila kita mencintai sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu, kebahagiaan akan dikecapi dan membawa erti kepada sebuah perjalanan kehidupan kita setiap hari.

Kemudian, atas sebab sebab tertentu, mar kini berpindah ke syarikat telekomunikasi jalur lebar yang paling diminati pelajar lepasan university mengikut statistic yang dikeluarkan pada tahun 2014 baru baru ini. Bila sudah terbiasa dengan suasana kerja “mobile network” , mar memang ketika mula mula menghadapi situasi emosi yang bercampur baur untuk berpindah kepada suasana kerja “wired network”.

2 tahun pertama mar ketika di tempatkan di unit NGND, mar agak sukar mencari keserasian. Mar paksa diri mar untuk mencari cinta dalam kerja mar, tapi nampaknya tidak berjaya sepenuhnya.Ketika itu mar perlu memindahkan network PSTN kepada Ip based network iaitu NGN di site site di bahagian Central. Tapi satu perkara yang mar belajar; untuk bekerja dalam tekanan dan menguruskan rakan rakan dalam kumpulan untuk memberi hasil kerja yang terbaik. Ya Allah, sebenarnya itulah core basic concept dalam kerja yang sangat mar perlukan walau di mana sahaja mar akan bekerja selepas ini.

Sehingga selepas 2 tahun , mar ditawarkan untuk diserapkan ke dalam unit core. Bagai bulan jatuh ke riba. Ketika itu mar baru sahaja mengandungkan Fadwa. Mar diminta untuk buat kerja pejabat bahagian documentation apabila mendapat tahu mar banyak komplikasi semasa mengandung. Mar suka sangat walaupun duduk di pejabat sahaja, tetapi banyak ilmu networking mar mula pelajari semula. Bagai bersatu semula dengan cinta hati…

Awal tahun ini, mar dipindahkan sekali lagi ke dalam Core Unit bahagian Networking. Kini, mar kembali semula ke site tetapi kini tertumpu kepada Lab R&D di Cyberjaya. Senyum mar kembali semula bertaut. Dulu mar pernah berjenaka dengan boss mar kini agar mar satu hari nanti dapat bekerja bersamanya supaya semua ilmu networking dan juga IP addressing dapat beliau diturunkan kepada mar. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang, kini mar bekerja di bawahnya. Masih banyak ilmunya yang mar mahu pelajari.

Setelah 4 tahun berpusing pusing dan bergelut dengan setiap cabaran tugas yang diberi, akhirnya ketika ini, mar menemui semula cinta sejati mar dalam bidang networking dan juga IP Planning. Syukur syukur sangat Ya Allah. Betapa besarnya syarikat ini, dan betapa ramainya pekerja di sini, akhirnya mar ditempatkan pada pekerjaan yang paling mar gemari, tiada apa lagi yang mampu katakana melainkan bersyukur. Insya Allah, mar akan bekerja dengan lebih bersungguh sungguh untuk menimba ilmu di dada. 

Kerana kebahagiaan itu telah ditemui…

Moralnya jangan cepat memandang negatif setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita kerana apa yang Allah susun tu adalah untuk menjadikan kita lebih tabah dan kuat dan mungkin dengan setiap persinggahan yang kita lalui itu adalah satu pelajaran yang perlu kita timba untuk menjadikan kita manusia yang lebih cemerlang pada masa hadapan, Insya Allah. Asasnya Cuma satu, jangan mudah berputus asa, dan jangan lupa menadah tangan kepada Pencipta untuk memohon bantuan, Taufik dan Hidayah. Insya Allah








1 comment:

  1. moga Allah permudahkn semua urusan kita dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat..amiinn

    jemput ke blog saye..
    http://norzuryati.blogspot.com

    ReplyDelete