Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 13, 2015

Bukan merajuk pun..



Lama sangat mar berdiam dan membeku tahun ni, sebenarnya apa yang mar buat sepanjang 2015 ni ?

Semenjak hilangnya MH370 dan MH17, mar dah mula rasa sesuatu dalam diri.
Hidup kita ni macam daun di pepohonan. Bila bila masa sahaja kita akan gugur ke bumi bila tiba waktunya.
Cara kita gugur ke tanah tu ada bermacam macam cara..

Sebelum umur mar menginjak 30, ada banyak sangat impian mar dalam dunia ni. Semua impian mar, mar kongsi dengan Abang Fuad. Memang tergelak kadang kadang kalau dengar..
Tapikan, bila nombor 30 menjadi satu realiti yang perlu ditempuh, banyak sangat perkara yang menyedarkan mar..dunia ini bukan lah segalanya.. Nampak mudah untuk melepaskannya, tapi sebenarnya tidak.

Mar sekarang dah mula perlahan di mana mana social networks. Bukan rasa diri bagus dan alim pun..Mar lebih suka melihat perkembangan kehidupan rakan rakan lain, dan apa yang mereka tempuhi setiap hari.
Bila kita mula melihat, dan mendengar dengan mata hati, kita akan rasa bersyukur seadanya dengan apa yang kita peroleh pada hari ini.

Rakan rakan mar ada yang kini bertarung dengan penyakit. . Ada yang mengalami kemurungan dengan nasib yang menimpa dirinya..Ada rakan rakan mar yang baru kehilangan ibu atau ayahnya..Ada rakan mar yang tidak berjaya dalam perkahwinannya..Ada rakan mar yang dilimpahi kejayaan dan kekayaan tetapi sebenarnya mengambil ubat stress dan ubat tidur setiap hari..Ada rakan rakan mar yang baru mengalami keguguran kandungan kali ke 5.. Ada rakan rakan mar yang menanggung sakit tulang belakang yang kronik.. Ya Allah..mereka adalah orang orang yang mar kenal,sayang  dan pernah berkongsi sebahagian sejarah hidup bersama sama..

Bila mar membaca dan mengetahui kisah mereka, mar tertanya dalam diri..”Apa lagi yang aku nak bebelkan lagi dalam blog ni “.. Rakan rakan aku hari hari bertarung setiap pagi, tak kan lah aku nak jaja pula kisah hidupku . Bukannya penting pun aku pada dunia. Ada lagi orang yang memerlukan bantuan dan kasih sayang yang perlu diberi.

Sekarang tak banyak benda dan perkara mengujakan diri mar. Mar takut jika mar terlalu pegang pada keduniaan, dunia akan memeluk erat mar. .. dan bila sampainya masa daun mar gugur ke bumi..mar takut mar rasa susah untuk melepaskan segala yang mar ada di dunia ini.

Mar rasa kagum lihat kedua ibu dan ibu mertua mar. Hidup mereka hanya untuk berbakti pada keluarga , anak dan cucu. Tapi, bila lihat sinar kerlipan mata mereka, ada kepuasan dalam kehidupan mereka.

Benarlah kata orang. Hidup tanpa bahagia itu seperti patung yang tidak bernyawa. Tiada makna dalam kehidupan kita. Untuk mendapat kebahagiaan itu, tidak lain dan tidak bukan dengan memberi kebahagiaan ke dalam kehidupan seseorang.
Jadi, terima kasih sangat bukan rakan rakan maya yang mar mungkin tidak kenal secara peribadi. Message message  anda di dalam inbox ,sudah mar baca lama. Bukan mar tidak mahu menulis tahun ni.. cuma kehidupan mar biasa biasa sahaja kini.. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi..

Kadang-kadang jika mar rindu untuk menulis, mar akan tulis sesuatu di FB mar. Mungkin itu boleh jadi penawar bagi anda yang rindu membaca tulisan mar.

Salam sayang buat semua .
AKmar

No comments:

Post a Comment